Isnin, Jun 19, 2006

LA D'VA 8 - PROJEK GENOME

2005

Beriuhrung (PERTEMUAN)


Eiin geheimnisvolles Schimmern
(mutiaraku)
Dringt durch deine Haut (terangilah jalan)
Erhellt meinen Weg (antara bibir gunung)
Zuruck ins den stummen (ke kampungku)
Lippen der Berge (aku tahu)

Inch ahne die Gefahren der Strecke (alangkah sulitnya berjalan)
Von deinen Schultern (dari lembah lembut lehermu)
Uber deinen sanften Nacken (hingga ke rimba rambut hitam)
Durch den magischen Wald deiner Haare (dan berenang di kilatan matamu)
Bis endlich (tetapi)
Du und ich (lesung pipimu)
In unsere unendlichen Augen blacken (akan mengizinkan)

Die Spuren eines Lächelns (apabila kusisir)
Erlauben mir jetzt (hujung bibirmu)
Mit der hungrigen Macht (dengan tujuh)
Eines Herrschers ǖber sieben Armadas (armada lautan)
Den Rand deiner Lippen (dan dadanya adalah nakhodanya)
Zartlich zu beruhren (penuh rindu)



Alex pulang dari pejabatnya memandu kereta yang telah diprogrammkan serba automatik dengan pemanduan automatik (autodriver). Melalui remotenya, pintu kereta Alex terbuka secara automatik. Ketika Alex menekan kekunci start, sebuah scanner kecil mengimbas cap jarinya dan komputer pengendali kereta (central controller) mengesahkan pemilik kereta tersebut adalah Alex.


Suara lembut wanita pengecam suara (speech synthesizer), menyapa Alex dan menanyakan destinasinya. Alex menjawab, -going home-. Pengecam suara segera mengolah suaranyai dan memerintahkan komputer untuk memulakan perjalanan. Komputer itu dihubungkan dengan basis data GIS (Geographical 11 Information Systems) secara talian langsung dengan satelit LEO (Low Earth-Orbit). Dari basis data tersebut, komputer memperoleh data grafik yang lengkap tentang jalan lokasi ke lokasi yang diarahkan. Dia memperoleh data tentang kesesakan lalu-lintas di setiap jalan yang menuju ke rumahnya. Dia mengakses program the most optimal path, ber­dasarkan kaedah program dinamik Sistem auto-driver yang diaktifkan, dan terdengar suara wanita,


-Now, we are going home.-


Sistem auto-driver dilengkapi dengan beberapa kamera berkuasa tinggi yang mampu menangkap maklumat grafik dari lingkungan sekitar kereta. Data-data diproses oleh pelbagai program kepintaran buatan (artificial intelligence), yang dibuat berdasar struktur jaringan saraf buatan (neural network) dengan menggunakan penyimpulan-penyimpulan sensor yang fuzzy. Sebagai suatu tindak balas pada penumpang, sebuah layar datar definisi tinggi (high definition) memberikan pelbagai hasil gambar kamera menunjukkan kedudukan relatif kereta dari pelbagai sudut pandangan. Ketika kereta sedang bergerak, Alex mengaktifkan hand palmtop personal-assistantnya, alat komputer, telefon, televisyen, dan telefon-video tanpa kabel (wireless). Dia melihat akaunnya di bank melalui Internet dan melakukan transaksi elektronik dengan pasar raya yang berdekatan rumahnya. Transaksi dilakukan hanya dengan memesan barang tertentu, yang juga boleh dilihat imejnya melalui komputer dan dia memindahkan sebahagian wang daripada akaunnya ke akaun pasar raya.




Perjalanan ke rumah di kota besar raya Taqueria Chavez Supermarket di Las Angelas memang cukup memakan waktu. Sambil menunggu sampai di rumah, Alex menggantikan fungsi personal assistantnya menjadi televisyen. Dia kini rancangan Discovery Channels, melalui saluran Microsoft TV-Network. Tiba-tiba di skrin palmtop itu keluar video seorang wanita.



-Alex!-



Alex sedikit terkejut. Tetapi dia hanya sementara dan dia mengentahui kedatangan Eva.



-Apa Khabar?-



-Baik, sedikit sibuk urusan teknologi perubatan Eva. Apa boleh aku tolong?- Alex melihat gadis kecil didalam skrin kaca halus itu.




- Aku inginkan kapsul Prigogine itu Alex, untuk aku masuk ke dalam bangunan itu, Zack perlukan suntikan Teknologi Genetik (Genetic Engineering) yang merubah DNAnya keteknik anti manipulasi gen-gen mutan dan cyborg.




-Eva, jangan! situasi ini sangat bahaya, hanya Zack sahaja yang diberi kapsul itu, Kapsul Prigogine itu adalah untuk senjata kimia buatan nuklear, senjata biologis dan senjata kimia memang perosak masa yang terbesar pada abad ini. Genetik Zack adalah buatan teknologi nano, dan robotik mutan. Bermakna jika dia tidak diberi kapsul itu kecelaruan fizikal dan otaknya akan rosak selepas pengklonan dilakukan. Dan yang pasti mereka akan membunuhnya.


[Zack dikuasai system chaos lautan yang menjadi tempat semua disiplin dan subjek ­daripada matematik, fizik, astronomi, meteorologi, biologi, kimia, hingga ekonomi, mulai daripada kajian fluida (kecairan) evolusi baru untuk-memahami algoritma genetic dan simulasi.]



-Alex, kapsul Prigogine sahaja yang boleh menjadikan tubuh Zack lebih holistik dengan sistem jaringan kompleks kod-kod untuk dia berubah menjadi manusia sebelum tubuhnya kembali kesediakala selamanya. Alex! Aku tidak punya banyak masa. Jan 2006 semakin dekat.



-Ingat Eva aku juga adalah mangsa bioteknologi, termasuk Projek Genome Manusia-suatu projek yang memetakan seluruh gen manusia yang layaknya seperti haiwan yang diciptakan. Tetapi aku tidak seperti Zachary yang mempunyai kuasa mutan dan kerana itu dia di awasi oleh Badan Dunia Teknologi Pengklonan. Orang seperti Zack akan diklonkan mereka. Aku manusia me1alui penciptaan jenis baru makhluk manusia yang mempunyai keterbatasan masa lampau. Bermakna aku tidak ada sejarah lampau Eva. Tiada ibu bapa dan tiada keturunan. Aku diberi suntikan kimia yang mencemarkan sistem DNA bermakna tiada lagi struktur keturunan, yang dapat ditemukan dalam seluruh sel hidupku. Bermakna tiada lagi apabila mereka menjumpai manusia genius di dunia ini, mereka akan pastikan tidak berkembang biak kerana takutkan keganasan keatas mereka. Orang seperti aku bekerja hanya untuk mereka.



- Aku memahaminya, Alex! Aku perlu masuk semasa pameran Giorgio Armani: A Restropestive di Muzium Guggenheim New York pada Jan 2006 nanti. Hanya kau sahaja yang boleh menolongku.-



-Ingat Eva, musuh dan kawalan terhadap Zack diperketatkan, kau telah diawasi seseorang dan kau perlu berhati-hati kemari. Aku terpaksa menyamar menjadi separa manusia cybord kerana aku telah belot dan menciptakan chip pakaian tersebut. Aku boleh menolong kau ke sana dan bagaimana mengesan pakaian American Gigolo yang dipakai oleh Richard Gere itu. Aku pasti mereka tidak akan mengesan aku kerena aku yang boleh melumpuhkan semua sistem yang dipakai semasa pameran itu. Termasuk pengunaan telefon bimbit mereka.! Hahaha..



[Alexander George pada usia 15 tahun pernah melumpuhkan CNN Online dengan mengirim self-replicating virus dengan menggunakan komputer peribadi. Seorang penggodam yang pernah mematikan beberapa hari pusat komputer US National Security Agency yang sangat sulit dan rahsia pada tahun 2000.]


-Bagaimana aku harus kesana?-Eva seperti mendesak Alex.


- Aku ada cara menolong kau Eva, tetapi misi ini akan datang halangannya dari seseorang, Alisa.!




*****************************************************************

Prigogine- Pakar kimia yang memenangi Hadiah Nobel bagi bidang kimia berikutan kajiannya tentang struktur disipatif. Karyanya Order Out of Chaos ialah orang pertama yang memperkenalkan sistem-sistem disipatif dan organisasi diri (self-organization.rnenciptakan pelbagai pola dalam begitu banyak peristiwa sehingga melihat adanya chaos untuk menjelaskan apa yang sedang manusia teori mekanika kuantum, relativiti dan chaos. Teori chaos menyelimuti seluruh aspek sains. Termasuk matematik, fizik, biologi, kewangan, psikologi dan juga muzik.


Tiada ulasan: