Khamis, Mac 06, 2008

Aku memanggilnya Ratu, berwajah mannequin, berpakaian merah menyala. bertubuh anorexia, gaya model MNG.

Tiba-tiba dia itu diam. Diam dari terjerit-jerit macam lonsiuoor dan ketawa terbahak-bahak. memantul-mantulkan cacing di gendang telingaku. Si ratu itu minum lagi seteguk air anggur (bukan rabena),habis kosong. Membuak-buak dalam perut, dihisap usus halusnya, diserap dalam darah, pergi ke jantung, dihantarkan ke otak, automatik senyum lebar keluar dari bibirnya sampai ke telinga, sistem itu bertukar suka-sama suka dengan pekikan gilanya tadi.

Subuh tadi ratu itu buat perangai lagi histeria dirasuk lonsiuoor agaknya. Cara untuk buat dia diam dengan memberinya bergelas-gelas ampas anggur. Astaga Cik ratu, maafkan aku. Berhentilah berteriak setan! Pleaseeeeeeeeeeeee. nanti aku ambikkan buah tu!

Aku berlari terlanggar rak buku,terjatuh buku lelaki spektakuler, kurt cobain dari buku-buku tua di gubuk tepi meja. Aku terus kearah bar di tengah rumah, aku selongkar kalau ada buah anggur yang ada. aku lupa buah itu dah habis. Aku dah tak berbelanja sebab sudah 3 bulan aku tak bergaji. Aku sering mengular kerja semenjak ratu anorexia itu selalu berteriak menjadi-jadi. Ya! aku kena jaganya. setiap malam si ratu menerima panggilan yang selalu mengacaunya. Aku buntu, tak dapat aku tolong dia selain merelakan anak cacing terus beranak pinak ditelinga. Biarlah dia nak melolong memekak di belakang beranda.

Dalam kelipan soft lamp dengan filter biru yang diarahkan ke dinding putih dia memandangku, dan langit di kepalanya tiba-tiba berbuih-buih. Ada berdegupan jantan dalam dadaku (meledak-ledak dengan androgen yang dominan ditambah sesudu dophamine dan serotonin secukup rasa), ada ketukan nadi janin di rahimnya tuk..tuk..tuk!!!

Tiada ulasan: