Rabu, September 06, 2006



Dengan sedikit kajian, dapat mengenal pasti banyak unsur dan faktor persamaan dalam budaya masyarakat Korea Selatan dan masing-masing, kebanyakannya mempunyai kaitan dengan cahaya, iklim, dan dalam sesetengah keadaan asal usul etnik yang sama dan kaitan budaya yang lebih lama, yang banyak dipengaruhi oleh sejarah monghul. Dengan kata lain, walaupun korea utara dan Selatan tidak terpisah benua dan menjadi dua negara yang berasingan untuk bertahun lamanya, dan peperangan mengajar erti pembangunan dan ketabahan. memang sukar untuk membezakan bangsa korea, China dan Jepun melalui ekspresi muka, pergerakan, dan tingkah laku mereka secara keseluruhannya sebelum mereka mula membuka mulut untuk bercakap.

Di mana pun dia berada. Geografi telah dicemari dan sebagai manusia perlu mula mengatur semula arah berdasarkan pengalaman yang ada. Dia perlu mengatur arah dengan menggunakan bahasa global, jika tidak dia menjadi sengal. Tetapi pengalaman yang ada bukan sahaja global, malah meliputi pengalaman peribadi yang berkisar pada konteks peribadi dia sendiri, seperti dalam pengalaman kolektif dunia yang banyak berkongsi dan hidup bersama berlandaskannya. Oleh sebab itu, dia perlu memikirkan kembali apakah hubungan pengalaman dengan bahasa, terutamanya apabila memandangkan hakikat bahawa bahasa tidak terpisah sarna ada daripada diri sendiri atau tempat dia berada. Bahasa mengalir secara tekal dan berinteraksi dalam setiap konteks dan situasi yang ditempuhi.

Namaku Kimchi: Melihat gedung telah direnovasi. Di sebelahnya berdiri bangunan berbelas tingkat. KIA dan Hyundai menyatu dua gergasi. Berbangga dengan buatan tangan sendiri. Menduduki sebaris sektor kenderaan dunia. Di kejauhan menjulang bangunan yang belum jadi sedang dibangun. Lift bercat kuning berhias karat berhilir mudik naik turun pekerja dalam kerangkanya. Kalau melihat pembangunan gedung dan infrastruktur terus berlangsung, matanya tidak percaya kalau negeri ini sudah lama dapat bangkit dari nadir ekonomi. Terus memanjat anak tangga lebih tinggi indeks ekonomi dunia. Dia berhenti berjalan. tiba-tiba....

"Maaf cik, dikawasan ini,
kenderaan yang berhenti
diwajibkan mematikan enjin.
Jika tidak, saman akan dikenakan"

Tiada ulasan: