Khamis, Oktober 16, 2008

Tijani sudah muak dengan segala tetek bengek intervensi hidup ini jika masih tinggal di kota ini. Ironikan… hidup? dunia ini memang arogan dengan sistem akal yang rasional dengan segala realiti yang diprogramkan. Dia ingin terbang jauh membawanya menebus kapitalisme semesta. Dia menunggu sebuah tanda yang besar untuk memulakannya. Dan tanda-tanda itu bermula pada seminggu terakhir. Ribuan voltan mengalir di tubuhnya apabila bertemu koinsiden di ccf dengan gadis berliptik tebal berteknologi tinggi, bangsa-bangsa aneroxia dan sepasang lesbian jingga yang tiba-tiba sangat kagum dengan inskripsinya berhuruf gotik pada beberapa dinding dalam karyanya. Hasil yang membuatkan tangannya kebas-kebas, Walaupun waktu itu dia masih dalam keadaan mabuk dengan beberapa botol vodka yang berisi sabda-sabda.

Tanpa di sedari dia sedang mandi bersama bidadari-bidadari. Ada sepasang tangan yang mencuri bajunyanya. Dia mencari-cari di mana hilangnya?di dalam kepalanya yang retak-retak ada cerita dongeng, tentang puteri yang hilang pakaian mandi. Dan embun terbit di hujung mata dan  sepasang kepak yang patah sayapnya.

1 ulasan:

Khar berkata...

Salam

Jemput ke karya oline kami ya. Kalau ada cerita dark, gotik, thriller,fantasi, apa-apalah boleh le kot kalau nak sumbangkan kat tmpt kami. Terima kasih.

http://karyasidangpenulis.blogspot.com/
http://mekmulong.blogspot.com/