Rabu, November 09, 2005

ANTARA MALAM

Seperti biasa, rutin dihujung minggu aku duduk tidak jauh dari sekelompok golongan manusia yang ada disitu. Mengamati untuk berberapa waktu seketika. Ya, sebuah pekerjaan yang mengasikkanku. Aku akan bertemu berbagai gerak-gerik. Bahasa tubuh. Itu bahasa yang tidak dapat dicatatkan, kerana udara tidak memberi kesempatan menunjukkan salinannya, akhirnya hilang tidak tereja dibawa pergi.

Jarang aku tertawa sendiri melihat tingkahlaku mereka yang nampak bodoh, mungkin munafik. Seperti seorang jejaka yang berpura-pura berlaku mesra dan baik kepada gadisnya. Memeluknya erat dari belakang sambil menunggu bas kota. Sementara saat itu juga matanya tak lepas kedada-dada milik perempuan yang melintas. Atau si pencuri yang hanya pintar bersilat lidah, tanganya juga menjalankan pekerjaannya menyeluk saku-saku mangsanya.

ini adalah sebuah kebiasaan yang aku amati semenjak menjalani hidup di kota ini. Menyedari setiap sepetak waktu yang boleh mematikan diriku apabila terlena. Di dalam akalku terhadang penat oleh persoalan-persoalan hidup. Gaji yang tidak pernah cukup untuk kehidupan ini, bukan aku malah ramai lagi dikota kapitalis ini. Atau keinginan untuk mengucap cinta pada seseorang, sementara untuk menerima penolakkan adalah sebuah kiamat. Ahh…. itu hanya sekelumit kecil cerita hidup, banyak perkara pergolakan yang kadangkali membuatku mati kutu. Dan bila tidak tertahan, aku biasanya lari ke luar kehidupanku. Menuju jalan dan mengamati apa yang ada menanti untukku.

Objek yang sedang kuamati adalah pengemis-pengemis yang duduk di pinggir jalan atau di jambatan penyeberangan. Aku telah bertemu sejenis ubat penawar keserakahan hidup. Dan aku menertawai kebodohanku. Berucap syukur kerana masih boleh menyuap makan dari keringat sendiri. Mengamati pencopet, pengemis atau gelandangan di jalanan. Aku masih menghirup rakus kehidupan kapitalis yang membodohkan manusia kaya dan memiskin manusia sewajar dan seadanya. Namun terkadang timbul persoalan baru, kehidupan wajib manusia kepada material, dengan kenderaan kaku yang berhenti di lampu merah. Tidak berjiwa tetapi berharga, sedangkan manusia lainnya sengasara berjiwa dan tetapi tidak ada nilai walau sekilo darah pengorbanan. Kemewahan dan kenyamanan ada di dalamnya.

Atau saat aku memandang sepasang kekasih yang berjalan bersama. Ada rasa iri menikmati iklim asmara yang tersembul di langkah-langkah mereka. Tapi biasanya aku akan berlari menuju kearah yang pertentangan jalan, mencari pandang dan mencuri berita. Membaca kehidupan jalanan ini. Di gerai sebuah runcit, tergantung berita dan kisah menarik yang mataku melahap beritanya. Sebuah headline : “Seorang Pemuda Membunuh Kekasihnya yang Curang.” Isinya seperti ditebak peluru. Dan aku tertawa menemukan segala kebodohan. Setidaknya jangan berkasih jika berlaku episode kecurangan, aku pasti takkan ditipu apalagi disakiti. Dan kemungkinan untuk menjadi pembunuh juga tidak mungkin sama sekali. Mereka tega membunuh atau menyakiti lawan jenisnya oleh kedunguan akan cinta.

Kuakui, ubat mujarab bernama tertawa sangat halus dan jujur. Andai itu digunakan oleh semua orang dalam menghadapi hidup dan persoalan, mungkin tak ada berita-berita menhangatkan surat khabar. Atau memenuhkan jeriji besi bingkai dialam hilang akal di penjara. Memenuhkan mayat-mayat di kamar mayat dihospital yang tak jelas identiti dirinya. Dan kuburan tidak akan menjadi begitu mengerikan dengan arwah-arwah tiada ketenangan dan akhirnya menjadi cerita ngeri dan menakutkan oleh orang yang suka akan cerita-cerita mistis mengalahi magisnya ajaran agama.

Di sini aku semakin jauh berjalan, terkuak semua tabir hidup. Tidak bersembunyi, menyeruak dari bahasa-bahasa waktu. Di semua titik-titik ini ku dapatkan kata-kata sandi, menjejakinya sebagai langkah menghantarkan sebaris kata jawapan. Tidak ingin kulukiskan kerutan di kening, semua akan terbentang dipeta jalanan dengan pasti. Hidup tidak untuk dirumitkan, sama mudahnya ketika menghirup dan menghembuskan nafas. Semua mengalir ada selamanya bernafas bukan perkara yang susah untuk dilakukan.

Sampai ketika kakiku akan letih dan nafas tersenggal satu persatu, tubuhku membenamkan diri pada penat malam. Di sebuah taman dengan nyala lampu terang yang teduh. Aku cuba untuk menyejukkan pandangan pada mahluk-mahluk indah yang menepek pada bumi. Akar-akarnya meramas penuh kasih pada kulit-kulit bumi. Seperti pelukan yang hangat diberikan pada seorang bayi. Di dada seorang wanita makhluk kecil itu membenamkan diri pada penciptanya dan menyusu dengan tenang. Kali ini aku tidak salah melukis dimata kornea, ditengah kedutan malam terlihat kelibat mahluk seperti diriku. Duduk di taman ini dengan nyanyian sunyi bersama buah hatinya.

Secara perlahan-lahan aku menghampiri. Tidak terniat mengganggu dan tidak juga mengusik pagutan buat hatinya. Ia memandang pada langkahku, menatap dan tersenyum. Di depannya aku duduk bagaikan patung di sebuah taman. Ya hanya diam, menghantar nyanyian malam yang tidak sumbang. Kami menikmati deru angin yang menjilati kuping-kuping dengan binalnya dan bintang-bintang begitu berahi dengan nyalaan yang redup.Ohh…. waktu menjadi peraduan hangat tempat merebahkan detik-detik yang bersimpul bersama beban-beban tubuh yang bergelut dengan penatnya. Sebelum embun lahir di hangatnya hening malam dan menitis membayangi lekuk tubuhku, ia mengajak diriku menjilati jejaknya menuju arah langkahnya terhenti.

Di depan kediamannya, tangannya melambai mesra, mengajak aku masuk. Aku seperti tidak mampu berfikir panjang kerana telah tertambat pada pesonanya. Dia letakkan bayinya di sebuah peraduan kecil dan kami meninggalkan keriuhan kecil yang mampu mengusiknya. Menatap punggungnya yang indah berjalan di depan menuju sebuah kolam kecil. Menghempaskan tubuh di tepian air.

Aku kagum pada suasana kediamannya yang indah. Pada pandangan yang ditimbulkan oleh matanya yang tajam dan menggoda. Dan ia hanya tersenyum ketika aku ucap puja dan puji itu. Hanya gerakkan hidungnya ketika pujianku kian bertambah rakus. Tiba-tiba aku baru tersedar, sedari tadi aku yang terus mengusir hening melahirkan kata-kata kosong. Dan aku cuba berdiam diri seketika waktu, meninggalkan jeda bersama lampu cahaya dengan sorotan bunyi yang lolongan anjing dan ketawanya yang menyeringai.

Dia tertawa ketika aku baru menyedari kebodohanku. Dan aku tidak mampu menahan senyum, tawa kecilku pun menyertai ketawanya. Mulailah ia bercerita akan kehidupannya dan waktu-waktu miliknya. Akan kebebasan saat-saat yang tersedia untuk mencipta sejarah, mengukir dinding batu hidup dengan titis-titis akal manusia kerana takdir bukanlah seperti mata ukir yang tajam untuk menulis kata nasib. Dan masa bukanlah teman yang baik untuk diajak menanti akan datangnya burung bagau membawa bayi-bayi generasi perubahan.

Pada setiap percakapan terkadang di antara tawanya. Aku suka caranya tertawa dan segala kelatahnya. Memang hidup ini bagai parodi-parodi yang abadi walaupun menyedari setiap akan kesalahan di waktu yang dikemudiannya. Aku menemukan kemerdekaan pada dirinya, jiwa yang tidak tidak pernah terjamah oleh fikiran-fikran yang menindas. Semakin lama aku memerhatikannya dan aku cuba memerdekakan nilai-nilai hidup, bebas dari segala nilai yang mengikat erat. Seperti peluknya ketika melepaskan degup jantung di dadaku, berbaring di pelukkan hangatku. Akhirnya naluri antara aku dan dia berbicara begitu lancar dalam bahasa-bahasa dengan gerak yang tidak berkesudahan. Sehingga pagi menghantarkan embun yang tawar di bulir-bulir keringat kami.

Tiada ulasan: