Selasa, September 05, 2006


Parking area at Wowoojongsa Temple Suanbo

Merakam dan memilih bercerita dalam Road to Your S(E)OUL merupakan sesuatu yang tidak dirancang. Merakamkam merupakan sesuatu apabila ianya ditelek dari dalam bentuk keinsafan yang lebih tinggi. Dikaitkan dengan pengertian keinsafan ini tidak lain dari mengiktiraf setiap isi alam ini dianggap tanda Ketuhanan-ayatallah. Ianya dibuat dengan menyentuh hakikat benda yang merupakan order yang tersembunyi. Saya seorang yang tipikal terhadap makna sebuah hakikat, kisah ini bukanlah hanya sekadar ekspresi peribadi. Oleh itu, dalam melihat hasil perjalanan ini, adalah terpahat ingatan semula kepada cara perjalanan itu untuk mencari kemahiran, pengetahuan,dan kebijaksanaan kembara sebagai saksi kepada kewujudan rasa yang mendalam di bawah kepelbagaian permukaan alam ini.

Pengalaman tentang realiti tidak akan lengkap jika tidak dilakukan dalam keinsafan yang sentiasa berkembang melalui ilmu. Hanya dengan ilmu inilah manusia menjadi sedar kepada pertaliannya dengan Tuhan, dengan alam dan dunia seluruhnya. Inilah ilmu yang dianugerahkan kepada Adam semasa diajar tentang Nama setiap benda yang akhirnya semua membuktikan tentang hakikat benda dalam perjalanan sebagai manifestasi pelbagai kekuasaan Tuhan sendiri.Terdapat satu unsur semangat intuisi langsung yang turut serta hanya untuk membimbing kepada satu transformasi kesedaran. Di sebalik kata-kata yang berat ini, sebenarnya memang tertanam satu tanggapan perihal bagaimana diri itu kadang-kadang telah dikuasai dalam hasratnya untuk mencari bukti bahawa proses mengenali diri itu adalah satu dialog yang melibatkan dua pihak mencari pengertian baru yang muncul dari perkara antara diri dan Tuhan.

Namaku Kimchi: Dia berusaha mengusir penat dan badai otak di kepalanya dengan menghirup secangkir kopi yang gemuk itu berpuluh-puluh kali. Dia berharap semua rasa ini akan larut didalamnya, dan berharap setiap dentingan-dentingan riuh yang diciptakan mampu mengalihkan fikirannya.


Tiada ulasan: