Jumaat, Mei 26, 2006

EMAILPUN BERSYAIR

To: gurisanintaglio@yahoo.com
Sent: Thursday, May 25, 2006 12:51 PM
From:
ZekD@yahoo.co.uk
Subject: Untuk Intaglio

Kau kenal aku yang selalu ingin menulis tentang dirimu. Kau tentu tahu itu. Dan kau pernah memprotesku ketika kau menganggapku melihatmu secara hiper-realistik. Pada akhirnya semua manusia yang lebih menghargai kejujuran daripada sanjungan. Anggaplah aku terlalu jujur padamu. Ya, anggap sahaja begitu. Seperti ada sesuatu yang tersimpan, mungkin perkara kecil bagi dirimu sehingga aku ingin menyampaikannya kepadamu. Sehingga aku menulis sebuah email dan kulayangkan untuk kau tatapi dan setiap saat waktu aku melihat tulisan dan gurisan cerita-cerita pendek, tulisan mendambakan sebuah lembaran kisah hidupmu, ketika kita bertemu, dijendela Yahoo! Messenger, ketika waktu berdetik tenang saat pekat malam. Berbicara yang penuh kefahaman hidup yang mendalam dan senyuman kecilku persembahkan untukmu yang begitu menyenangkan. Adakah aku yang berhalusinasi atau mimpi yang membumi, namun terimakasih kerana kau telah membuat matahariku kembali menari. Temanilah aku sampai waktu menelanku seperti terpercik air yang mengalir. Begitulah hidup katamu, begitu abadi menggubah simfoni hingga detik-detik tidak lagi memiliki definisi.

Saat aku hilang kata-kata, kau tuliskan sebuah mahakarya pujangga hingga jiwa tidak lagi bersua derita walaupun hati remuk redam. Ya, seperti hidup yang kau lalui dahulu saat manis bersama manusia yang merestui perjalananmu yang mengenal isi hatimu, kau juga pernah melukai hatiku. Kau adalah teman dalam semua kecemasanku, kau juga merupakan seseorang insan yang tidak pernah mempunyai waktu untuk merelakan dirimu untuk ditakluki. Kau ingin menjadi malaikat dengan senyuman yang tidak pernah pudar, kau juga adalah raksasa dengan dua tanduk di kepala bila kau marah. Kau juga sedar kau rela dilukai, melepaskan segala harga kasih sayang yang terlalu tinggi. Kau menjadi awal harapan kecilku sejak dulu, saat kau menjadi alam semesta rahsiaku. Menjadi makhluk tunggal yang hidup dalam rasa sepiku.

Hari itu aku terima khabar dari matahari jingga, kau akan datang memetik semua kenangan yang hampir padam di sebalik kesakitan. Kau ingin mengambil semua bintang yang pernah terpaku di hujung ragu. Kau ingin ambil semua, kerana kau berjanji pada usia. Kau katakan kau tidak akan menghampiri halamanku lagi kerana kau telah menunggu sehingga hatiku yang pernah ucapkan secawan rahsia itu sengsara di samudera purnama. Saat kukatakan kau ini angkuh, kau menjawab, aku yang terlalu rapuh. Arrrgh...!!

Hari ini kau berkata lagi, cuaca di langitmu tertumpah air yang tidak malu menggomol bumi. Waktu yang deras mengalir untuk menata hati, untuk bangkit berdiri. adalah lebih baik untuk kau menjadi lindungan payung tadahan ketika hujan menghampiri? dan aku akan membantumu berjalan ketika angin yang kencang berhembus datang. Dan akhir kata senyumanmu adalah hadiah dari Tuhan untuk setiap manusia yang kau temui setiap hari.

Wahai cahaya malam dan ranting rambulan tolong sampaikan lirih ini untuk cetakan-cetakan intaglio, yang aku tidak sanggup lagi bersua dengan wajah yang paling sempurna, kedatanganku hanya sekadar menyapa, satu pintaku mahukah kau bertemu denganku?

..............................................................................................................

To: ZekD@yahoo.co.uk
Sent: Saturday, May 27, 2006 8:51 AM
From:
gurisanintaglio@yahoo.com
Subject: RE:Untuk Intaglio

D'- Arghhhhh!!! Saper nie

Tiada ulasan: