Rabu, Oktober 18, 2006


air pancut dataran seoul




ADAM, ANAK SEORANG PEREMPUAN

Dia telah meningkat dewasa, dan dia tidak pernah mengenal dirinya anak siapa? Sejak lahir dia di asuh dan dibesarkan ibu tanpa kehadiran seorang lelaki bernama ayah. Ibu pernah mengaku bahawa dia penah bercinta kasih dengan seorang lelaki, tetapi tidak tahu lelaki yang mana mencetak benih dirahimnya, yang akhirnya terbit menjadi dirinya. Ibunya tidak pernah menyatakan dirinya seorang perempuan jalang. Bagi dirinya, anak sepertinya yang mengalami kelembutan cinta seorang ibu persoalan itu diketepikan. Tiba suatu hari datang seorang penyair dan penulis muda, rakannya bertanya, apakah dia buah cinta sejati atau cinta berahi? Dia menjawab 'kau seorang penyair, apakah kau mengenali asal-usul benih yang tumbuh dalam kata-kata kau?'. Dia adalah pemilik rahsia. Kini ibunya terbaring lesu, sakit menanti detik. Dalam kesakitannya, ibunya meminta membaca cerita dan antologi rangkap-rangkap sajak-sajak. Dia membaca dengan mata berkaca-kaca. Sebelum akhirnya saat menanti berkunjung pasti, dia bertanya kepada ibudanya lagi, 'Ibu, saya anak siapa?'. Dia membayangkan hancur hati ibunya saat begini. Ibunya mengelus kepalanya dan menjawab 'Adam ialah Anak Seorang Perempuan!'.

Tiada ulasan: