Ahad, Januari 20, 2008

6: BINTANG HITAM
vetaliti


seperti subuh, roh-roh menabuh
seperti pagi, para pari menari,
seperti siang, parang menebas terang,
seperti senja, para dewa mendera memintal durja,
seperti malam, alam menyulam dendam,
seperti kau, mengulum galau, teriak parau, berkata kalau...
seperti aku, kaku, bisu, batu,menjadi hantu...



[kerajaan di kota kepala bertambah teruk, diserang raksasa-raksasa migrain yang gila. Serangan di tengah malam buta. mereka melaung seperti palu godam yang dihentam tangan-tangan perkasa yang entah dari mana datangnya. darah mengalir dari tembok-tembok hidung, Seluruh sistem saraf kota roboh, retak berantakan dan berkecai di dalamnya. membunuh penduduk neuron, punah harta ingatan. Mereka adalah entiti pemangsa bersifat parasit yang absolut menakluk vetaliti negara diotakku. Kini aku menjadi mangsanya yang sakit terseksa]




Omar seorang fotografer dan penggrafis, yang tidak pernah sempurna mengambarkan apa-apa. Seorang pendiam. Amat jarang bersuara. Mungkin dirinya tidak pandai berkata-kata atau bisu barangkalinya, bisik hati Fisyah yang dapat merasakan Omar seorang interdictated. Omar seorang pengambar yang hidup di tengah penulis yang tidak pernah kalah dengan apa-apa di hujung pena. Kini fisyah percaya kepadanya kerana hanya omar yang berjaya mencetak bayangan replika yang ada di dalam kepalanya dengan tajam. Tetapi omar juga sama dengan kawan-kawan penulisnya yang lain kerana mereka tidak mampu membina replika dirinya sendiri. Ada apa dengan omar?

"aku kan kerja tangkap gambar, merakam sisi kehidupan, memadukan manusia dengan elemen-elemen simbol. Membuat isi dalam peristiwa menjadi kuat. benda mati pun akan menjadi sejarah bila kita hayati dengan lebih dalam"- omar

“aku tahu itu, jadi tugaskan kau bukan untuk menjadi penulis seperti mereka. Kau bukan seperti mereka”

Fisyah pasti omar bukan penulis yang mengutip kisah sesebuah kejadian. Omar tidak pernah mencuri hidup orang lain untuk dirinya, bukan seperti rakan-rakannya yang menyimpan catatan-catatan sebuah kejadian secara senyap-senyap.

Omar menelefonku malam tadi. Nak berjumpa denganku. Sebelum ini omar tidak pernah menelefonku untuk bertemu. Aku berjumpa dengannya sesekali di kalangan rakan-rakan penulisku dan aku tidak pernah berbual-bual walaupun secara privat. Omar memang pendiam, tubuhnya bergesture lain dari biasa. Kekadang tubuh itu seperti ingin lari sembunyi. Gerak tubuhnya lebih banyak berkata dari mulutnya.

45 minit di kedai makan resepi rahsia dengan kelembapan cuaca yang berbekas luka. hujan tercurah dari gelembung awan-awan lebat.

“sorry aku kena jumpa dengan kau. Urgent!”

Fisyah terpinga cuba meneka arah perbualan mereka.

“kau jangan tekejut nanti.” Peluh omar menitik di balik anak rambutnya. Omar mengeluarkan sekeping gambar dari polaroid dan menunjukkan kepada Fisyah.

Fisyah terkaget. meraih dari omar. Gambar bertukar tangan. Fisyah melihat gambar itu. Azami. Matanya terbeliak tubuhnya membiru. Lingkaran garis ungu di lehernya. Dan kali terakhir dia berbual dan bergurau dengannya malam kelmarin.

do you believe in fate Mallory?”. Fisyah kata tidak. Azami mengulang kata-kata dari Natural Born Killers.

Fisyah tidak endahkannya dan kini dia merasakan sesuatu sedang mendorong-dorong di dalam perutnya. Mual.

Tiada ulasan: