Ahad, Julai 15, 2007

Disaat mentari berwarna kuning infiniti. Pagi itu bonda memimpin tangan girl. Berjalan ditepi tiang-tiang ampaian. Membuatkan rumah-rumah sekeliling menjadi berdenyut-denyut. Seorang nyonya betis bengkak berlari-lari anak, mengejar lori ikan yang mati di antara irisan-irisan air batu. Girl menoleh seketika. Bonda berhenti di tiang traffic light, menarik tangan girl dan melompat-lompat dari atap-atap kereta di jalan. Kepala bonda melenggok kiri dan kanan. "bonda, kita mahu kemana? lokasi mencari ilmu di pagi buta? Ohh bonda, girl tertinggal akal di dalam ember." Wajah bonda yang di baluti topeng kesunyian bertukar menjadi seorang ratu dengan rambut yang berderai-derai. "tempat itu kau akan tahu, ramai anak-anak monster menyewa pendita untuk penipu." Tegas bonda. "semalam girl jumpa seorang budak monster yang mati di depan tiang dengan dendangan lagu kebangsaan." Bonda melihat jam tangannya, mengira. menatap tepat kebelakang pemandu teksi. Ada yang akan meledak dalam jantung yang penuh peluru.

Tiada ulasan: