
BAB 9: MOZARTO MOULIN ORION
aku yang menyelinap
di perkampungan rimba
menculik mereka
dari panggung persembahan
menyeret menuju tanah perjanjian
menghentak-hentak perut bumi
kuteriakkan nyanyian sekuat kuatnya
menghentam jantungnya bertubi-tubi
suaraku lebih dahsyat
dari seribu genderang purba
kuledakkan sel-sel darah mereka
mengalir deras bersama
dendamku kepadanya
Not-not muzik terakhir hanyut dibawa bayu dan para hadirin pun memberikan tepukan yang gemuruh. Mereka terus bertepuk dan bersiul, bersorak dengan keseronokan dan menjerit meminta lagi sekurang-kurangnya selama
Para
Muzik not tiba-tiba bertukar bertukar menjadi lebih pantas. Penari-penari keluar pentas beramai-ramai membuat gerakan-gerakan Mazurka. Merupakan tarian rancak dalam tiga kala, dengan loghat tertentu pada rentak kedua atau ketiga setiap bar dan measure. Penari lelaki mendengar loghat ini dan menghentakkan tapak kakinya, menghantuk-hantukkan pacunya bersama atau bertepuk tangan. Mazin berasa amat kagum dengan permainan muzik Awang kenit yang juga berbakat seperti Frederic Chopin. Persembahan Awang yang luar biasa itu begitu penuh perasaan dan menggesek violinnya dengan teknik yang amat menakjubkan.
Persembahan kumpulan Dardanella muncul di tengah-tengah dengan aksi menggoda primadona Miss Riboet's Orion, seorang pelakon panggung wanita profesional mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Sparkling Diamond yang menggoda dan menghiburkan. Diikuti dengan lakonan dalam babak pertama Graaf de Monte Cristo bersifat hikayat, bermain dengan seloka dan angan-angan, menjadikan penonton terbuai oleh mimpi dan kemewahan. Selanjutnya, dalam babak kedua bertukar menampilkan cerita realiti The Three Musketeers.
Bintang panggung yang juga secantik Anggun Putri. Pelakon lelaki yang popular Anjas Asmara dan Orion. Kumpulan Dardanella sentiasa memberikan sebuah pertunjukan yang memuaskan publik. Mizan juga pernah membaca kejayaan Dardanella dengan mengadakan perjalanan keliling
'Berhati-hati lain kali, kenapa berlari tergesa-gesa.' tanya Mazin. Kaget seketika. Melihat perempuan itu yang sangat mempersona dengan gaun kembang seperti seorang puteri.
'Tolong, saya sudah terlambat, saya kena pulang sebelum jam pukul 12 malam'. Tergopoh-gopoh gadis cantik itu bangun.
'Tetapi majlis tari menari ini, belum selesai lagi.'
'Maaf saya kena pergi sekarang juga.' Gadis itu bangun dan berlalu dengan pantas sekali meluru kearah pintu gerbang keluar dewan.
'Awang kenit! Berjumpa kembali, Saya sangat terpengun dengan persembahan kau tadi. Kau memuja Ludwig Van Beethoven sedangkan kau setanding Wolfgang Amadeus Mozart dan Frederic Chopin. Sungguh mengagumkan saya.' Puji Mazin ikhlas.
'Terima kasih Tengku, saya cuma menjalankan tugas saya sebagai pemain pemuzik dan saya telah bermain muzik telah lama di panggung ini. Apa kata Tengku mengikut saya di bilik latihan dan berehat disana.'
Awang mengangkat topinya memberi hormat dan mengajak Mazin berlalu di situ menuju ke kamar bilik latihannya.
Mazin tersenyum sambil mendongak ke arah Awang Kenit dan melihat kostum yang dikenakan Awang. Dia memakai rambut palsu panjang keriting dan pakaian lebar dan longgar dengan banyak renda-renda. Dia juga mengenakan stoking putih dan kasut kulit coklat. Seluruh kostum itu mengingatkan Mazin pada gambar-gambar yang pernah dilihatnya di dalam kaca TV seperti di orang Istana Louis XIV.
Mereka menuju ruang bilik latihan pemuzik itu di tingkat atas panggung itu. Itu adalah salah satu ruangan hebat yang pernah dilihat Mazin. Awang Kenit tinggal di situ dengan isterinya. Sebuah loteng dengan dinding melandai. Cahaya akan masuk dari lelangit membanji dari tingkap loteng tinggi yang dipasang di dinding pada waktu pagi. Mazin
'Tengku, saya akan
'Apa maksud kau? Awang!'. Mazin bersuara tiba-tiba.
*****************************
Kerancakan malam di panggung dewan tersebut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Mustika yang mendendangkan lagu irama latin seperti Guantanamena dan La Paloma serta rangkaian lagu-lagu inggeris yang menggamit perasaan. Kelihatan Mizan yang tidak putus-putus merakamkan foto gambar.
Mazin berjalan sendirian untuk ke bilik panggung berseorangan. Setelah keluar dari bilik Awang Kenit dia kembali ke panggung. Dia ingin sekali melihat dan merakam gambar-gambar menarik sekitar panggung, sebelum ketingkat atas untuk menemui primadona Anggun. Dia perlu berjumpa dengan Prasasti Seni Anggun Putri. Dia
Tetapi tangga yang dinaikinya bercabang-cabang dengan laluan di penuhi pelbagai arca, ukiran, dan kaligrafi dengan deconstructive architecture klasik. Sebaik saja kakinya melangkah menaiki tangga, matanya terpana melihat dekorasi indah kilauan emas ala diraja Inggeris. Inilah panggung yang penuh hiasan yang kaya dengan dekorasi dengan garisan yang tegak serta bersayap di antara patung-patung serta hiasan lain. Kekayaan hiasan juga terdapat di bagian dalam dengan daun-daun emas, pari-pari dan bayi. Pusat auditorium yang berhiasakan tempat lampu-lampu lilin. Nilai seni yang berkualiti tinggi dengan lukisan klasik Itali yang eksklusif apatah lagi, paling hebat apabila ia dilukis di atas kanvas bermutu tinggi. Mazin terfikir di benaknya kini kagum dengan rekaan dan dekorasi panngung sari seperti sebuah ladang seni.
Mazin menyusun langkah perlahan-lahan menuju tangga. Susunan permaidani halus merah yang teratur lorong tangga. Akhirnya dia sampai di lantai tingkat atas panggung yang tinggi dengan beberapa lorong ke bilik. Dia bergerak memasuki lorong jalan. lampu-lampu berkilauan klasik menyinari jalan di sepanjang laluan ini. Di kiri dan kanan lorong jalan tersusun deretan lampu besar yang dipenuhi dengan berbagai warna. Alangkah terkejutnya di depannya dipenuhi deretan pintu-pintu bilik. Sejak tadi dia terpengun dengan deretan-deretan pintu besar yang bergantian abad. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia berfikir di benaknya, yang mana satu kah bilik primadona seri panggung itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan