Isnin, November 27, 2006

Katak Besi

Di bawah sinar matahari yang terik, panas tak terkata. Kicauan burung-burung memecah keheningan pantai itu. Aku terlupa hari apakah ini. Waktu apakah ini. Zaman apakah ini? Bayang bayang manusia yang gugur. Seorang demi seorang. Gugur terus mengucupi bumi. Mataku melihat tajam pada waktu. Kedengaran dari jauh bunyi yang menggegarkan bumi. Semut-semut berkeliaran keluar dari alamnya bertempiaran lari. Jantungku berdegup. Getaran tanah dan deruman yang amat kuat tak pernah ku dengar sebelum ini. Dari arah timur tempat ku bersembunyi, datanglah battalion katak besi. Bukan satu, bukan dua tapi berbattilion. Tidak pernah aku melihat katak besi sebanyak itu. Katak-katak besi itu semakin hampir. Gegarannya bertambah kuat. AKu hampir kehilangan upaya untuk mendengar. Dentuman demi dentuman yang dasyat. DimanakaH aku??

Dalam kelam kelibut itu, terdengar aku satu suara garau datang dari arah katak besi itu. Terdengar aku teriakan yang membuatkan aku gentar. Aku dengar beliau berkata, KITA SUDAH SAMPAI DI SINI. INI LAH DESTINASI HIDUP KITA. AKU TAHU. TIDAK SEMUA YANG AKAN PULANG. TIDAK SEMUA YANG AKAN DAPAT MELIHAT KELUARGA. TAPI INGATLAH KITA DI SINI KERANA KITA ADALAH TANGAN YANG MENEGAKKAN KEBENARAN!. Selesai ucapan keramat itu, kedengaran jeritan yang kuat dari arah belakang. Aku yang terkedu mendengar ucapan tersebut melangkah keluar untuk melihat apa yang berlaku. Kedengaran pula suara suara yang berkata, sudah tiba masa yang berdekad lama kita tunggu dan ayuh kita keluarkan binatang-binatang hina itu dari lubang mereka. Aku tidak sabar untuk menjadi tukang gali kubur untuk mereka. Hahahaha. Dalam keadaan begitu, aku pelik mendengar mereka masih boleh ketawa macam orang separuh akal.

Deruman yang kuat masih lagi datang dari katak-katak besi itu. Katak besi itu sudah datang itu merosakkan musuhnya. Malah membunuh musuhnya. Sehingga geng katak besi isi digelar Unit Gerak Amphibia yang amat digeruni di bumi timur. Tidak ada tikus atau cencorot yang sanggup berdepan dengan katak besi itu. Kerana kalau mereka sanggup, memang hancur dan ranap segenap umat tikus dan cencorot merasai ledakan dasyat dari katak besi.

Aku terpegun, kerana sebelum ini, aku hanya mendengar cerita tentang katak besi. Tapi hari ini, mati dan hidup sesuatu umat itu ada pada mulut dan hidung katak-katak besi tersebut.

Tiada ulasan: