Selasa, Disember 12, 2006

malaikat bersayap sebelah


BERCAKAP DENGAN IBLIS


Aku meneguk kopi sampai habis, terus diletakkan di atas meja di sisi katilku. Buku di tangan di tutup tidak aku sudahkan. Membuang rasa letih kepala, bangkit, berdiri sambil meletakkan tangan di pinggang, lalu membuat gerakan memutar pinggulku ke kiri-kanan. Gemeretak bunyi tulang terdengar begitu nikmat. Di luar, sinar bulan yang muncul menceroboh masuk dari pintu beranda. Ku seret selipar di kakiku, mencapai daun pintu.

Ingatkan ingin menikmati indahnya panorama, tetapi satu permandangan lain menerobos mata telanjang di sebalik pintu yang terbuka. Seorang, seekor - atau sesusuk - Iblis sedang duduk di beranda. Aku kenal dengan dua tanduk di kepala, tubuh telanjang dengan ekor anak panah dihujungnya. Sinaran lampu pijar tak ubah bentuknya seperti siluet the thinker, karya Auguste Rodin. Ketika ini, keadaan telah bertukar corak seperti galery museum Decorative Arts di Paris. Sepantas kilat rasa takut menyelimuti tubuhku. Kuamati lebih dekat, apakah ini patung? atau iblis lahanat itu?

Huuaaaah..! Dia menguap panjang !

Melompat aku terkejut, terkeluar jantung di buatnya. Aku capai selipar pokemon kuning di kakiku dan kubaling sekuat hati ke arahnya. Tapi aku baling tersalah bidik. Bukan menampar hidung diwajahnya, tetapi tersangkut di sebelah tanduknya. Dan iblis itu tidak tersentuh lagaknya. Dia buat dderrkkk aja!!!

Ku tunggu beberapa detik, dan beberapa minit buat aku menderita. Iblis tetap begitu. Ini tak boleh jadi, ku cuba mengusir dengan berteriak keras

"Hush.. Pergi dari sini !"

Tapi dia masih disitu. Duduk di kerusi di meja bulat itu. Buat tak tahu lagi. Aku fikir dia pekak atau bisu. Ku rapat lebih dekat seperti menghendap pencuri di bilik sendiri. Dengan selipar pokemon kuning yang tinggal sebelah, aku siap beraksi melontar dari tangan kananku. Tersangkut lagi. Dia menoleh sedikit, selipar pokemon kuning itu berayun-ayun ditanduknya. Dan genaplah iblis itu bertambah dua tanduk selipar pokemon milikku. Aku bersedia dengan kemarahan sang Iblis. Tapi yang sesuatu membuatku terkejut. Laa ? Dia menangis, di tinggal setan kekasih hati atau jin di culik pergi!

Mataku melihat pada matanya yang berair. Alahaii..butiran air mata turun meleleh. Dia menoleh dengan pandangan besar kepadaku. Wajahnya terlihat lebih jelas. Takla terlalu buruk untuk seekor Iblis. Walaupun sumpah! aku tak tahu rupa iblis itu macam mana. Tapi wajahnya paling tidak tumpah seperti wajah-wajah jin dan iblis dalam filem hollywood. Mirip tokoh Sith Lord di Phantom Menace-nya George Lucas, botak, bertanduk, hidung mancung dan mata yang besar.

"Pergi sana.. Jangan ganggu aku !", kali ini seruanku lebih perlahan tapi tetap tegas.

Sesaat dia mengamatiku, kemudian menjawab. Suaranya terdengar agak parau dan kasar.

"Kenapa?", tanyanya, "Kau takut padaku ?"

Tentu saja aku takut. Siapa manusia yang tidak takut Iblis?

"Aku tidak takut kau"

Dia mendesah, terdengar seperti selsema di hidungnya.

"Walaupun aku adalah raja dari kaum-ku? Pemimpin besar dari segala Iblis ?"

"Walaupun kau raja dari segala raja setan di seluruh dunia dan akhirat", jawabku. Entah aku yakinkan diri sendiri atau dirinya.

"Kau tipu aku?", tanyanya.

Aku ragu juga nak menjawab. Berbohong itu dosa bukan? Iblis ini memang sialan. Baru beberapa detik patah aku bercakap dengannya, aku sudah melakukan satu dosa. Atau mungkin dua? Apakah baling selipar di kepala Iblis juga dosa?

Aku diam sejenak. Agak mengangguk sedikit. Semoga mengangguk kecil tidak termasuk berbohong.

"kenapa kau halau aku?" tanyanya lagi. "Aku cuma duduk disini mengganggu kau ke?"

"Kau Iblis. Kan kau raja dari segala Iblis. Tentu aku bencikan kau. Apa yang kau harapkan? Aku membelaimu di siniiii haa? Sudah !"

Iblis itu menunduk. Di sambung tangisnya seperti kanak-kanak. Tersedu-sedan, kepalanya mengangguk-angguk. Selipar pokemon aku masih di tanduknya, bergoyang-goyang.

"Kau nak main apa tengah malam buta ni Iblis? Sudahlah berhentikan menangis! nanti di dalam rumahku semua terjaga!"

Setelah menarik nafas panjang beberapa kali, esakkannya surut. Dia menatapku dengan tatapan sedihnya.

"Boleh aku minta kopi latte? Aku dahaga"

Aku tidak habis fikir lagi, dia sudah minta kopi latte. Wahhh, banyak songehhhh... ini dah lawan taukeh!!

Aku pun minum kopi biasa. Dia ingat ini Starbuck atau Gloria Jeans. Untuk apa seekor iblis minta kopi? Apa aku nak buat? Menolak? Apakah memberi kopi kepada Iblis satu dosa? Ohhh ampun tuhan!

Tiada ulasan: