Isnin, September 18, 2006

OPERA SERI PANGGUNG

Prolog

Sekitar dua tahun yang lalu di sebuah negara kecil di Asia, Mona sedang duduk di ruang keluarga, menikmati secawan kopi panas sambil matanya menatap TV. Cuaca malam begini sentiasa menghalang dirinya untuk keluar rumah. Dia memutuskan untuk menikmati perlbagai program TV yang tidak penting. Paling dia sukai ialah opera sabun, berita, muzik, filem muzikal dan favoritenya, filem persembahan teater diluar.

Mona membetulkan tempat baringnya, dinginnya malam sama hangatnya kopi ditangannya. Selimut disarung hingga kedagu. Dia semakin malas beranjak dari sofa. Dan meraih remote tv yang tergeletak diatas meja.

Dan dia melihat sesuatu yang sebelumnya tidak pernah dia perhatikan. Di layar kaca itu terpampang sebuah pemandangan savana, dengan warna yang sangat panas. Matahari terik, rumput kering dan seorang wanita dengan rambut perang eksotik seperti bermasalah dan menderita. Imej rambut perang dengan anggapan sempurna tanpa cacat cela. Desire yang menggoda objek yang sempurna. Rambut perang palsunya memberi suatu aura asli seperti iklan patung Barbie menonton opera. Mengundang pandangan luarbiasa dan kepalsuan. Gadis itu sedang memanjat sebuah bukit kecil dengan bersimbah peluh. Dengan penuh usaha dia merangkak dan merangkak. Cut scene ke sisi lain bukit sama, dimana ada seorang gadis remaja yang kurus kerana anoreksia dengan simbol kegadisan dan kesucian juga sedang memanjat bukit kecil itu. Kedua situasi itu bergantian muncul, sampai akhirnya mereka bertemu muka di puncak bukit itu. Dan oh, ada sebuah botol hijau kecil berdiri disitu. Si wanita opera yang pertama mengambil dulu botol itu, dan meminumnya sambil berdiri dilatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam.

Muncul nama minuman itu. Perrier.

Mona terpaku selama beberapa saat. Banyak benda lain yang lalu di depan matanya pada saat itu – seorang ibu mencuci baju, wanita cantik dengan perfume Jadore CD...- tetapi gambar wanita berdiri di puncak bukit dengan matahari terbenam dengan pakaian pementasan opera tertancap terus dalam fikirannya.

Apakah ini?

Sebegitu hebatkah kekuatan sebuah gambar untuk membuat dia ingin mencuba minuman itu?

Dan dia telah bertemu pelbagai keajaiban yang diciptakan untuk menjual sebuah barang. Planet-planet yang menari. Poster di sebuah cafe yang menjadi hidup. Seorang penyapu sampah mendendangkan lagu merdu menggunakan alat itu. Getaran muzik dari gitar dengan sebuah botol dan pelbagai ragam lagi gaya hidup.

Dia mencari jalan untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang dunia yang aneh itu. Berputar-putar kepalanya.

Tiada ulasan: