Isnin, Jun 04, 2007

malam ini, aku datang tiada salam dari bulan. melihat ibu menjamah epal merah di bibir tua. dia menungguku pulang. sempena hari ibu. Aku datang seperti pemabuk tidak sedarkan diri. aku memanggilnya sepatah. ibu tidak mengendahkannya. tidak menoleh pada sayap-sayap kataku. tiba-tiba dia berpaling, seperti mencari suaraku dari sudut gelap dunia. ada kunang-kunang yang menembus pori-pori kepalanya. lalu aku berkata.

-Ibu, aku datang dengan senang hati tanpa 2 kaki dengan rambut berapi-

Tiada ulasan: