Selasa, Mei 15, 2007
malam itu rona imbingu melimpah jatuh di keningnya
di kenyit waktu satu, dua dan tiga
mengira hentakan irama
kehidupan yang bukan metamatika
dia seorang tangoero
yang masuk di ruang dansa milonga
seperti seekor binatang yang terluka
bergerak, berjalan dan bertingkah
seperti seekor puma mengacah-ngacah
dia kasanova menancap pesona
menjerat dalam dermaga
yang bergoyang tanpa ombak
mengintip cinta di ruang kosong
dan sesaat jantungku jatuh berdebam
mengalahkan bandoneon yang berkumandang
munculnya bait-bait ritma tersimbah darah
bagaikan mimpi menduakan kenyataan
terhenti denting jam di detak hati
yang mabuk ditengah malam
lalu dikutip kembali irama rindu
yang akhirnya mengenal erti kata pulang
ke hatinya yang gelap
seperti malam tanpa bulan.
Khamis, Mac 29, 2007
IMPROVISASI SYURGA
syurga ini..
di modenitasi
ortodoksi menabik dada
formulasi dan argumentasi
inilah dongeng si dewa ekonomi
memaksa ruh berkata
apakah kewujudan ini?
menerjah dengan sistematik
pada susuk klasik kaki dan tangan
ini kapitalis dikutuk Tuhan
akhirnya di depan PC jasadmu di kapan
JB, April 2006
2+1 CINTA!
penjual
teori
cinta
3 segi
sambil berzanji
berdendang sayang
awan hitam bertukar corak
lalu kau bisik dicuping telingaku
di…MANAA boleh kau dapatkan cintamu?
Ohhh! kau mahu?
ku tarik kau ke sisi
"aku dapat di Mid Valley depan GSC"
syurga ini di depan mata
lalu aku berkata;
"harga biasa tinggi
aku dapat harga promosi
aku beli 2
dapat 1 free"
D'
Mid Valley, August 20/06/06