Rabu, November 29, 2006

SLOT 1: Malaikat
Bersayap
Sebelah

AKU BUKAN BINATANG JALANG, SAYANG!

Part I

Freud bersujud kepada manusya perempuan dengan teori psikologi dunia hawa dengan sifat & perasaan marah. Aristoteles telah selongkar inti hati untuk mempercayai perempuan adalah suatu tempat yang kosong dari kehidupan dan hanya lelaki sajalah berhak dalam sumber kehidupan.(Ciss!) Makhluk Yuribids mendahului Aristoteles memandang ibu adalah sumber kehidupan. Ibu juga seorang manusya seperti lelaki yang ada amarah bila dikhianati. Ada kesedaran untuk membela kemuliaannya kalau perlu sampai ke tingkat membunuh, membunuh suami atau membunuh diri sendiri serta anakanak dan suaminya.

Penelopi Cruzi adalah wajah malaikat yang halus, hidungnya mancung dan tegak lurus, dua bibir­nya yang ranum, suaranya hangat dan dalam, dan yang lebih dalam dari wajah ter­sebut adalah kedua matanya yang memiliki bola mata yang bersinar dan pandangan yang memiliki banyak erti dan maksud. Pada bentuk rupa dan lenggok badan ala seorang model kasut Prada. Wajah malaikat itu seperti wajah anak gadis menengah yang baru mengenal erti cinta, tetapi sekarang wajah itu tidak ubah sama seperti usia 24 atau 25 tahun lebih.

Dia menggenggam tangannya yang kurus melidi, tangan yang kecil, halus dan lembut seperti tangan budak. Perempuan itu telah membunuh anaknya yang sulung dengan sembilan tikaman didadanya. Dia juga telah menikam anaknya yang kedua dengan tujuh kali tikaman di pinggangnya. Mengerahkan seluruh kekuatan tangannya ketika akhirnya membunuh dirinya.Dia menelan habis pecahan kaca ubat di mulutnya. Tetapi sayangnya, dia tetap di bawa tanda + berwarna merah ke hospital sakit jiwa dan hidup kembali. Bersama nafas yang di atur oleh pengawasan polis dan para malaikat yang mengubati penyakit tetapi bukan merawat pesakit. Dia di humban di situ dan diajukan ke mahkamah sebagai seorang ibu yang membunuh. Kata­kata "ibu" dalam pendengaran bertolak belakang dengan kata-kata "pembunuh" khususnya bagi seorang ibu yang mem­bunuh anak kandungnya sendiri. Kerana ibu adalah sang pemberi kehidupan, malaikat yang membawa nyawa di dalam tubuh, bagaimana dia membunuh? Si kesangguppan memberikan, juga bersenang lenang mencabut sesuka hati.

Part II

Semasa pembunuhan itu berlaku Penelopi mendengar hentakan lagu Queen. Satu-satunya band yang wanita itu sukai sehingga hari ini. Seperti mendapat fatwa dari Freddie Mercury. Dia stress dan inaktif ketika Freddie meninggal kerana AIDS. Bukan noda hitam yang kerap membuat Queen popular kerana kecenderungan biseksualnya. Penelopi masih ingat waktu malam-malam sendirian di depan tv, mendengarkan berita kematian vokal band itu di TV; rasanya ada sesuatu yang lenyap, sekejap saja, muzik yang mereka mainkan, lirik yang mereka nyanyikan. Ada pengakuan menerobos ke dalam dirinya, 'Mereka adalah sebahagian dari aspek mentalku, dan sekarang salah satunya hilang.' Album dari Flash Gordon di declare menjadi kekasihnya. Apa yang tersisa dari sebuah rasa itu? Barangkali kenikmatan; kenikmatan yang mungkin imaterial, kadang-kadang sulit di jelaskan.

Kedua matanya seperti kedua mata Mediya, seorang tokoh Yunani sejak 1500 tahun yang lalu. Namun Mediya membunuh dirinya sendiri dengan pisau yang sama yang dipakai untuk membunuh anaknya. Di atas panggung Ekrobel di Athena, dia melihat Mediya naik ke langit, kedua matanya bersinar kemenangan setelah dia berhasil membalas dendam sakit hatinya pada suaminya yang khianat. Penelopi ingin menjadi tokoh sejarah dunia. Keluar masuk surat khabar dan berita.

"Hidup ini semakin kompleks"-katanya seperti menderita merintih. Memegang beg-beg plastik GUESS dan selipar Sembonia yang di bawa masuk ke hospital.

"Aku ingin shopping di kompleks KLCC, kenapa budak itu tahan aku"- Penelopi tersenyum melulu.

Mukanya pucat, kedua matanya dipenuhi rasa sedih yang aneh seperti mangkuk tapperware yang bergerak lambat menutupi putihnya mata dan yang hitam berubah warna menjadi hijau pekat seperti warna air yang keruh. Di atas permukaannya ada pandangan yang mengelilinginya dan menimbulkan perasaan bersalah. Awan memenuhi permukaan mata itu dengan warna hijau seperti daun pohon yang mati layu. Kedua bibirnya yang tipis dan pucat itu mengeluarkan kata-kata: "salam semua! Hingga jumpa lagi"

Part III

Sedikitlah para doktor mengaku dewa yang memahami hakikat duty setiap organ badan lubuk hati seorang ibu yang membunuh anak-anaknya. Bidang psikologi hati hawa jarang-jarang di ambil tahu. Dewa dot..dot..dot itu sering mengaku pakar sakit puan. Baka-baka waris Freud di lahirkan memenuhi ruang dunia. Dan sering melaung di tivi.

"Mari kita tanya doktor sakit puan"- kata seorang pengacara cantik manis dan menghiasi majalah Jelita keluaran Aprilfool tahun lau dan mencarca marbakan rancangan Wanita Hari Itu.

Mereka telah membunuh ego Penelopi sebagai sentris dan gagasan hawa adalah pembantu bagi lelaki. Bila dia menolak peranan ibu, dia menerimanya dengan hati sempit dan rasa marah yang berapi, maka dia terkena penyakit jiwa yang konon hanya disembuhkan dengan suntikan,tablet-tablet warna warni. Lollypop yang di rebut kanak-kanak malah makwe pakwe.

Penelope memilih duduk di kerusi let-trek. Dalam dunia kedewaan para dot..dot., cara ini sebagai pengubatan kejiwaan yang memainkan peranan terakhir dalam membunuh sisa-sisa ego sentris atau ruh pemikiran hawa. Dongeng dahulu kala, pengubatan ini alkisah menjadikan hawa akan patuh dan tenang (waklu!). Supaya pasrah menerima peranannya sebagai pembantu atau kedudukan yang hina. Tetapi wanita berkain red dan pink sering melaungkan hawa perlu jadi teladan, tetapi di lubuk hati Penelopi, kongres itu patut melantik dirinya menjadi ratu presiden. Maka akan dillaungkan;

-"Penggal kepalanya, jika mahu berpoligami!"-(upss!).

Ada lagi...sahut-sahutan oleh pengikut setia di bawah sana bernama Nicola Kidung, sambil bersuara dari jauh;

-"Yang Mana Satu, Penelopi?"-Itulah sorak-sorakan terkekek-kekek gadis berpangkat rendah sedikit dari the devil in red.

Kisah para ibu yang membunuh memang berbeza detail ceritanya. Namun kongres telah sepakat dalam perasaan mereka yang dalam bahawa mereka telah membunuh. Setiap mereka berkata dengan bahasa yang berbeza-beza namun satu makna. Di dalam diriku, aku merasa mati, ada sesuatu yang mati di dalam jiwaku. Penelopi tidak menyangka yang dilakukannya setelah dirinya mati. Apa sekali lagi dia menyatakan ini adalah tragik dan ironik? Mungkin tidak perlu. Banyak sekali realiti terjadi di luar kehendak manusya, sisa-sisa buat manusya adalah mereka jadi ingin tahu kenapa begini, kenapa begitu? Mereka adalah semak-semak lalang belaka.

Tiada ulasan: