Sabtu, September 29, 2007

Dinda tiba-tiba menekan punat power komputernya, dengan cepat dan serentak seluruh software serta hardware di dalam CPU nya yang dipaksa berhenti seluruh fungsinya. Monitor menggeliat sebentar, mati, warna-warna mengikutinya, pudar dan hilang. Bayangan matanya, yang masih berada dalam monitor, terkaget dengan gerakan tiba-tiba. Dengingan kipas komputer, yang berhenti paling akhir, menyisakan euforia panjang yang meredam suara degup jantungnya yang terdengar lagi melambat, tidak sekencang tadi. Dinda ingin menukar kepala, leher dan tengkuk dengan sesuatu yang mati rasa. Dia terpaksa ingkar dan berterimakasih atas rasa sakit, tegang dan pekak yang datang beberapa kali dalam seminggu setiap bulan. kerana itu, dia akan menikmati bagaimana ringannya berfikir tanpa derita. Di bahagian sel telur yang meluruh bersama dinding rahim, sekarang ini dan nanti. Dan nanti. Terbuang sia-sia kerana tidak dapat digoreng untuk lauk sarapan pagi.


Dan sekeping kertas dipegang sepasang tangan dengan tulisan kata olehnya.

kita adalah sari gizi dari tanah
di peluk erat dengan akar bumi
yang bergerak di bawah sana
bersama akar yang terjutai
dua nyawa yang tertanam berdekatan
tetapi terasing dalam kesepian

Tiada ulasan: