Ahad, September 18, 2005

HIKAYAT SATU MALAM TUAN PICASO



Malam 19 januari 2005..Kota Paris, disebuah studio kepunyaan rakan beliau, Max Jacob. Picasso sedang duduk diatas sebuah kerusi sambil menyedut curut yang asapnya keluar berkepul-kepul. Nikmat barangkali sambil memandang dinding kosong didalam ruang yang berselerak seolah-olah memikir sesuatu. Kemudian matanya tertumpu kepada aku..ya tepat memandang aku..dengan sedikit kehairanan

Siapakah kau wahai orang muda berambut panjang?-pelukis juga macam kau..(boleh cakap melayu jugak dia ni..)

Macamana kau boleh berada kat sini?-saya pun tak tahu..secara kebetulan..pak cik sudah tentu Picasso bukan?-tak jawab.

Apa yang kau lukis? orang-orang apa?-Orang muda....arca! -ya tentu sekali..

Hai orang muda kau tahu di studio inilah aku pernah terpaksa membakar drawing yang kuhasilkan..kau tahu mengapa? -tak tahu..

sebab aku ketika itu aku daif hidup merempat dan drawing yang kubakar itu untuk tujuan memanaskan badan dari cuaca sejuk.. susah bukan? -semestinya..

Kau orang susah?- tidak juga..

Di sini jugalah aku hampir berputus asa untuk menjadi seorang pelukis sebelum ada
seseorang membeli lukisan aku bertajuk Maternity dengan harga 200 francs.Nak
tahu apa aku buat dengan duit tu? -nak, apa dia?

Balik kampung, Barcelona...

Aku benci menjadi daif dan miskin apabila mula melukis tetapi ia bermula apabila aku diperkenalkan oleh tuan punya Paris Art Gallery dengan penulis terkemuka berbangsa Amerika, Gertrude Stein dan adiknya Leo. Adik-beradik Stein juga yang bertanggungjawab memperkenalkan lukisanku kepada orang-orang kaya diAmerika dan memperkenalkan aku dengan si bangsat Henri Matisse! Si Pengerusi celaka ini juga yang menolak kubisme George Braque daripada menyertai Art Salon tahun 1908.. Dalam sejarah seni rupa Barat, konfrantasi yang begitu ketat para maestro sudah menjadi perkara biasa seperti terjadi kisah Nabil dan Habil , dendam kesumat archilles terhadap Hector atau pun mitologi Oedipus atau seperti Lennon dan Mc Cartney mahupun krisis Mahathir-Anwar.

Pada zaman renaissance misalnya, Michelangelo (1475-1564) bertarung keras dengan Rapheal (1483-1520). Pada era Baroque pula Bernini (1598-1680) bersaingan hebat dengan Borromini (1599-1677). Di dalam seni rupa Flemish pada abad ke-17 pula ada yang bertanya siapakah yang lebih hebat antara Rembrant (1606-1669) jika dibandingkan dengan Rubens (1577-1640). Begitu juga pada akhir abad ke 20, ramai yang cuba membandingkan antara Picasso (1881-1973) dan Matisse (1869-1954) : Siapa yang berdiri pada garis depan Modernisme? – Eddy Soetriyono, Visual Art, Edisi Pertama.

Saya lihat sejak terhasilnya masterpiece tuan Picasso yang bertajuk Les Demoiselles d'Avignon siap tahun 1907-imej lima orang pelacur, iaitu karya yang memperkenalkan tuan dengan penciptaan isme kubis. Satu gaya aliran baru ketika itu yang sekelip mata menjadi popular dikalangan pengumpul seni, pengkritik seni (Louise Vauxcelles terutamanya) mahupun pada teman- teman seperjuangan tuan. Ia terus memberi impak yang berkesan terhadap perkembangan seni lukis di eropah terutamanya di Paris.Bagaimana tuan melakukannya?

Jawapannya mudah..hanya dua orang diperlukan untuk menghasilkan karya seni yang hebat..seorang pelukis dan seorang pembeli. Semua kerana duit. Apabila lukisan sudah dibeli orang baru nama kau akan naik mendadak kerana kadangkala lukisan itu dibeli oleh orang berpengaruh.. Benar bukan?- ya ada kemungkinan..

Kenapa masih tak percaya?- agaknya begitulah

Secara relevannya ia boleh menjadi begini, lukisan Jackson Pollock bertajuk Luciffer tahun 1947 dimiliki oleh Anderson Collection di San Francisco ditawarkan dengan nilai $ 50 juta oleh David Geffen tetapi ianya di tolak..Lukisan yang paling mahal pernah terjual dibalai lelongan ( Auction ) Christie tahun 1990 lukisan oleh Van Gogh "Portret of Dr. Gachet" (1890) dengan harga $ 82.5 juta dan meningkat menjadi $ 90 juta hanya 7 tahun kemudian dalam pembelian persendirian antara pengumpul seni melalui Sotheby’s. Penerbit berbangsa Kanada Kenneth Thomson dan anaknya David, baru-baru ini membayar $ 76 juta untuk lukisan Rubens Massacre of the innocents (1609- 11) dalam lelongan Sotheby’s. Ada yang lebih menarik...Lukisan portret Rembrant yang bertajuk Jan Six tahun 1654 (dimiliki oleh Six family foundation di Amsterdam) berharga $ 150 juta dan lukisan ini merupakan lukisan 'old Master' yang paling dikehendaki di tangan pengumpul seni persendirian menurut 'art Dealer' dari New York, Otto Naumann, ianya pembunuh! harganya menjadi $ 150 dengan begitu mudah..Sumber :ARTnews Magazine, The Ten Most Wanted Works of Art, November 2003.

Jadi sudah pasti kuasa wang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya yang hebat bukan?- sudah pasti.

Lukisan tuan Picasso bagaimana pula?

Perlukah aku jawab soalan kau ini hai pemuda. Secara automatik kau akan jadi millionare jika kau memiliki lukisanku walau sekeping! sebab ketika kecil aku sudah boleh memegang pensel sebelum aku dapat berkata-kata! Dan orang tua ku pula suka memuji-muji yang satu hari nanti aku akan menjadi seorang pelukis genius...sudah terbukti bukan? – ya betul sekali

Habis bagaimana pula dengan isi, makna dan falsafah karya itu sendiri?
- Itu bukan kerja kau! Kerja pelukis itu melukis, yang penting kau tahu apa yang buat! Itu kerja penulis dan pengkritik! Kerja penyair..mereka yang bertanggung jawab untuk menaikkan imej pelukis dimata pengumpul seni..masyarakat..publisiti..apa lagi?-itu pun sudah mencukupi.

Manifesto? Apakah perlunya Manifesto Tuan Picasso?

Well...Manifesto merupakan pendokong kepada sesuatu isme..Kubisme telah didokongi oleh fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pengkritik Louis Vauxcelles.'He despises form and reduces everything to geometrical diagrams, to cubes' Louis Vauxcelles, 1908.

Dan kuasa wang..dengan kuasa wang kubisme semakin popular dan dikaji oleh pengkritik..contoh terbaik ialah aliran surrealist yang didokong oleh fakta yang dikemukan oleh André Breaton. ( Seorang penulis dan penyair. Merupakan seorang doktor pada zaman Perang Dunia Pertama dan amat berminat tentang kegilaan-madness dan kemudiannya bertemu dengan Sigmund Freud dan terhasillah buku bertajuk Nadja). Beliau digelar 'Pope of Surrealism'. Dengan terbitannya yang bertajuk Surrealist Manifesto pada tahun 1924. Beliau yang mencipta aliran ini dan kemudian menjadi ketua teorist dan promoter kepada aliran tersebut. Beliau juga yang menyingkirkan Salvador Dali dari kumpulan tersebut dan memanggilnya 'Elvira Dollars' kerana Dali hanya memikirkan dan mengekpliotasi wang apabila berkarya-This is Modern Art oleh Matthew Collings, 1999.

Aku kemudian teringat kisah gempar yang berlaku diantara Redza Piyadasa dan Saleh bin Joned pada tahun 1974 satu pameran beliau bersama Sulaiman Esa bertempat di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka. BACA : As I pleased, The Art of Pissing, An Open Leter to Redza Piyadasa oleh Saleh Bin Joned.

Dalam tahun 1974 pula terdapat Ke Arah Realiti Mistik: Dokumentasi Pengalaman Bersama oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa ( Towards a Mystical Reality: A Documentation of jointly-initiated Experience by Redza Piyadasa and Sulaiman Esa). Manifesto pameran ini memperlihatkan keperluan menetapkan pengkaryaan artistik di Malaysia dalam rangka falsafah peribumi dan pameran ini terdiri daripada objek dan teks yang sedia ada. Pelukis ini, yang dipengaruhi ajaran Taoisme dan Zen menolak dasar 'empiric' dan 'egoistic' kesenian Eropah dan menyarankan bahawa kesenian sebenar terletak pada tanggapan mistik realiti biasa. Pada masa yang sama mereka menggunakan semula gaya konseptualis seni lukis ketimuran. Ekoran daripada semua peristiwa ini, seni lukis figurative dan ekpresionis tidak lagi menjadi ikutan dan tidak menarik minat pelukis melayu.

Apakah karya sebegini benar-benar menarik perhatian pelukis sepenuh masa atau yang mahu bercita-cita menjadi penulis sepenuh masa, khususnya orang muda sekarang ini? Abad ini? Manifesto (realiti) yang hebat tetapi karya tidak laku. Terlalu konseptual barangkali..atau adakah karya bukan untuk dijual? ( contoh karya: tin coca-cola, ubat nyamuk yang sudah terbakar setengah, baju hujan dan lain-lain) apakah kuasa wang tidak tertarik dengan Manifesto ini? Atau mungkin pendapat sesetengah tidak perlulah samakan dengan suasana sosio-budaya dan tahap ekonomi orang-orang di Eropah berbanding di Malaysia.

Pelukis atau seniman juga manusia. Mereka perlu hidup sama seperti orang lain.Tidak kiralah seniman atau tidak, kita kena hidup yang bertanggungjawab kepada hidup. Prinsip saya, saya tidak mahu menjadi seniman besar tetapi hidupnya kecil. Maksud saya hidup miskin. Untuk hidup pertama sekali saya perlu memastikan yang lukisan saya dibeli orang. Saya buat kajian dan cuba tahu siapa yang berkemungkinan membeli lukisan saya. Saya bahagikan tiga tahap dalam pengkaryaan saya. Pertama untuk belanja dapur. Saya kena hasilkan untuk memberi belanja makan minum keluarga. Lukisan ini murah dan mampu di beli oleh golongan kelas sederhana.

Kedua saya buat lukisan untuk bayar pinjaman rumah, kereta dan sebagainya.Lukisan ini agak mahal. Tetapi sudah tentu tidak selalu orang beli. Yang ketiga saya buat lukisan yang mahal untuk orang yang berpendapatan misalnya lebih 30,000 ringgit. Saya anggap lukisan tahap ketiga ini bonus, Orang makan gaji ada bonus, saya juga mesti ada bonus. Tetapi bonus bukan selalu dapat.

Haah..Sudah ternyata ada perbezaan yang ketara antara orang yang pandai berkata-kata dengan orang yang tahu membuat kerja..tetapi yang nyata masing-masing masih atau memang perlu-memerlukan antara satu sama lain, bunyinya lucu tetapi itulah hakikatnya pengkritik-pelukis, pelukis-pengkritik dan jawapan yang akhirnya sudah tentu pelukis-pembeli! Bagaimana pula dengan Henri Matisse, Tuan Picasso?

Sejak dari dahulu lagi, ramai pihak yang cuba membandingkan antara aku dan dia, siapakah yang hebat, siapa yang kaya dan pada dasarnya kami memang berkawan. Tahun 1918, Paul Guillaume telah mengaturkan pameran kami berdua yang seolah-olah gelanggang tinju buat kami. Peminat dan orang ramai datang berpusu-pusu ketika itu dan kali kedua pada tahun 1945 di Muzium Victoria & Albert di London. Matisse secara jujur mengatakan bahawa di seperti orang terkena penyakit ayan dan sering tersalah tingkah apabila berhadapan denganku..dan suatu ketika Eric Newton seorang pensyarah seni rupa di Universiti Oxford megatakan karya–karya Matisse pada tahun 1945 itu seperti krim coklat yang manis berdasarkan warna yang digunakanya memang membosankan. Namun ianya tidak berhenti disitu sahaja..di Tate Modern, London pada 11 Mei-18 Ogos tahun 2002 sekali lagi pameran yang mempertembungkan kami berdua telah diaturkan oleh enam orang kurator (Anne Baldassari, Elizabeth Cowling, John Edlerfield, John Golding, Isabelle Monod-Fontaine dan Kirk Varnedoe) kemudian di pamerkan pula di Galeries Nationales du Grand Palais di Perancis tahun 2003 seterusnya di Museum of Modern Art New York pada tahun yang sama.


Walaupun begitu, aku telah cuba meniru atau telah mengadaptasi pengaruh warna Mattise didalam lukisannya diatas satu sebab.

Pada tahun 1907 Mattise telah menghadiahkan lukisannya yang bertajuk Portrait of Marguerite yang bersifat naif, Kemudian tahun 1946 aku setelah mengambil kembali lukisan itu daripada bank ( beliau menyimpan lukisan ini di sebuah bank semasa pendudukan tentera jerman ketika itu) beliau telah menggantungkan lukisan itu dibilik tidurnya kerana Francoise Gilot teman wanita muda aku ketika itu sangat kagum dengan lukisan Mattise. Suatu ketika Picasso mengajak melawat ke Vila Le Reve kediaman Mattisse Francoise Gilot telah memakai baju warna ungu dan seluar panjang berwarna hijau daun. Ini jelas warna-warna Matisse. Ini mengakibatkan aku berasa cemburu dan tidak suka sama sekali atas tindakan teman wanitanya itu. Lukisan dianggap sebagai Monalisa abad ke 20 yang bertajuk Le Reve tahun 1932 dan Les demoiselles d'Avignon tahun 1907 juga merupakan anjakan aku terhadap lukisan Matisse.

Tetapi aku tidak hairan dengan perempuan kerana ramai perempuan yang pernah kudampingi sebelum dan selepas Gilot itu,seperti Olga Kohlova, penari Ballet dari Russia yang kemudiannya menjadi isteriku pada tahun 1918, Marie-There, aku jumpa tahun 1927 ketika membeli belah di Galeries Lafayettes di Paris, setelah mengoratnya selama 6 bulan barulah aku dapat membawanya keatas katilku. Kemudian Dora Maar seorang pelukis dan jurugambar yang mengajarku bagaimana untuk mencuci gambar dan hasil daripada perkenalan itu maka terhasillah karya bertajuk Portrait of Dora Maar tahun 1937. Dan kemudian muncul pula Jacqueline Hutin, janda seorang jurutera pada tahun 1952 dan yang terakhir bersama Geneviève...puas bukan?- tentu sekali.

Kau suka perempuan bogel?- sudah tentu saya suka Tuan. Pembohong kalau saya kata saya tak suka.

Ya benar sekali orang muda. Pembohong juga kalau seseorang tidak suka perempuan bogel yang cantik lebih-lebih lagi dia seorang pelukis-ya tepat sekali.

Tetapi jika kau mahu lebih mashyur jadilah gay! -hooo..tidak sesekali Tuan!

Kau pernah dengar Michelangelo itu seorang gay? -tak pernah..

Berdasarkan sumber lisan dikalangan rakyat Itali, Michelangelo merupakan seorang gay. Secara logik, kebanyakkan arca yang dihasilkan oleh beliau merupakan arca figuratif lelaki yang sebahagiannya bogel.-Mungkin ada kebenarannya tetapi tidak pasti atau mungkin satu lawak jenaka.

Engkau tahu mengapa Van Gogh memotong telinganya? -Pun tidak saya tahu Tuan.

Sebab dia tak dapat main dengan kekasihnya.

Jackson Pollock pernah meniduri collectornya yang lebih tua daripadanya kau pernah dengar?-juga tidak pernah Tuan.

Juan Gris adalah seorang lelaki playboy kau tahu?–tidak tahu Tuan.

See wang dan perempuan tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seseorang pelukis bukan? -benar.Tetapi saya orang muda dan bangsa melayu..ada batasannya..

Tak kiralah kita berbangsa apa selagi kita ini manusia semuanya sama..ada keinginan, nafsu dan kehendak.-boleh jadi.

Kita perlu ada duit, lepas ada duit kita perlukan kuasa dan kemudian barulah perempuan-Al Pacino dalam filem Scarface.

Aku dah mati, engkau hidup lagi...jadi kau berbuatlah apa yang kau rasakan baik, engkau tengok muka aku dah hancur luluh akibat di belasah kerana apa yang kubuat atas dunia tidak menjamin keselamatan ku lepas mati!

Picasso kemudiannya meronta-ronta dan menjerit-jerit dalam bahasa broken-france yang sama sekali aku lansung tak faham, aku cuba berundur tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menarik aku dari belakang dan pada masa itu aku terdengar alarm telefon bimbitku berbunyi..MIMPI rupanya aku! Yaa..mimpi berjumpa Tuan Picasso-mimpi yang mungkin ada kenyataan..dan mungkin ada jawapan atau untuk difikir-fikirkan Ahhhh..bangun masa untuk pergi kerja..

Tiada ulasan: