Sabtu, Ogos 04, 2007

Dari celah tingkap rumah, angin mendera dengan kencang. tingkap tergoncang-goncang. matahari zenith menerpa di wajah girl, cuba menghampiri wanita itu dalam 10 langkah. Melihat seluruh tubuhnya yang dipenuhi urat-urat sungai sejarah. Bonda menatapnya seperti selalu dengan gaya anti nuclear testing bagde. Bonda mengengam sebuah buku. Girl bersandar sebentar di tiang rumah. melihat dirinya di pantulan dari batu dinding yang licin. Geek-waery-shit with dumb glasses. itu dirinya. Melihat ke luar. Masih ramai orang lalu-lalang. bersepah-sepah muka anonymous berwajah sama. tiba-tiba bonda bertanya, "Girl, bila kau mahu keluar dari kepala idelisme itu? apa yang kau dapat?"

Girl tersengih. "Apa yang bonda ingin tahu sebenarnya?tentang cuaca? atau headline para falsafah atau indeks bursa saham gabungan yang sering di baca di berita tivi three?". bonda bersuara lagi, suara bising di luar di sedut bonda."girl, girl, adakah kau seorang anarkis? apakah kau bermimpi menjadi superstar? apakah kau membaca Thoreau? atau Whitman, Hemingway, Bukowsky, Dickens? Joyce, Marquez atau Dostoevsky? The Clash, Dandy Warhol atau Radiohead? Atau kau telah bertemu lelaki melayu terakhir dunia ini, Nizam Zakaria?

"oh, bonda lelaki Nasir Wahab itu bekerja untuk perang dunia. Apakah bonda tahu bahawa perang dunia itu di bawah label Warner Brothers? Miss Saigon dari Vietnam sendiri adalah ciptaan Twentieth Century Fox. "Bonda cuma inginkan provokasi." Setiap kali bertemu bonda itulah kata-katanya dari ribuan prosa untuk filem-filem propaganda hitler. Bonda bangun dari sofa berlalu pergi. Pergi membasuh bayang-bayang di kepalanya yang tajam.

Tiada ulasan: