Sabtu, Mei 28, 2005

KEGAGAHAN SEJATI CINTA SANG DEWA
KL-Tower





Saya masih menangguhkan cerpen-cerpen yang sepatut saya siarkan dalam simpanan dan juga proses menerbitkan cerpen-cerpen yang bakal di siarkan di blog ini. Saya tidak mahu menyentuh sedikit pun cerpen atau kisah-kisah yang bakal keluarkan.


Saya merubah persepktif dan barangkali sedikit angin di laman blog saya. Pada tanggal 28 Mei 2005 saya akhirnya gegar dan menjadi saksi bersama sang DEWA pujaan dan idola saya. Ini membuka persepektif peribadi dari pandangan mata yang memandang, dengan telinga mendengar dan hati yang merasa oleh seorang wanita yang mendefiniskan irama, musik dan bait-bait kata-kata yang diciptakan sememangnya cukup cocok dengan kehalusan hati seorang wanita seperti saya. Saya berterima kasih kepada rakan baik dan adiknya yang menemani saya dan saya berasa terharu kerana dia sanggup bersama meredah kesesakan untuk menyaksikan kegagahan DEWA yang saya puja sejak dahulu lagi, bahkan rakan saya sendiri terpengaruh dengan muzik DEWA kerana saya, sememangnya dia peminat muzik dan band-band dari seberang seperti Sheila On 7 dan Peter Pan yang tiba-tiba meletup di seantaro nusantara ini. Sejujurnya saya tidak boleh menipu diri saya sendiri untuk mengatakan kumpulan band-band musik alternatif yang mereka bawa sedikit tidak tercalit dan terpalit di jiwa halus saya. Ya! Barangkali saya mengagap kedua-dua pujaan ramai remaja dan yang digilaai gadis-gadis oleh seantero nusantara ini sekadar menghiburkan dan seronok untuk didengari.


Saya ingin membuka ketelusan hati saya yang sering dipersoalkan oleh teman-teman dari zaman bergelar seorang pelajar hingga meningkat menjadi gadis remaja yang sedang menuju tempoh keterdewasaan. Kenapa DEWA? Sedang gadis-gadis sebaya dengan saya lebih cocok dengan lagu-lagu dan muzik yang hanya berbentuk hiburan dan keseronokan semata. Rakan baik saya sendiri mempersoalkan kenapa saya pilih DEWA? Jawapannya mudah saya sukakan kelainan muzik yang penuh keindahannya dengan setiap bait lirik yang menggoda intiusi kewanitaan saya. Jujur saya katakan tiada siapa yang mempengaruhi untuk saya minati DEWA. Saya meminati DEWAsemenjak penangan ARI LASSO lagi selaku vokalis asal DEWA19 dahulu. Lagu yang paling saya gemari adalah ELANG dan banyak lagi. Percaya atau tidak, saya masih pendengar dan peminat setia ARI LASSO sehingga menyimpan kesemua koleksi album ARI LASSO. Saya tidak peduli dengan tanggapan orang lain tentangnya. Lagu DEWA dan ARI LASSO adalah gambaran jiwa saya. Saya peduli apa orang lain nak cakap!. Pada mata dan hati saya mereka makhluk yang dijadikan TERLALU istimewa.


Saya suka hendak berkongsi pandangan dari kaca mata seorang gadis seperti saya. Muzik DEWA adalah memenuhi tuntutan keKOSONGan jiwa dalam SATU sudut hati saya. Saya tidak mengangap dunia saya membosankan kerana dunia remaja sering dilukiskan sebagai wilayah perbatasan yang mengandungi ketidakpastian. Batas antara masa kanak- kanak yang romantis dan masa dewasa yang utopia tergores indah dalam keremajaan kerana keremajaan merupakan kenangan dan harapan; masa lalu sekali gus masa hadapan. Merenungkan masa lalu berkaitan peranan keremajaan lantas melakukan lompatan kuantum prediksi ke masa hadapan, inilah memaksa saya untuk melihat sosok pengisiaan jiwa dengan irama muzik yang sering melalaikan yang penuh kisah kedukaan dan kekecewaan dunia remaja, eksploitasi jiwa remaja oleh pihak-pihak tertentu kerana sasarannya untuk keuntungan. Jelasnya saya adalah wanita yang menghargai seni muzik dengan keindahan dan falsafah yang bermain dalam sesebuah irama yang membangunkan minda dari ketiduran dan mencelikkan hati yang boleh mengembali motivasi diri dengan kehalusan yang menyentuh wanita seperti saya. Kenapa saya katakan begini kerana saya wanita dilahirkan cukup sifat kesejatiannya. Fitrah setiap wanita yang mengalami kepincangan jiwa dan gelodak hati yang bisa menguris disetiap BULANnya. Jadi saya perlukan sesuatu pengisian muzik sebagai penenang jiwa dan pelembut hati untuk mengatasi situasi kekacauan itu. Inilah ARJUNA hati yang saya cari , yang segar dan secara tidak langsung merupakan rawatan dan santapan rohani.




Inilah catatan keperibadian secara halus dari pandangan ikhlas hati seorang wanita. Kerana apa? Kerana muzik DEWA menyentuh emosi, persepsi, pengalaman dan realiti kehidupan wanita seperti saya. Muzik mereka bukan sahaja diciptakan untuk golongan patriaki yang sejak azali memonopoli muzik ini berbanding wanita. Kegagahan irama sentuhan DEWA dan kehalusannya yang mengangkat martabat wanita supaya tidak PUPUS di dalam jiwa lelaki. Lihat saja pada malam tersebut yang majoritinya adalah kaum adam, kerana irama ini sudah sejati dalam jiwa mereka. Jadi, tidak perlu anda dan saya mempersoalkannya lagi? Di sini saya ingin menganjak golongan adam menghayati irama DEWA yang tidak mengangap golongan hawa itu kompleks jiwanya. Hakikatnya, bait-bait lirik ini "HAWA tercipta didunia.... untuk menemani sang ADAM , begitu juga dirimu tercipta untuk temani aku."


Membicarakan muzik sebagai wadah jiwa gadis remaja dengan mengandaikan adanya "keikhlasan" dalam kehidupan saya yang dapat saya lihat perbezaannya daripada gaya hidup kelompok-kelompok wanita lainnya. Kerana kelainan citarasa musik dalam pengisian jiwa saya berbeza dengan mereka dan barangkali juga tidak sama dengan anda diluar sana. Jika wujudnya setiap persamaan dalam segenap aspek antara saya dan anda bagaimana saya perlu melengkapkan hidup anda? Bukankah hidup kita saling melengkapi, jika aspek persamaan wujud, mungkin bentuk keserupaan tetapi bukan kesamaan. Bukankah kebosanan akan wujud jika anda dan saya adalah sama. Bagaimana mungkin untuk saya menjadi diri saya sendiri?


Jika tidak seorang ibu menegur anak gadisnya yang leka dengan dunia komitmennya, mungkin saya tidak menjejak kaki kesini. Ya! Ibu sememangnya mengetahui saya peminat setia DEWA. Malah ibu saya juga mengizinkan saya ke sana. Walaupun pembatasan waktu dan masa yang amat saya hargai, kerana tanggungjawab dan komitmen kerja yang terbina. Alangkah terujanya saya apabila ibu berkata saya perlu bertanggungjawab pada diri saya sendiri. Ibu berkata saya tidak seperti anak-anak gadis dikalangan rakan-rakannya. Ibu berkata saya perlu mencuri masa saya itu dan memenuhi tempoh zaman kegadisan yang merupakan SATU lagi tanggungjawab keatas kehidupan peribadi. Mengambil kembali masa yang telah dirampok oleh situasi dan komitmen yang mewujudkan pembatasan saya bersama teman-teman. Ibu berkata kerana ingin melihat saya menjadi wanita yang sempurna hidupnya. Oleh itu, kerana ibu dan penilitian dan tafsiran yang mendalam di atas setiap kata-kata tersebut, Ya! saya akan merampas kembali masa tersebut sedikit demi sedikit. Ibu saya juga suka dengan DEWA. Tetapi bukan kerana lagu dan muziknya kerana ketampanan dan kesegakan mereka.Akhirnya saya gagahi kaki saya ke Menara KL yang agam indah dengan keikhlasan jiwa. Walaupun saya mempunyai temujanji disebelah paginya untuk menyelesaikan beberapa perkara. Nah! Inilah masa yang saya rampok kembali bersama rakan baik saya. Saya amat berbesar hati dan bebunga-bunga sekali jiwa saya.




Di atas bukit, di dalam sebuah taman, dengan cuaca yang pada mulanya mendung di sebelah petangnya dan kebarangkalian untuk konsert tersebut akan dilimpahi hujan ternyata meleset. ANGIN yang sepoi-sepoi bahasa, sebuah konsert yang bergegar di puncak bukit itu. Walaupun dimulai dengan kumpulan KLUK KLUK ADVENTURE dan GERHANA SKA CINTA, nyata tidak menambat hati saya, peminat dan BALADEWA yang tidak sabar menantikan kemunculan DEWA. Konsert DEWA yang terkesan di setiap peminat setia dan BALADEWA. ONCE, AHMAD DHANI, TYO, ETO NUGROS (anggota baru) dan ANDRA. Saya mungkin beruntung kerana berada dihadapan dekat dengan pentas. Wah! dipentas di hadapan saya sedang beraksi sebuah kumpulan brillian band. Pada mulanya saya menghadapi sedikit kesukaran penafasan dengan balak-balak yang gagah tinggi di hadapan saya menghadang lensa mata saya melihat di atas pentas. Di celah-celah kesesakan itu saya mengesot sedikit demi sedikit di tepi tembok batu untuk mengambil ruang udara. Akhirnya, seorang ARJUNA yang baik hati menghulurkan tangan untuk mengangkat saya ke atas tembok itu. Nah! Dengan jelas, secara langsung dan dekatnya saya dapat melihat ARJUNA dan PENGERAN CINTA idaman saya. Persembahan vocal ONCE, cukup mantap, saya tidak menoleh kiri dan kekanan lagi disaat saya menatap wajah DEWA hati saya, ONCE punyai vokal lelaki sejati. Itu juga menambat hati saya. Mereka membuat saya alpa dengan muzik mereka , saya turut sama berdansa dan menyanyi sama dengan peminat dan BALADEWA yang lain. Bahkan saya tabik dengan displin yang ditunjukkan oleh peminat dan BALADEWA Malaysia. Seawal 6 petang, sudah ramai peminat dan BALADEWA remaja ini berdedai dan berbaris untuk menyaksikan DEWA yang julung kali di adakan di Malaysia. Barangkali fanatik kepada peminat dan BALADEWA Indonesia yang menyanjung DEWA dan menimbulkan impak ketidaksenangan kerana merempuh masuk keruang hadapan secara beramai-ramai, sehingga memonopolikan ruang hadapan pentas. Saya tidak nampak ada cacat cela konsert tersebut di saat DEWA memulakan persembahan dengan salah satu lagu yang cukup indah sentuhannya ROMAN PICISAN. ONCE sesekali mengusik dan berjenaka dengan mengajuk bahasa orang-orang KL dan melaungkan MALAYSIA BOLEH!. DEWA juga sempat berpesan kepada rakyat Indonesia yang bekerja di sini untuk menjaga kerukunan dan keharmonian di negara ini.


Pada permulaan juga, ONCE dan anggota DEWA amat terkejut dengan sambutan luarbiasa yang ditunjukkan di sini, hebat dan gren sekali. Mungkin pengalaman dua tahun dahulu semasa kedatangan mereka disini hanya sebilangan kecil yang hadir. Tetapi evolusi dua tahun itu telah berubah apabila muzik mereka ternyata diterima disini. Inilah pawana cinta DEWA, mengajak remaja meluahkan rasa cinta kepada manusia sesama manusia keadilan sejagat dan tuhan. Bagi saya evolusi DEWA merubah santapan rohani dan jiwa saya dan bukan sahaja irama nasyid sahaja untuk kita dekat dengan tuhan. Mereka mengajak manusia menagungkan pencipta yang SATU, dengan kombinasi lirik yang diciptakan dengan setiap sifat kejadian manusia. Malam itu, ONCE dan anggota tidak keseorangan dipentas, apabila setiap bait -bait lirik lagu dinyanyikan dan dilagukan bersama BALADEWA yang berdendang mengikut alunan lagu yang dibawakan dengan konsisiten dan dinamik sekali. Rangkaian lagu yang hebatnya bersilih berganti. Terutamanya dari album terbarunya LASKAR CINTA, dan hitnya sudah pasti PENGERAN CINTA, juga dari album BINTANG 5, CINTAILAH CINTA dan album klasik DEWA19.


MAAF! Tiada pandangan negatif kepada peminat dan BALADEWA Malaysia yang majoritinya adalah remaja. WOW! Jika inilah remaja yang sering dipersepsikan oleh pelbagai pihak yang mencetuskan gejala negatif. Saya tidak nampak disini. Kenapa? Kerana mereka datang bukan sahaja untuk berhibur bahkan kerana dahagakan irama muzik seperti ini dijiwa mereka yang amat ketara jelak dengan ketandusan dan hura-hara dalam situasi muzik di Malaysia yang sesak dengan imejan konkongan dan tidak lansung mengasah minda dan tidak memotivasikan di dalam diri mereka.


Saya tidak langsung mengatakan Malaysia kekurangan artis seperti DEWA. Anda mungkin terlupa dua nama yang bagi saya mereka juga punyai jati diri seperti KAMIKAZE dan HATTAN. Alunan lagu dan irama mereka juga punyai keunikan yang tersendiri. Malangnya dua nama ini terus tenggelam di persada hiburan negara. Kenapa? Jangan tanya saya? Anda sendiri ada jawapannya. Tinggalkan irama M.Nasir kerana saya tidak membesar dengan muziknya. Tentu sekali namanya cukup gah dinegara kita sebagai SIFU muzik negara kita. Yang pasti evolusi muzik keras dan kelembutan yang simbolik akan membawa DEWA kembali dengan sambutan lebih superb dan hebat lagi.


Walaupun saya amat berpuas hati dan tersenyum lebar sehingga tamat konsert tersebut, tetapi ada sesuatu yang kecewa di benak saya kenapa lagu yang saya nanti-nantikan tidak dialunkan oleh DEWA. Barangkali faktor masa dan senarai lagu jika di kira setiap album memiliki lagu mencetuskan kepopularan dikalangan peminat DEWA. Saya datang dengan membawa hati seorang wanita yang KOSONG yang mengharapkan DEWA pujaan saya menyanyikannya lagu tersebut. Nyata saya hampa, apabila lagu CINTAILAH CINTA dan RISALAH HATI tidak didendangkan. Dua lagu inilah menjadikan DEWA terus melekat di hati saya. Kenapa? Bukan kerana kemantapan vokal ONCE yang meluluhkan tembok jiwa dan lirik yang menguris yang terkesan dihati saya, tetapi kerana latar suara dua lagu tersebut adalah wanita. Inilah perbezaan kehalusan sentuhan DEWA, segagah mana dan sekekar mana mereka, tetap menghargai dan mengangkat kehalusan cinta seorang wanita itu tinggi di mata mereka.


DAN KERANA ITU, WANITA SEPERTI SAYA AMAT MENGAGUMI DEWA.


Tiada ulasan: