Khamis, November 09, 2006


SURAT UNTUK BINTANG SELATAN



Hidup ini cair. Semesta dan alam bergerak. Realiti berubah. Seluruh simpul dari kesedaran kita berkembang mekar. Hidup akan mengikis apa saja yang memilih diam, memaksa kita untuk mengikuti agungnya yang kejujuran yang penuh rahsia. Kau, tidak terkecuali.

Kau takut. Pengecut!


Kau takut kerana ingin jujur. Dan kejujuran menjadikan kau tersorok dan mengakui kau mulai ragu-ragu.
Dialah sebagian besar dalam hidup kau, tapi kau cemas. Data 'sejarah' menggantung hati-hati di atas sana. Sejarah kau dan dia. Konsep yang menakutkan sekali. Sejarah memiliki hak istimewa dalam hidup ma­nusia, tapi tidak lagi melekat kekal pada realitinya. Sejarah seperti awan yang padat berisi tapi ketika di­sentuh menjadi embun yang rapuh.

Skenario perjalanan membiarkan kau sering menyejarahkannya, merakamnya, lalu memainkan­nya berulang-ulang di kepala. Seperti Sang Kekasih Impian, Sang Tujuan, Sang Inspirasi bagi segala mahakarya yang termuntahkan di dunia. Sementara dalam setiap detik yang berjalan, kita seperti musafir yang tersesat di padang. Berjalan dengan kompas masing-masing, tanpa ada usaha saling bertemu, berusaha konon saling toleransi atas nama Cinta dan Perjuangan yang Tidak Boleh Sia-sia. Kau sudah membayar mahal untuk perjalanan ini. Kau pertaruhkan segalanya demi apa yang kamu rasa benar. Dan mencintainya menjadi kebenaran tertinggimu.

Lama kelamaan kau menyedari bahwa Pengalaman merupa­kan sebahagian tak terpisahkan dari hubungan yang diikat oleh seutas perasaan mutual. Lama bagi kau untuk berani menoleh ke belakang, menghitung, berapa banyakkah pengalaman nyata yang kita alami bersama?

Sebuah hubungan yang dibiarkan tumbuh tanpa pe­raturan akan menjadi hantu yang tidak menjejak bumi, dan alasan cinta yang tadinya diagungkan akan berubah menjadi hutang moral, pelaburan waktu, perasaan, serta perdagangan kalkulatif antara dua pihak. Cinta ingin dipelihara? di dalam sepak terajang­nya yang serba mngejutkan, cinta ternyata masih ada mekanisme untuk mampu bertahan.

Kepada kau? kau perluakn cinta? Cinta jangan selalu ditempatkan sebagai keperluan besar, atau seperti ranjau yang tahu-tahu meledakkan kau entah bila dan kenapa. Cinta yang sudah dipilih sebaiknya diikutkan di setiap langkah kaki, mekekatkan jemari, dan berjalanlah bergandengan... kerana cinta adalah mengalami.
Cinta tidak hanya fikiran dan kenangan. Lebih besar, cinta adalah dia dan kau. Interaksi. Perkembangan dua manusia yang tetap harmoni. Kerana cinta akan hidup dan bukan cuma maskot untuk di sembah sujud. Kau ingin berhenti menyumbat denyut yang hidup dalam nadi dan membiarkan pergi tanpa beban. Dan kau tahu, itulah yang bakal kau berikan. Hingga akhirnya....


[ Di meja itu kau mengelilingi tulisan tangannya dan terus membaca].

Kau harus sedar betapa tidak adilnya ini semua? Kau tahu kenapa?


DIA tidak pernah menyimpan gambar rupa parasmu. Dia tidak pernah membayangkan harum susuk tubuh kau dan membelai dari helaian setiap rambut kau. Dan kau akan menjadi sedih dalam ketidakrelaan ini. Dengan nyamuk-nyamuk yang putus asa, dengan malam yang pasrah digusur pagi. Dan dengan dentingan jam dinding.


[Sampai pada halaman kedua surat kau] kau yakin dia faham? di luar sana, mereka membaca kau. Kau nak mereka membaca ini kerana mereka adalah Pujangga yang melaungkan Cintanya! Bersujud di depan cintanya. Kau nak mereka faham betapa sukarnya perpisahan yang di lakukan sendirian.


Tidak ada gunanya. Kerana kau tak mampu meyakin­kan bahawa ini memang sudah usai. Tidak ada kata peluk, cium atau langkah laki beranjak pergi, yang dengan episod drama terakhir yang diputuskan pengarahnya. Itulah katan perpisahan yang paling sepi yang kau alami.

Kau tahu!

Diri kau yang mini, tapi keras kepala
dan kau memilih untuk tidak pergi untuk tetap terus menemani sejarah kau. Dan kerana waktu semakin larut, tenaga kau pun menyusut. Dan menjadikan kau sebuah benteng tembok yang tebal dan tidak dapat di tembus. Atau kau ingin menjadi keajaiban yang menguak kekeruhan ini, jadilah kompas mengejari bintang selatan. yang akan menunjukkan jalan pulang bagi hati kau yang akan menemui aku.

Aku yang merasakan apa yang kau rasakan. aku bintang utara yang telah menuliskan sepucuk seurat cinta kepada kau bintang selatan. yang pastinya surat-surat cinta ini tidak akan sampai untuk kau. sekian.




Tiada ulasan: