Isnin, Januari 02, 2006

KONSERTO PETERPAN



Mungkinkah bila ku bertanya

Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbatas
Semua dalam keraguan

Aku dan semua
Yang terluka
Karena kita

Aku ''kan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya
Pada bintang-bintang
Tentang arti kita

Dalam Mimpi Yang Sempurna.....

Petikan lagu PETERPAN itu mengiringi dalam menyambut tahun baru 2006. Pada malam tahun baru tempoh hari saya menerima pesanan dari seorang rakan ditanah seberang. Sedang menikmati jagung bakar bersama teman-temannya menyambut ketibaan detik-detik peradaban baru. Saya berkata kepadanya, Aku&Bintang terasa semua bintang memanggil tawakuerbang keatas tinggalkan semua , saya yang sedang mengira bintang-bintang dilangit yang hilang satu persatu dalam peta langit setiap tahun. Mengapa bintang mengiringi setiap perjalanan? Jauh ku jauh mimpiku..Jauhdengan inginku..itu

* dan kini kubiarkan
masa lalu menghilang
dan tanpa beban
aku meninggalkan belakang

lalu kubiarkan
masa lalu menghilang
tanpa beban
aku meninggalkan belakang

Itulah perjalanan waktu Masa Lalu Tertinggal, sebenarnya kehidupan sama sekali tidak mempunyai realiti sosial sebagai rujukannya. Dalam dunia manusia seperti hari ini, subjek yang dibawa adalah ruang realiti pengalaman hidup yang silih bergantinya penampakan di dalam kekosongan, bercampur dan meleburnya realiti dengan fantasi, fiksyen, halusinasi dan nostalgia sehingga perbezaan antara satu sama lain sulit ditemukan. Itulah sebenarnya PERKARA yang hidup dalam ideologi lagu dendangan PETERPAN yang jelas terbayang lagu kumpulan band ColdPlay.

Ahh...tentang Tertinggal Waktu yang berlalu sememangnya masa menjadikan saya kalut. Satu persatu saya membalik cerita, menenun tingkah yang berarak menuju kedepan. Terampung setitis demi setitis mimpi yang setiap malam menjadi alas tidur. Logikanya kehidupan sebagai petak-petak di papan catur. Disaat kuda harus berjingkat maju kedepan atau mundur. Tetapi hitam tetap hitam. Dan saat putih tetap tersedut putih kehidupan. Setiap penafasan ada kehidupan. Putaran hidup tetap berlaku bulan, bintang, matahari tetap setia melingkari dipaksinya. Tidak akan berubah kerana itu, janji Tuhan. Yang MahaTahu segalanya. Segala keinginannya belum sempurna diberikan jalan keluarnya. Mungkin saya perlu untuk kembali membaca kisah atau tamsil dari masa lalu untuk bertemu sebuah jawapan dari semua pertanyaan dan segala keinginan manusia yang tidak pernah puas. Tetapi syukur dengan nikmatnya yang tiada kesudahan. Menjadikan siang dengan malam, termasuk suka dengan duka, tawa dengan tangis, menjadikan perjalanan ini sesuatu yang mewarnai, sungguh tidak Membebaniku, lelah mencari cuba tetap berdiri kumenangis, yang masih tetap mencari jalanku.

1 Jan 2006, malam itu, saya keluar mencari sesuatu pengisian yang indah lewat lagu-lagu PETERPAN yang ditunggu-tunggu semua peminatnya. Bersama sahabat baik yang dunianya adalah lingkaran lagu-lagu dan muzik aliran tanah seberang, PETERPAN antara band yang sentiasa ligat dikepalanya. Sahabat yang sama menemani saya ke konsert DEWA sewaktu dulu. Disamping saya juga bersama meredah badai hujan adalah penulis idola dan kesayangan ramai, siapa tidak kenal Nizam Zakaria.
Menerima kejutan kemunculannya disaat-saat akhir. Saya mandi dengan nizam malam itu (Errrk!..Mandi ditengah padang berlumpur semasa konsert itu). Romantis sekali..kan diiringi muzik peterpan.:)

Pada jam 5.00 petang awan mendung kelabuan menunggu hendak pecah empangannya diatas kepala saya. Saya dan sahabat menuju ke destinasi utama, tidak disangka hujan ditengah perjalanan. Saya fikir rintik-rintik hujan yang semakin menderas akan surut. Ternyata saya meleset hujan semakin garang. Sebelum ini hujan paling tidak awan yang kaya hujan selewat-lewatnya akan berhenti setengah jam tetapi rintik-rintik hujan ini seperti tidak selesai perjalanannya kebumi. Saya menunggu kedatangan NizamZakaria dikhemah brother penjual baju t-shirt PETERPAN diseberang jalan dalam keadaan hujan sambil mengomong kosong dengan mereka dan bersama sahabat saya, kerana keadaan agak bersesakan dengan peminat-peminat PETERPAN. Akhirnya kami semua masuk dengan keadaan yang berasakan dipintu masuk sahaja. Tetapi tidak ditengah padang stadium.

Setiap persembahan mukadimah diberi laluan band-band tempatan seperti PRETTY UGLY yang menghiburkan dan GERHANA SKA CINTA yang mempesonakan lagu SINGKONG DAN KEJU. Wah.. lagu jawa lagi tuh..diberi nafas segar. Ternyata band ini sememangnya band tempatan yang saya gemari muzik mereka. Sungguh tidak mengecewakan persembahan mereka dengan ASMARA yang mengoda setiap peminat malam itu.Malaysia amat meminati PETERPAN, group pop-rock asal Bandung yang sangat terkenal di tanahair mereka. Enam sekawan Ariel (vokal), Andhika (keyboard), Loekman (gitar), Uki (gitar), Indra (bas), dan Reza (drum), telah membawa kita terbang bersama mereka di alam PETERPAN yang penuh fantasinya kepada para penggemar mereka di sini. PETERPAN Live in Kuala Lumpur bergegar di Stadium Merdeka. Penyelenggaraannya dibawakan oleh Tiga Events Sdn Bhd. PETERPAN telah merealisasikan untuk mengegarkan konsert mereka yang nyata mengundang kepuasan dihati saya walaupun basah kuyup pada malam kelmarin. Saya mendongak kelangit berdoa semoga hujan ini akan mulai berhenti di rintik yang tidak kesudahan ini cuma Langit Tidak Mendengar suara kecil saya rupanya.

Ku menatap langit yang tenang
Dan takkan menangis marah
Tuk tetap berdiri, ku melawan hari
Ku akan berarti, ku takkan mati

Mungkin hatiku tak berbentuk lagi
Rasa ini takkan terobati
Tetapi mati takkan mengobati

Lagu pembukaan 2DSD yang meruntuhkan lagi langit dengan restu hujan malam itu. Maaf yer, seringkali saya tidak akan komen mengenai sesuatu yang berlaku setiap konsert pasti tidak ada yang sempurna. Keras kepalanya saya untuk terus melanjutkan suara yang hampir serak membuat diri saya kepeningan hujan.

"Jangan kita sesali kerana turunnya hujan, kata orang tua gue hujan itu rahmat" kata Bapak Ariel, penyanyi utama PETERPAN.

Hujan membawa restu sekali kedatangan saya disitu sewaktu sudah di tengah-tengah padang becak dan berselut seperti turun kesawah padi. Dikiri dan kanan saya hanya selut dan NizamZakaria yang sekali-sekala kedengaran suaranya menyayikannya, Kupu-kupu Malam Rupa-rupanya ramai yang tidak hafal lagu ini. Lagu cover version tribute to Titiek Puspa. Seperti biasa saya akan mengikut rentak setiap lirik dan lagu didendangkan. Semuanya seperti akrab dengan lagu masing-masing tidak kenal antara satu sama lain tetapi lagu menyatukan kita semua. kelihatan cukup santai dengan muzik yang dipersembahkan yang bertenaga dengan rangkaian lagu album terbaru Alexandria dan Bintang Disyurga beberapa buah lagu dari album pertama Taman Langit. Saya berusaha fokus kedepan, kerana sememang pandangan mata saya yang kabur dengan keadaan hujan menjadi tambah kabur. Dan konsert tersebut diam sejenak apabila bertafakur sejenak mangsa-mangsa Tsunami di kedua-dua negara. Dan kemudian diteruskan dengan rangkaian lagu mereka.

Intuisi saya kuat berkata Ada Apa Denganmu PETERPAN?. Lalu saya mengambil fahaman dan mengamati sendiri makna disebalik kehausan lagu-lagu seperti ini. Lagu-lagu mereka yang dekat dan sebati disisi hidup kita. Mengapa? Disini pendapat secara peribadi sahaja. Mengapa mereka menulis lirik-lirik yang bijak melingkari kehidupan fantasi manusia. Apa yang saya sedari lirik mereka membawa saya kearah hidup yang menentang arus, hidup perlu keberanian kerana kehidupan adalah kejutan-kejutan dan frekuensi-frekuensi yang variasinya tidak terduga, yang tidak lagi sekadar berkaitan ketegangan dan kesedaran, akan tetapi dengan gangguan melalui emosi yang hidup dalam hati seperti yang muncul dan menghilangnya dunia nyata. Dalam kata lain, manusia dikelilingi oleh pelbagai pergerakan dalam keinginan impian-impian yang direalisasikan. Liriknya seperti monolog seorang aku dengan diri sendiri yang setiap rintihan hati manusia. Siapa? Dalam diri untuk terus hidup. Segala ada ditangan dan dalam diri manusia dialam nyata. Mereka bermain dengan kata-kata seorang yang merasa kesepian, kosong, rindu, keluhan, memberontak yang ada dibulatan hati manusia, bukan berbicara dibibir yang selalu ada dusta tetapi hati yang tidak pernah menipu diri. Setiap sisi baik kehidupan menjadi kembaran dari sisi jahatnya, setiap taman syurga yang menyenangkan menjadi kembaran dari lorong neraka yang menakutkan, seperti lagu Bintang Disyurga dan Dibelakangku yang ternyata hidup tiada keberangkalian untuk mati. Masihkah kita tahu ada bintang didalam syurga? Itu adalah Khayalan Tingkat Tinggi manusia, kekasih yang setia dan cahaya nyata.

Akhirnya saya ketemu juga dari satu sisi yang berbeza dengan bentuk seni lirik lagu milik PETERPAN. Muzik band popular ini cukup kaya dengan muatan komersial dan ideologinya tetapi indah dengan estetikanya. Kebudayaan popular ini yang kita mahu lantas menjadi saranan dominasi baru seni. Seni muzik yang ada ideologinya, ia menjadi pusat pergulatan budaya global yang membawa arus budaya negara mempengaruhi minda dan gaya hidup yang berpusat jauh di luar wilayah kesedaran budaya barat yang hampas dengan estitika manusia dan hidupan. Kita perlu keterbukaan minda dan jiwa ternyata malam tersebut milik PETERPAN berjaya mengisi sifat sentimentalnya lirik lagu mereka terhadap peminat dengan ubat yang paling mujarab dalam menangani masalah kekeliruan dan ketidakpastian kita untuk kembali ke akar dalam dilema dunia muzik global yang kadangkala boleh menggelincirkan jiwa manusia.

Terbukti muzik kita semua adalah milik bersama. Seni, budaya, tradisi dan adat bercambah daripada satu lingkungan yang serupa. Pertembungan budaya serta tradisi spiritual serantau yang mengambil tempat Indonesia dan Malaysia ketika penghijrahan para pedagang dan ketika penaklukan penjajah ke atas negara kita ternyata mengabsahkan lagi fakta tersebut.Tiada perbezaan, tiada dominasi muzik mereka, kita harus terbuka minda untuk berubah. Melihat berduyun-duyun umat manusia, warga negara tanah seberang, peminat Malaysia tidak mengira kaum datang melihat persembahan mereka. Kita datang untuk hiburan yang ada pengisiannya. Kita adalah sebahagian masyarakat yang mahu mencuba memahami seni muzik yang telah kita hargai sebagai unsur sebahagian daripada nilai hidup kita. Walhal kita sendiri tidak dapat menjelaskan di mana letaknya fungsi sebenar seni dalam kedudukan masyarakat. Tetapi muzik itu adalah keterbukaan jiwa. Samaada menerima atau menolak muzik tersebut. Tiada paksaan dalam pilihan-pilihan naluri kita sebagai manusia.

Ternyata ada kejutan di konsert tersebut dengan kehadiran Joe Flyzow (Too Phat) dan Phlowtron
berjaya menambahkan kehangatan malam itu dengan lagu Ku Katakan Dengan Indah. Memberi impak adalah lagu berhantu PETERPAN yang melonjakkan nama mereka MUNGKIN NANTI. Saya harapkan lagu ini menjadi kemuncak konsert ini kerana impak yang lirik lagu ini yang mungkin bila nanti kita akan bertemu lagi ....dengan persembahan PETERPAN yang lagi hebat dengan lagu yang kita semua dahagakan. Tetapi terlalu awal mereka sampaikan dipertengahan persembahan.

Anway..itu sahaja untuk kali ini, SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2006, Selamat tinggal 2005. Semoga seluruh hal-hal baik yang terjadi di tahun 2005, akan menjadi lebih baik lagi di tahun baru 2006.

Resolusi tahun baru 2006.. Tak Bisakah kau menungguku dan aku sendiri Menunggumu dalam mengisi pengertian perjalanan 2006.


Tiada ulasan: