Sabtu, Ogos 06, 2005

TRAGEDI UNGU VIOLET

Sebenarnya filem ini saya telah menonton melalui VCD yang dibawa khas oleh seorang rakan yang pulang dari Jakarta kerana komitmen tugasan disana pada awal bulan Julai yang lalu. Pastinya tanyangan di sana lebih awal berbanding di sini. Akhirnya saya mengolah juga sebuah skrin cerita yang mempunyai kisah disebaliknya. Saya tidak mengemari kisah sebuah percintaan atau tema cinta untuk dikongsi. Itu adalah ruang lingkup peribadi yang sukar difahami dan dinyatai oleh hakikat hukum karma sebuah pengorbanan cinta. Kehidupan seseorang kadangkala dipengaruhi oleh suatu kejadian tertentu yang menukar perspektifnya terhadap realiti. Melalui pendekatan sebuah filem dapat memahami bagaimana penghasilan suatu karya seni boleh bermula dengan sesuatu yang bersifat amat peribadi dan juga bagaimana filem mempengaruhi seni. Karya ini tidak seharusnya dilihat semata-mata dari perspektif tragedi sebuah cinta, bagaimanapun rasa bersalah jika menidakkan kesan sahihnya terhadap pemahaman hidup dan juga tingginya kesan gema psikologi dalam kehidupan seorang wanita. Kematian seorang yang dikasihi dalam keadaan sedemikian tiada tandingnya dalam membendung dan melekat di ingatan yang ditinggalkan.

Bagaimana rasanya meninggalkan dan ditinggalkan oleh orang yang kita cintai?
Di saat kita tahu bahawa cinta yang kita berikan tidak lah berumur panjang.
Betapa besarnya cinta namun betapa sempitnya waktu.
Betapa banyak kebetulan terjadi dalam kehidupan.
Rentetan sebuah cerita menyamai sebuah cerita peribadi
Akhirnya diri sendiri yang merasai sebuah kehilangan

Merah dan biru itu kan menghasilkan warna ungu. Jika kedua warna tersebut seimbang, maka akan menghasilkan warna violet. Gambaran tersebut diatas menjadi titik tolak kebetulan menyamai sebuah cerita manusia oleh Rako Prijanto, sang sutradara muda dan kerjasama Jujur Prananto dituangkan ke dalam skenario filem layar lebar berjudul "Ungu Violet." Jujur Prananto yang pernah berjaya dengan filam "Ada Apa Dengan Cinta?" merajui olahan cerita ini dengan emosi yang begitu mendalam sehingga menjadikan cerita Ungu Violet sebagai suatu kisah cinta yang penuh dengan rasa seni artistik dan falsafah yang romantis.

Semakin sempurna sebuah kisah cinta dengan pemilihan sang bintang dijayakan superb oleh aktres yang menjadi idola di saat ini, Dian Sastrowardoyo. Di filem ini juga siDian ditantang untuk beradu lakon dengan pendatang baru yang bakal meletup namun memiliki bakat yang besar dalam berlakon, Rizky Hanggono yang merupakan pembuat storyboard artis untuk filem Ungu Violet.

Tiada ulasan: