Rabu, Mac 12, 2008

konZult Miss. Zerv

[bidadari mandi di kolam foton]


3 jam, Miss Zerv duduk di meja café itu dari tadi. Hari ini langit tidak berwarna biru. Di depannya segelas ais kosong, di tepi sebelahnya air tin vanilla coke, sekotak malboro light. Tak ada tanda-tanda atau signal yang makhluk itu akan datang. Keluar satu energi secara otomatik tengkuknya melentok ke kiri dan ke kanan. Tiada kelibat hantu, jin atau makhluk yang boleh di ajak berbual-bual. (sama ketika kau melihat Jin cacat tidak sempurna kejadiannya dan diterjemahkan sebagai hantu tanpa kepala).

Di sebabkan semua bangkai di bumi yang akan mati dengan kerja-kerja yang membosankan setiap hari, dengan sepiring besar nasi goreng dan ikan tuna yang susah untuk ditelan. Sementara sebelah meja Miss Zerv sudah berganti menu dan partner masing-masing dengan donat dan coklat panas. Sudah 3 jam, dia duduk di situ. Kelopak indah di matanya dicalit mascara Shuuemura dazzling eyeshadow yang memberi kuasa mistik untuk menambah seri dari kebrilianan tangan-tangan sihir penciptanya.(Gara-gara mereka keluarlah roh-roh jahat yang obses dengan material-material plastik yang tertampal di atas biji mata kaum Miss Zerv akan lebam-lebam kerana susah untuk ditanggalkan).

Entah apa yang dia tunggu di situ? Miss Zerv terus menyedot vanilla cokenya (dengan stro), membakar rokok, menghisapnya sampai habis, dan membakarnya lagi. Di sudut depan seorang sang pelayan bohlem melihat dari anak matanya yang berangan di dalam poketnya dengan kondom berkepala lucifer dengan aksen seorang fanatik kepada malaikat bersayap dua di depannya.

Dalam otak sang bohlem dengan konsentrasi ditumpu kepada file-file untuk di baca. Perlu ker aku tahu, kalau angka 35% itu amat bermakna untuk hidupnya. Dan adakah infus tidak mahu lagi diterima oleh darahnya?

Dengan sopan-santun dan berbudi bahasa sang pelayan bohlem datang untuk berdialog intim dengan Miss Zerv.

‘Cik tunggu apa?’

Miss Zerv tersenyum, memandang wajah sang bohlem. Terus dicapai vanilla coke dan menuang ke dalam gelasnya habis. Cuba mengatur nafasnya pelan-pelan, dan seperti cahaya yang masuk ke dalam gua, dia berkata:

‘Aku menunggu berhentinya petir, guruh yang meletup-letup dan kilat sambung menyambung dalam dadaku macam hilangnya buih-buih gas partikel dalam vanilla coke yang kau bagi ni’

Sang bohlem itu melongo, semacam dia dilahirkan ditolak dunia, sayup-sayup lagu Morrissey mengalun. Dalam kepalanya ada sebuah layar projektor berputar. slow motion, berjuta-juta gambar slide show dalam kepalanya. di tutup cepat-cepat, di bungkus dalam polybag, dikompres dan disimpan di folder arkib dengan konfiden tidak akan dibuka lagi.

Tiada ulasan: