Selasa, Julai 18, 2006

Phantome Abadi

Anjing mati
pergi dengan
pesawat terbang,
mencari
sebatang
ubat pembunuh
kuman
di celah-celah
teriakan
kotak sampah
berbau wangi.
pokok-pokok bergoyang
norma-norma pengganti
doa

sibuk yang
menghimpit
lotion penghalus
kulit.
Anjing itu
terjun pada pucuk pohon
dan
mengeluarkan
segala hampas
tubuhnya.




Catantan Alberto:tidak pernah aku fahami bahawa setiap realiti yang kau tangkap dari syaraf-syaraf kesedaran itu adalah seperti kilatan sinar cahaya menyergap setiap ruas gelap pada ruang dalam diamku. lalu engkau tersungkur di mimpi yang pecah dari waktu malam. kini kau kukuhkan keyakinan untuk tidak lagi mahu terjebak pada setiap kepastian yang seakan-akan telah menampakkan jalan yang tepat. Di depan tahi lalat pada cuping hidungmu di depan mataku. Engkau telah menguburkan biji-biji yang bercambah selepas musim hujan kedalam palung terdalam. sedalam ingatan waktu yang mencatat peristiwa dan nama-nama pada lembar-lembar buku sejarah berabad-abad yang tidak sekalipun tercatat namaku. tercatat? pentingkah semua itu? berapa banyak nama-nama dipuja dan diabadikan sejarah dan akhirnya terpuruk dan dihinakan, juga oleh sejarah. sejarah hanyalah selembar hitam dan putih yang setiap saat dapat bertukar tempat. kerana kebesaran dan kehormatan, keruntuhan dan kehinaan hanyalah dua keping nota mata wang yang sentiasa berganti di permukaan tapak tangan . untuk dikenang dan dilupakan.

Tiada ulasan: