Rabu, Julai 26, 2006

O

Aku sudah bosan
dengan pasir-pasir
dikakiku
aku bersihkan
sebelum
menyarung
selepar
setapak
di jalan
yang
baru










Catatan O:
Cepat bangun, berdiri dan langkahkan kaki. Bawalah diri ke mana air jernih menyucikan diri. Kumurlah, agar huruf dan bunyian yang sia-sia luruh bersama air dicelah selokan. Sensengkanlah kedua lengan, sehingga tangan akan seketika layu bila menjamah debu. Sapulah wajah dengan air menyegarkan. Rasa gundah dan kerut kemuraman, berganti senyum mekar. Sapukan! dahi, biar terputus bayangan angan dan terbakar hangus degil akal fikiran. Tadahi air dengan kedua telapak tangan. Basahkan hujung jejari, yang digunakan untuk mengorek liang telinga dari segala kotoran yang menyumbat kebaikan mengalir ke dalam. Hayunkan kaki kanan dan kiri ke air yang mengluncur deras. Luruhkan daki yang memberatkan kaki. Supaya menjadi seringan kapas melayang ketika melangkah mengais kebajikan.

Sekarang duduklah. Menyatu tanah, tempat asalmu bermula. Jadikanlah dirimu bukan apa-apa. Seperti tanah, kau rata rebah. Tak akan meninggi dari sekitarnya meski sejengkal saja. Resapkanlah kepapaan tanah apabila kemarau yang mendambakan setitis hujan pertama. Tanpa daya dan kuasa. Lemah tak terdaya dihadapanNya.

Tiada ulasan: