Isnin, Mei 21, 2007

Ratu Labirin

Rona zenith bertemu ufuk di tanjung puteri
meremang khabar dari matahari jingga
sang ratu mengandung embrio penderhaka
tertulis dalam mahakarya pujangga
dasyatnya sebuah cinta halunisasi
yang terjebak dalam mimpi yang membumi
tersesat di labirin bersama derita lirih remuk redam
kerana umpatan keji manusia alam buana
melahirkan raksasa dengan dua tanduk di kepala
antara dewa dan pembunuh dunia

ratu yang menjadi malaikat dengan senyuman
saat kau menakluk semesta rahsia
hadiah Tuhan yang Maha Agung untuk insan
menjadi makhluk tunggal yang hidup dalam perjalanan
kini bintang yang tergantung di ranting alam
kau memetik dan mengambil semua kenangan
1001 kisah ratu yang dimiliki para panji
kerana kau telah berjanji pada usia
Terimakasih diucapkan dari pori-pori hati
kerana matahariku kembali menari
begitu abadi menggubah simfoni
sehingga detik-detik duka di dunia tidak lagi memiliki definisi

Tiada ulasan: