Jumaat, September 28, 2007

Dinda melihat sekumpulan lelaki sedang serius berbual-bual. Meraka ramai. Dan ada seseorang yang sepertinya tidak terlibat secara lansung sedang menulis sesuatu sambil memandang mereka itu. Mereka sedang membaca puisi-prosa dengan suara berulang-ulang. Geng penulis yang sering mengagap mereka sebagai anak haram jadah di negeri sendiri harus berkumpul dan mengenali satu sama lain. Pertemuan di sebuah galeri indah dengan sambutan lukisan-lukisan. Dinda juga seperti mereka yang tidak mampu membina replika dirinya sendiri. Tidak pernah mencuri hidup orang lain untuk dirinya.

Seorang penyair mengambil tempat. Seorang lelaki berkulit hitam manis, , matanya yang berlalak seperti baru selesai mengamuk di tepi jalan. Meneguk arak merah. Dipanggil untuk membaca puisi terbarunya. Dengan riak meneguk arak lagi menambah-nambah warna merah di dalam darahnya. Sekilas riuh tepuk tangan para penulis dan peminat setianya. Meneguk arak lagi dan lagi. Tersenyum melihat namanya dilambung di majalah dan buku. Meneguk titisan arak yang terakhir. Lelaki itu dengan urat nadi yang menggeletar melaungkan kata-kata dahsyat, menderu-deru, dan menyiat-yiat setiap jiwa. Dia melemparkan pandangan ke depan dengan kata-kata yang ingin melonjak menerkam mereka, mencabik-cabiknya agar mereka segera faham maksud dari pandangannya. Dinda mengenali sang penyair itu dulu, lelaki yang santun sekali.

Tiba-tiba seorang sufi yang lalu di situ mengkerutkan dahinya, secepat kilat dia mengusap wajahnya. Lalu berkata dengan berhizib “ohh..tuhan ampuni daku atas ketakutan daku pada racauan itu.”

Tiada ulasan: