Sabtu, Februari 24, 2007

deL rasa sudah tepat masanya dia menambah beberapa impian dalam kegagalan otaknya untuk berfikir bila dia bangun tidur. tengoklah, sombong betul sarafnya yang lemah tak mampu berfungsi untuk melihat dunia dengan dua matanya!

deL bangun mengesot memandang photo di tepi katilnya, dan selalu terbayang watak yang lain dari perterjemahan kerlingan mata merah di dalam lampu bohlam di bilik segiempat yang tonggang terbalik.
Bentuk rumah yang semua orang di dunia ini sama. Rumah berukuran mungil itu sering dicaci, dengan atap bulat berwarna-warni dan pintu semua menghadap ke barat, berbentuk hiperbola. deL menggigil dan mengipas tubuhnya kepanasan dan menguap nikmat. Ketika itu deL ingin berkata hatinya kelaparan akan keindahan yang tak masuk akal kerana kemenangan loteri beberapa ketul wang lima puluh ribu. Dengan kumis sexy-nya sambil menuliskan nama seorang gadis dengan huruf kapital di belakang foto itu dia hembuskan angin nafas, menerbangkan satu huruf dari nama gadis yang ditulis, sambil mengocok mulutnya dengan Beer Bintang yang sudah ribuan tahun tidak menyentuh bibir nakalnya.

Tetapi ketika lampu bilik yang bekam di dalam tanah itu redupkan, matanya melihat ekpresi yang berseri dan seolah foto itu berkata padanya,

"Sayang, jangan risaulah pasal aku! Aku sudah terlalu lama hidup di dunia, aku bosan dengan keindahan yang asyik asyik macam itu ajalah hingga kiamat. Aku bosan dengan suara bingit kenderaan. Langit yang selalu biru di siang hari, selalu hitam di malam hari. Tanah kubur seakan memberikan promosi yang sangat sugestif pada diriku, hingga aku nekat pergi kepadanya. Ya…, tapi aku happy. Apa kata kau kat sana?, adakah kau nak follow aku. jomlah, datang sini!"


Tiada ulasan: