Selasa, September 05, 2006

ROAD TO YOUR S(E)OUL


Hwaseong Fortress Suwon

Sebuah pemandangan daripada menara pemerhatian itu sesungguhnya sangat mengagumkan, namun apa yang ternampak dalam gambar bukanlah apa yang dilihat. Mungkin ada rasa ghairah campur kesal.
Topografi di kawasan Suwon dengan gambaran bukit-bukaunya jauh dalam kepelbagaian warna kelabu tak terhingga, adalah apa yang boleh dilihat, atau tidak, pada sebuah gambar. Terpulanglah kepada apa yang diperhatikan. Sesungguhnya pemandangan dalam gambar mengagumkan. Tetapi dia lebih terpegun dengan pemandangan yang sebenarnya, masih merasai ada lagi yang tidak lengkap dengan gambar ini. Kerana dia mengambil gambar untuk menangkap apa yang di situ. Dalam pemandangan yang luas ini ada sejuta gambar yang boleh diambil. Jadi sesebuah gambar tidak mungkin akan lengkap. Tetapi ianya berlarutan dan berterusan dalam ingatan. Dengan membawa balik bergulung-gulung pemandangan disana, dia sebenarnya meninggalkan panorama itu di belakang. Menangkap imejnya bermakna menangkap kehilangan yang berterusan. Atau lebih tepat lagi, menangkapnya bermakna kehilangannya selama-lamanya. Sebuah gambar foto adalah persamaan dengan realiti, tetapi ianya juga adalah suatu teka-teki yang sentiasa membuatkan dia inginkan benda yang sebenarnya. Begitulah kesan aneh foto pada dirinya. Kalau dia menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan imej (awan yang menghitam kepada tahap ton yang kena, kabus yang beredar untuk menampakkan bentuk gerbang batu-bata), tetapi dia menunggu perasaan yang sesuai dalam dirinya untuk mendekati alam semulajadi. Dan apabila mengalami perasaan yang mendorong dalam dirinya terhadap objek dalam alam (sebuah kelainan atau kepelikan sebuah batu purba), pada masa sama berempati untuk dia menangkap dan merakam kehadirannya.

pagi itu dia berhenti diatas kawasan itu
sekejap terhenti berjalan dari waktu
untuk menapakkan kaki disitu
dan lemparan sapaan yang menganggu
"hendak kemana cik pagi ini sudah berdiri disini?"


Tiada ulasan: