Marion Melodica
yesterday
i was staring at the moon
Catatan Maroon: Di suatu sudut kisah. tik-tik. tik-tik. tik-tik. Jam di dinding menunjukkan waktu pukul 11.50 malam. Suasana belum sunyi, dengusan nafasnya terdengar nyaring. Tepat sepuluh minit selepas itu, gadis manis berambut sebahu itu, akan mengakhiri hidupnya. Serbuk silica gel dicampurkannya dalam segelas jus. Tekadnya kali ini, dia akan bunuh diri dengan minuman beracun. Tadi dalam benaknya dia merancang menghiris nadi dengan pisau cutter, tapi dibatalkan niat itu, kerana gadis 17 tahun itu fobia melihat darah. How ironic is that?
"Kenapa?" tiada air mata dalam esakan. Terbayang di kelenjar air mata gadis itu yang kering kerana sedih isinya. Tik-tok. Tik-tok. Tik-tok Dia tetap menunggu sampainya waktu itu.
"Jangann!" Mamanya menjerit berjalan dengan kayu tongkat mengheretnya. Semenjak dia tahu gadisnya positif HIV, wanita itu sakit stroke ringan yang membuat langkahnya tersekat dan tertatih-tatih pada sebatang tongkat kayu bambu.
"Mama..aku tak kuat Ma.."ujar perempuan berwajah lirih.
"Hidup ini berharga nak...bunuh diri tindakan yang ego"
Tangannya semakin gemetar. Dia terdiam dalam awang-awangan fikirannya sendirian.
"Kau tidak fikir dan kesiankan Mama. Sehari semalam Mama menyabung nyawa waktu melahirkan kau. Semua sakit Mama tahan, kerana Mama ingin kau hidup, sayang" tangan kerepot Mama berpegang erat pada tongkat bambunya, badannya membungkuk duduk di depan mataharinya hendak memeluk tubuh buah hatinya satu-satunya yang ada di karma ini.
"Mama cuma minta kau tetap hidup, sampai Tuhan meminta kau kembali suatu hari nanti."
Dikepala perempuan berdagu sendu itu rasa ringan dengan beban, ada pencerahan matahari dalam benaknya. Dia sedari kini, dia adalah matahari yang menyinari dan mencintai Mamanya lebih dari rasa cintanya pada pageran cinta. Dalam hatinya dia berharap sebelum terlambat.
Akhirnya tangisannya memecah, bersama hempasan gelas kaca beracun di tangannya.
"Maafkan, Ma. Aku ingin hidup lagi."
Gadis muda itu memeluk ibunya dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Ia ingin bergayut hidupnya pada wanita yang melahirkannya.
"Seumur hidupku sayangkan Mama"
Tik-tik. Tik-tik. Tik-tik
Jarum jam tepat pukul 12 dan kini dia hidup kembali seperti matahari akan tetap datang setiap pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan