Isnin, Jun 26, 2006


[pemerintah - pemerintah dunia industri, aku datang dari dunia di dalam ruang paralel baru bagi roh. Atas nama masa hadapan, aku minta anda semua dari masa silam meninggalkan kami sendirian. Kehadiran anda semua tidak kami kehendaki. Anda tidak punya kedaulatan ditempat kami berkumpul. Ingin aku nyatakan bahawa ruang sosial ini yang kami bangunkan bebas daripada kedurjanaan yang anda cuba timpakan kepada kami. Anda tidak punya hak moral untuk memerintah kami. Identiti kami tiada berjasad, berbeza dengan anda semua, kami tidak boleh diperintah berdasarkan paksaan fizikal. Kami hendak membangun peradaban roh di dunia ini berlegar-legar di maya ini. Semoga dunia ini lebih manusiawi dan adil daripada sebelumnya yang telah dibangunkan oleh pemerintah anda semua.]

Tiada ulasan: