Ahad, November 12, 2006

BUMPER!

Merambu lagi TINA malam ni..! TINA sentiasa berfantasikan dengan gaya yang mengila. Semakin unik fesyen aku akan berjalan mendepa dada. TINA memulakan langkah permulaan yang membuat ramai jantan dan balak kota memerhati dan merenung macam tak makan 10 tahun! Sebaik sahaja TINA masuk ke kelab Zouk. mata-mata keranjang, pisau cukur, dan gauman singa di seberang lantai dansa asyik melihat. Aku malas nak over-excited. Satu pandangan muslihat bukan ada makna pada TINA! Pergi mampos ler! Gaya hebat Paris Hilton ramai yang terpegun dengan lenggok dada dan BAMPER TINA menari. Ramai juga peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada tariannya. Seksi dan menggiurkan mengundang panahan nafsu setan di tubuh TINA. TINA tahu apa yang mereka mahu.

TINA nampak kelibat CAT.baru sampai.Lambat minah ni, leceh betul.!

CAT menuju kearah TINA, dengan gaya rockstar girlfriend. Skinny jeans warna hitam. Gaya legging di padankan dengan mini skirt. Baju T gothic dengan animal print. Trademark CAT, dengan celak hitam nan tebal melingkari sepasang mata kening lebatnya. Warna yang sepadan teal blue. Rambut pendek baru CAT memang menyerlahkan tengkuknya yang seksi. Rambutnya juga agak tebal dan gembur. Wavy dan sedikit curly! CAT patutnya simpan rambut macam dulu, CAT kelihatan lebih terangkat dengan rambut layers. Ada body dan movement pada bentuk rambutnya dengan gaya sexy wavy look. Eksperimen fashion ini bukan baru buat CAT. TINA pun macam tu. Cuma rambut TINA panjang, lurus, dan agak gelap untuk rona blonde. TINA kerat layers tiga hingga empat tingkat untuk rona highlight gold blonde untuk nampak sunkissed look.

CAT hidung ditindik, sebelum ini CAT lebih suka berambut gondrong ala hippies, muzik rock, dadah, protes oleh group undergroundnya mengikut cara woodstock di Amerika. Cat bercampur dengan bebudak yang perjuangan entah apa-apa! TINA naik menyampah! Errk DIA sendiri tak reti nak explain dah!

Haruman semburan Christian Dior ditubuh CAT menusuk hidungnya, mematikan akalnya. Cukup daring, menonjol, senjata godaan yang bahaya bermain-main dalam tengkorak kepala otak lelaki. Padanlah kau CAT. Ramai pistol dan senapang patah di celah kangkang! Membiarkan irama kyllie minogue mengalun merdu.

"Lama sampai .darling ..sorry ler traffic jam" CAT menghampiri TINA. Memeluk dan merangkul tengkukNYA. Malas dia nak menjawab. Aku hanya menjeling. CAT tersenggih, senyum sumbing, kepala hotak dia traffic jam. Dia kan naik skuter mahu basah TINA, dia kencingNYA!

CAT tarik keluar TINA keluar club tergesa-gesa. Dia nak sepam dua. TINA hanya mengekori CAT macam lembu kena tarik hidung. Rokok yang TINA nyalakan dan di hulurkan kepada CAT. Kepulan menyala dengan segerombolan setan menari-nari!

Puntung-puntung rokok bersepah-sepah di hujung kaki mereka. Puntung rokok dibuang dan apinya TINA padamkan dengan hujung tapak kasutnya. TINA nyalakan sebatang rokok yang baru, disedut dalam-dalam dengan perlahan dan asapnya diluahkan melalui lubang hidung dan mulutnya. Seorang pemuda kurus kering terbatuk-batuk di sisi. TINA meminta maaf kepadanya kerana asap rokoknya menyebabkan mamat tu terbatuk tercekik.

TINA beredar dari situ. Selang beberapa langkah CAT menahan seorang lelaki bertanyakan sesuatu. Mamat itu menggelengkan kepala. CAT terus bertanya pada setiap orang yang ditemuinya. Dan setiap orang cuma menggeleng-gelengkan kepala. TINA cuma menenangkan perasaan dan menyelambakan air muka seberapa yang terdaya.

"hey, bro ada nampak BAMPER aku tak?" kata CAT ada nada suaranya begitu sugul dan runsing. TINA hanya melihat dari jauh. Kenapalah dia suka tinggalkan bamper dia merata-rata. Bisik hati TINA.

Bingit, bising, hingar-bingar dan panas di dalam club. Seperti adam dan hawa yang bebas mencari versi syurga mereka di kelab rock, dewan tari dan parti yang menggila. Ghairah terbakar dimana-mana, di kiri dan kanan. TINA terpandang sekumpulan beruk jantan! attention seeker..Ah! jantan gila glamour ketagih perhatian! Ceh..!! berduyun-duyun dengan entrance yang berlebih-lebihan. Mula menjerit-jerit sebaik menjejakkan kaki ke dalam club.... beruk ulu mana..ni. Pakaian mak ai! Flashy bak superstar ! gaya dansa mereka .. eeeiiii...eeii!! tonggang terbalik.

CAT cuba mencari jalan untuk mengatur-atur kata-kata di dalam kepala dengan perasaan yang tidak menentu. TINA tidak berani berkata-kata. Jantung berdegup gemuruh lintang-pukang.

"Mari," kata TINA dengan gagap, menarik CAT.

"Kita duduk-duduk dulu minum."

CAT menjengilkan biji mata bulat-bulat sambil mengetap-ngetap bibirnya dan memekik:

"oiii, kau gila ker! macam mana aku nak duduk, BAMPER aku takde!"

TINA menepuk dahi, mengangkatkan kening dan mengerakkan sedikit kepalanya mengajak CAT keluar.CAT berjalan laju keluar club. Mukanya jelas merasa kesal dan binggung. Dan CAT berjalan dengan pantas dari biasa.

TINA dan CAT berhenti seketika di persimpangan jalan, memandang sekeliling kerana mereka merasa ada keanehan yang sedang berlaku. Mereka baru menyedari ramai mata yang memandang dan ketawa. TINA merasakan simpati, BAMPER minah ni, sah hilang dan tercicir di mana-mana di sekitar ibu kota.

Ramai lelaki di situ tertonjol biji mata mereka menyoroti awek-awek yang berBAMPER yang beraneka warna, bentuk, saiz di pinggang mereka dengan dibalut jeans yang ketat. TINA, bersimpati pada CAT yang tidak berBAMPER lagi. CAT sudah jauh di hujung sana. Langkah-langkahnya amat sayu dan tidak bermaya. Setiap orang yang ditanyainya cuma menggelengkan kapala.

"Mana kau letak BAMPER kau ni? Cuba ingat balik kat mana kau pergi semalam?" TINA bertanyakan dengan bersungguh-sungguh.

"Entahlah seingat aku selepas jumpa kau, aku balik"

"Kalau macam itu, jom kita pergi minta tolong balak aku" Jawap TINA laju. Tiba-tiba terdengar di hujung sana suara-suara dewa-dewa palsu berkata-kata.

"Awek tu patut jaga BAMPERnya itu dengan baik," kata seorang lelaki itu.

"Jangan sampai hilang." Sambungnya lagi

"Ya," sokong lelaki berambut vampire curly, panjang.

"Ramai awek-awek berlumba-lumba ke sana ke mari membawa BAMPER yang hmmmm...!"

"Betul kata kau tu! Kau tahu - aku kahwin dengan bini aku pun pasal BAMPER dia yang montok itu."

"Untunglaaaaaah kauuuu! aku sangat suka tengok BAMPER bini kau itu. Dan semalam aku ada mengayat bini kau tue."

"Sesungguhnya kau sememangnya seorang kawan aku yang kurang ajar!. Nah!!!..kau amik sebijik". Gedebak, gedebik, gedebuk!

Seketika lelaki vampire itu telah bercumbu dengan kaki meja bersama pengiring bintang-bintang dan kepak-kepak malaikat berterbangan di sekeliling uraian rambut teknik rebonding vimpirenya. Mereka tidak mengendahkan dunis di sekeliling yang sibuk berkerenah. TINA dan CAT beredar daripada situ.

JAHANAM, kat menyumpah, mahu saja dia menguyah orang yang mengambil BAMPERnyer itu. CAT tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya kelak tanpa BAMPER tersebut dalam alam kehidupan meningkat dewasa kelak. Meninggalkan cebisan kenangan indah dan pengalaman yang membahagiakan, dengan nikmat ciuman pertama dan menatang seisi dunua dengan warna liar hidupnya. Satu kejadian yang mengaibkan dirinya tanpa BAMPER di sisi. Sebelum ini CAT di kenali gadis yang sempurna tiada cacat cela.

*********************************************


Mengapa tadi aku tidak berterus terang saja padanya? Kata hati Z.

Semalam Z mengekori AWEK itu di sepanjang jalan. Dia terpukau dengan lenggokan yang penuh berisi itu. BAMPER AWEK itu terus melenggang-lenggok yang sungguh mengasyikkan.

Mata Z tidak dapat dialihkan ke arah lain lagi. Tiba-tiba saja BAMPER AWEK itu tertanggal melambuk jatuh dan bergolek-golek menuju ke arah kakiku. Z jadi bodoh, sedangkan awek itu terus berjalan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Suara Z tersekat di kerongkong.

"Apakah yang harus kubuat BAMPER tu telah berada di hujung kakiku?"

AWEK itu terus saja berjalan dengan cepat tanpa BAMPERnya.

Dan Z tidak tergamak hendak memekik-mekik melolong memanggilnya begini: "Tunggu! Tunggu! BAMPER awak terjatuh!"

Z sendiri rasa malu. Tapi apakah yang harus DIA lakukan? Tentu DIA tak akan membiarkan BAMPER itu di tepi jalan: ada anjing-anjing liar berkeliaran. Dengan muka yang merah dan malu-malu Z memungut BAMPER itu berhati-hati. Lalu BAMPER itu dimasukkan ke dalam bonet keretanya. Ada seribu biji mata memerhatikan perbuatannya itu. Peluh mengalir di dahi dan di tengkuknya. Dadanya sendat dengan perasaan yang tidak menentu.

AWEK itu sudah menghilangkan, entah ke mana perginya.

"Esok saja aku mesti kembalikan," kata hatinya.

BAMPER itu diletakkan di dalam biliknya dengan hati-hati dan penuh kasih sayang. Malam itu langit-langit putih ada rembesan atap yang bocor di kepala Z. Dia ingin menikmati malam dengan pelbagai adegan. Tiba-tiba .....

Tuk!tuk!tuk!.

Ada ketukan yang tergesa-gesa membangunkan tidurnya beralaskan sesuatu yang empuk. Z membuka pintu. Kepalanya terasa berat. Tanpa berlengah dua pasang kaki berderap-derap masuk ke dalam rumah.

"Z, Z kau kena tolong aku......aku..kau errkkkk!" belum sempat TINA menghabiskan kata-kata. Matanya TINA terpaku pada sesuatu yang mengugah hati. Panas hati menjilat kerongkongnya. Mengecutkan perutnya yang kosong dengan urat nekad. TINA seperti hendak mati. Z jadi gagap. TINA terpaku. CAT malu ada bunyi yang dari perutnya dengan buruk sekali. Sendi dan seluruh tubuhnya terasa seperti lumpuh. Z cuma memandang dengan hati berdebar-debar. CAT melopong.

"Kami dah mencari di merata tempat di tengah-tengah malam buta." Kata CAT tiba-tiba.

"Kami dah letih ke sana ke mari. Rupanya kat rumah kau Z. Aku tak sangka kau..." TINA tidak dapat teruskan.

"TINA, biar aku terangkan."Z berhenti megah. Berdiri mengesat peluh. Terketar-ketar kepala lututnya.

"Aku memang nak beritahu hal ini pada kau TINA. Malam tadi aku tidak dapat tidur. Dan ada setan menjelma memenuhi ruang bilik tidurku menawarkan khidmat nasihatnya, menyuruhku supaya jangan mensia-siakan peluang emas seperti ini sekali saja seumur hidup terhadap BAMPER itu. Sepanjang malam aku bergelut dengan diri sendiri. Aku boleh berbuat apa saja terhadap BAMPER itu kerana aku seorang diri. Aku baring dan bangun berulang kali. Aku menyumpah-nyumpah diri-sendiri. Tapi percayalah aku .yang....aku...aku....suka BAMPER itu". Kata Z , sambil mengetap bibirnya.

"Z BAMPER aku...." kata CAT syahdu. CAT tanpa menunggu masa meluru kearah BAMPERnya tidak sabar-sabar dan di rinduinya. Dia memeluk dan mencium BAMPERnya itu sepuas hati penuh haru. CAT mengangkat kepala dan memandang Z dan TINA yang sedang melahu. CAT berpaling menutup pintu dan memakai BAMPERnya semula. DIA mengambil masa yang agak lama.

CAT keluar melenggang-lenggokkan BAMPERnya tersipu-sipu malu. TINA dan Z seolah-olah melihat seorang Shakira dengan Hips Don't Lie yang berada di depannya dengan irama goyangan yang seksi dan mengasyikkan. Tak ada yang lebih sempurna. Z membayangkan keinginan berduet dengannya. CAT ingin berlalu pergi. Tetapi dia sempat berpaling kearah Z dan berkata.

"Terima kasih Z. Kerana pulangkannya, apalah hidup aku tanpa BAMPER tu" kata CAT terkebil-kebil anak matanya. Ada busur panah sedang menuju ke matanya dengan alunan orkestra kejayaan menyambut kepulangan BAMPERnya kembali.

Tetapi langkahnya terhenti melangkah ke luar ada suara menghentikan gerakkannya.

"Nanti dulu CAT! Aku belum selesai dengan kau!" jerit TINA dari arah sofa yang bertentangan. Bangun menghampiri CAT. Tangan dan bibir TINA bergetar-getar. TINA telah melihat dengan dengan mata kepalanya sendiri. So sexy!. Mereka berdiri tegak membalas tatapan mata dan melorot ke bawah. TINA meraba-raba BAMPER itu.

"Aku juga suka dengan BAMPER kau CAT, dari dulu menjadi idaman aku" kata TINA sambil mengengam tangan CAT. Dengan senyum dan ketawa yang mengembang CAT tidak menyangka TINA menyukai BAMPERNYA juga.

Mata CAT berkaca-kaca. Airmatanya mengalir di pipinya. Dia menahan sendu Mereka bahagia dengan pancaran mata yang riang kelihatan. Sementara itu ada kilat mencabik-cabik langit di luar dengan kepingan-kepingan kaca berderai berterbangan dengan irama menuju nirvana sorakan Kurt Cobain;

"rape me my friend rape me rape me again's"

Di penjuru sebuah pintu sayup-sayup terdengar lolongan seorang lelaki, menadah tangan tanda kesyukuran kepada TUHAN.

Tiada ulasan: