Selasa, Disember 26, 2006

malaikat bersayap sebelah


CINTA GADIS FAUST

Cahaya di luar tidak redup. Kerana cuaca, menggerakkan Farah menyelak sebuah buku montel. Dan hanya ada ruang-ruang kosong yang penuh penindasan dan pengabaian.

Dia cuba melupakan tulisan-tulisan itu. Dia cuba menarik Wagner, yang memberi hampir setiap gejolak hatinya. Meistersinger? Apakah dia seperti promethean ? Rienzi? kisah gelap. Tapi pilihan ketiga adalah menjadi lebih gelap- Faust. Jadi dia skip muka surat ke "Faust Overture". Ruang ini jadi gelap. Semesta mengucap tasbih, malaikat berzikir, dan Mephisto masuk ke ruang ini dengan angkuh. Apakah dia ingin menjadi sang Mephisto itu ? Sang perosak umat manusia? Sang penentang Tuhan? Goethe di tariknya, biar dia berduet dengan Wagner. Sekarang Farah cuba mendengar dalam kata-kata Goethe, apa yang mereka perbincangkan tentang Farah dan kekasihnya Faust.

Akhirnya Wagner dan Goethe menolak Faust ke kedalam jiwa Farah. Di mana Faust? Faust tidak ingin berjumpa dengan Farah lagi. Adakah dia telah menjadi sebahagian dari roh-roh makro kosmos? Atau bertukar wajah setan? atau dia adalah cermin Tuhan. Mephisto berniat menyeludup masuk ke akal Farah meloncati sistem logika yang memudarkan akal sihat gadis naif itu.

Tapi Farah bukan dari kumpulan akal dan logika. Akal yang gelap, hati yang gelap. Kegelapan dalam warna-warna pilihan Wagner. Kegelapan dalam diri yang menahan gejolak fikiran, menghentam gejolak diri, dan ......

Aaaaaaarrrrrgggggghhhhhhhhhh.

Faust. Ini aku Faust. Dengan beban seluruh manusia yang menderita di atas pundak. Dengan beban seluruh kebodohan cendekiawan di atas kabinet yang rapuh. Ini aku Faust. Waktu tidak menunggu Farah. Banyak yang harus kau kerjakan, dan aku kerjakan. Atas kekuatan atas kekuatan iblis, atas kekuatan fatwa cendekiawan yang tersesat.

Farah berjalan pulang. Cintanya di tolak Faust.


Tiada ulasan: