Ahad, Julai 06, 2008

Ketika Maria melongok di pintu biliknya, menahan sakit perut period bulan ini. Suaminya mengetuk pintu biliknya. Tiada sahutan. Maria berdengus seperti anjing pemburu, mengendus bau pada mencari sesuatu dengan deria hidungnya. Berjalan terhuyung-hayang dalam bilik gelapnya. Menuju ke tingkap. Menolak tombol cermin tingkap kacanya ke luar.

Dia ternampak kereta vintage di luar rumahnya. Seorang perempuan dengan bunga diatas topinya dan sepasang mata yang entah apa ada di dalamnya. Ohh, ada pancaran anarkisme cinta di sebalik aura bau tubuhnya. Maria merasa wanita itu adalah entiti yang mamalia sempurna dengan gerak-gerinya. Dia tidak berminat mengambil tahu dengan kedatangan aneh wanita vintage itu. Kalau dia ingin mengabil suami julingnya pergi untuk kembali kemasa lalu. Dia tiada kuasa untuk menghalangnya. Yang dia tahu suami yang akan membawa virus-virus kedalam wombnya. Suaminya tidak pernah melihat tepat kewajahnya, apalagi berpaling kearah perempuan vintage itu. Dan mekanisme cinta tidak pernah mengenal mata juling. Dan Maria tetap menjalankan 9 nombor kewajipan spesisnya yang sering dikutuk dari gender suaminya dan berharap itu adalah dosa.

Dia berpaling mendongak keatas sebuah bukit mengadap depan tingkap rumahnya. Dibawah kaki bukit berbaris panjang trak-trak lori mengangkut pasir yang sepi. Saat ini adalah masa yang sesuai untuk melolong dan berlari ke atas puncak bukit untuk berkomunikasi dengan agen-agennya yang berkepala berbentuk telur, sepasang mata berwarna hitam dan makhluk berwarna hijau yang sering menjadi mitos cerita.

Tanpa disedari kakinya yang mengelupas kini berdiri di atas tepat seutas tali dari rumahnya ke bukit tersebut. Masih berharap suaminya yang juling akan memandangnya dengan sisa cintanya.




Tiada ulasan: