Khamis, September 14, 2006



LA D'VA 9

hati²(rasa x cinta)):(rindu² - benci) = n

-n =(rindu + hati²)x((sakit x benci²)+ rasa)

((hati x benci)-((rindu + rasa²) sakit)): n = 0

n = jiwa

Dia menggunakan formula angka-angka dalam penyelesaian hidupnya. Kini hanya ekpresi keinginan menjadikan hidup sungguh bererti. Sungguh tiada benci dihatinya. Dan apa yang didapati seperti hari ini. Eva termenung mengingati saat itu. Andai…

Selangkah jalan bersama gadis yang berjalan-jalan perlahan-lahan. Kasutnya diseret. Rambutnya masih bertocang tinggi.
"Hallo, berangannya? Fikirkan tentang aku”
"Ah kau Zack. Jangan buat aku terkejut, jantungku berdegup cepat"
"Dah macam mak nenek kau nie? Tapi nenekku cantik hari ini" goda Zack.
"Sejak bila aku kahwin dengan datuk kau? Hehehe…" Mereka berdua ketawa, rona
asmara mewarnai langkah mereka.
"Eva, besok datang ya, ke party harijadiku. Kau perlu jadi yang paling cantik disampingku" pinta Zack.
"Boleh.
Ada tema pakaiana ker?" kata Eva manja, cuba lebih memikatnya.
"Hmm… apa ya? Takde tetapi yang membuat aku tak
kan melupakan kau pada malam ini.!" tegas Zack
"Seperti apa yer? Pakaian tidur malam ajalah. Pasti kau takkan melupakanku" ejek Eva.
"Boleh kalau berani, Aku juga akan pakai yang sama"
"Kau pakai baju apa malam ni? warna apa?
Kan kita sama."
"Pakaian malam ini, ya hanya baju dalam hitam berenda emas. Habislah bilik kau panas"
"Kau gila!". Eva berlari terus kejalan meninggalkan Zack yang melopong mendengarnya.

Party itu berjalan meriah, muzik mengalun indah. Eva bergandengan rapat dengan Zack. Keduanya sama sepadan, semua mengaguminya. Pada ruangan yang tertata indah, pada makanan yang bermacam-macam rasanya, pada acara yang begitu mengasyikkan. Ibu Zack benar-benar ingin memberikan kebahagiaan pada ulang tahun anaknya yang ke 17 ini. Siapa yang tak memimpikan merayakannya di ruangan mewah di hotel Nikko. Dengan mengundang penyanyi tempatan Sheila Majid dan anaknya, merupakan sepupu ibunya.

Semasa acara berjalan, tiba-tiba Zack naik kepentas dan mengambil mikrofon, dan
cuba menarik perhatian tetamunya. Tetamunya yang terdiri dari rakan-rakan perniagaan ibunya dan kawan-kawan sekolahnya. Suasana tiba-tiba menjadi tenang. Menunggu Zack memulakan bicara.

"Terimakasih saya ucapkan pada kawan-kawan dan anda semua yang telah hadir pada malam ini. Semua menjadi semarak dan meriah tak lain kerana kehadiran anda semua. Pada usia saya yang ke tujuh belas ini saya telah mempunyai kekasih yang cantik bernama Eva. Dan pada pesta ini, anda-anda semua akan menjadi saksi dan saya ingin mengumumkan pada saat ini saya memutuskan hubungan dengan kekasih saya ini Eva" ucap Zack dengan nada bangga. Sebuah senyum kemenangan menghiasi bibirnya.

Semua tertegun, diam seketika. Menjadi saksi runtuhnya sebuah mimpi. Eva bangkit dan meluru keatas pentas dan menampar muka Zack lalu berlari keluar. Membawa isakan tangisnya, dan sejuta benci. Begitu tegarnya Zack melakukan semua ini didepan semua orang. Dan segala kebohongan menjadi realiti dari mahluk lelaki, Eva bersumpah demi segala kebencian.

Senyum tersungging di bibir Zack. Tangannya berjabat lelaki yang berbaju biru itu. Menerima sebuah envelope putih yang tebal terisi.

"Aku menang. Jangan
cuba mencabar aku kemampuanku Farid"ejeknya pasti.

---------------------------------------------------------------------
Di suatu dunia yang lain, sepasang malaikat berkata-kata;
++ "Wah ini tak boleh dibiarkan. Kita kena tolong gadis itu. Lukanya cukup dalam."++
++"Bukankah dia telah bahagia kini, menjadi wanita berjaya Percaya tentang hidup ini indah bila semunya berjalan dengan betul dan wajar. Apa perlu diingatkan tentang beban kisah masa lalu." ++
++ "Dia menggunakan formula matematik cinta dalam dirinya. Tetapi keadilan tak berpihak padanya. Sebuah kesucian dari cinta dan pengharapannya. Tidakkah kita mendengar segala doa-doanya, ucapan syukur untuk kekasih yang dia terima. Ucapan syukur darinya yang masih memberi cinta pada lelaki itu. Tetapi kini, dia tak mahu menyentuh cinta lagi. Apakah kita dulu memberinya sebuah racun, keindahan yang membunuhnya. Mematikan keinginannya kembali merasakan cinta itu. Kita yang perlu bertanggung jawab" ++
++"Kita harus memutar waktu tanpa merubah kenyataan akan keberhasilannya kini. Kita hanya membantunya agar tak ada luka"++

Waktupun berputar mundur.

Bersambung..

Tiada ulasan: