Selasa, November 22, 2005


HARUAN

SEPANJANG sungai yang cetek airnya. sepanjang tebing bertanah pejal itu, di menunjual-nunjal kepala mencari-cari udara bersih. Menghempas-hempas untuk melapangkan sesa nafas. Terasa padanya paling seksa untuk bemafas. Segalanya menyeksakan. Semuanya laknat. Segala ketenteraman jiwanya diganggu gugat. Bagaikan tidak ada tempat di dunia ini yang tenteram. Di sana sini tergugat. Sekali-sekala air sungai berkocak kuat. Lumpur tebing runtuh juga dibuatnya. Air di situ menjadi keruh bukat tidak menentu, juga tidak tentu wamanya. Kocakan air itu jadi tenang semula. Apabila dia menjunamkan semula kepalanya kelumpur sungai, kocakan itu tidak ada lagi. Ridikny. mengipas-ngipas lemah. Ketangkasan ridik itu sudal: tercabar. Macam ridik itu sudah tidak berguna.

Dengan kekuatan yang tinggal sedikit, dengan ketangkasan yang tidak sebebrapa, dia melompat tinggi. Badannya bersisik hitam berkilat, bersisik putih dibwah perutnya, ternampak ke permukaan air. Sekaligus dia menyedut sepuas-puas udara bersih di permukaan air. Terasa nafasnya segar semula. Terasa insangnya yang terseksa terubat juga. Tetapi tidak lama. Badannya jatuh semula ke air. Deburannya begitu kuat. Kocakan air di sekitarnya seperti bergolak. Berombak. Di dalam air yang tidak menentu warnanya, dia mengelepar ke tengah. Menggelepar ke tepi. Semuanya menyeksakan. Bau air bercampur minyak tuba itu cukup meracun insangnya. Sudah cukup mencabar ketangkasannya. Kekuatannya selama ini sudah tergugat oleh air bercampur tuba laknat itu.

Ridiknya mengipas-ngipas lemah. Dia cuba juga mencari-cari tempat. Mencari lubuk yang tidak disinggahi minyak bedebah. Minyak yang telah meragut nyawa adik-beradiknya juga. Dicelah-celah akar teberau yang tergawangan-gawangan di tepi tebing, tergawang-gawang di permukaan air dia menyangkutkan kepalanya. Terasa penafasannya segar sedikit. Udara bersih di permukaan air sedutnya puas-puas. Insangnya kembang kuncup begitu panas. Air sungai mengalir lambat, bagaikan kelambatan itu mengejek-ngejek. Mempersenda-sendakannya! Ditengah air, disamping tunggul hitam yang banyak menyangkut sampah sarap, seoekor anak sebarau terdampar di situ. Ekornya terkotek-kotek laksana tangan manusia meiambai-lambai ketika lemas di air dalam, sedang meminta-minta pertolongan.

Sebenarnya anak sebarau itu juga meminta pertolongan. Tetapi siapa mahu memberi pertolongan? Air bercampur minyak tuba itu tidak mengira siapa. Semua diracunnya. Siapa sahaja merempuhnya akan diracun. Dan bisa racun itu akan menjalar ke kulit dan insang ikan hingga menyukarkan ikan itu bernafas. Keadaan ini sudah dia maklumi benar-benar! Di hujung ranting aur yang terkulai di air, yang menari-nari di pennukaan arus, seekor terbul merah tersangkut di situ. Badannya terangkat-angkat mengikut tarian ranting yang sedang dimainkan oleh arus. Siapa pun tidak berani menolongnya. Semua mahu menyelamatkan diri masing-masing. Mencari tempat selarnat. Keli sudah cepat-cepat masuk ke lubangnya di tebing lumpur pejal itu. Air minyak laknat itu tidak sampai ke situ. Kalau sampai pun tidak apa, kerana di luar lubang pun tidak dapat lari ke mana.

Air bercampur minyak tuba itu mengalir lambat. Namun begitu segala isi sungai itu tidak dapat lari ke mana lagi. Anak-anak udang yang selalu bermain di bawah akar keladi air sudah terdampar di pasir. Anak-anak ketam terkial-kial merangkak di celah-celah batu kecil. Masing-masing mencari tempat yang sesuai untuk berlindung. Minyak tuba itu tidak ada belas kasihan. Siapa sahaja akan diragutnya. Dia maklumi benar. Dia tabu sungguh- sungguh akibatnya! Bapanya dulu pun diheret manusia masuk keruntung. lnduknya diheret masuk keruntung. Bapa dan induknya melompat ke sana ke sini merempuh air bercampur minyak tuba. Akhirnya terdampar juga.

Dia menggelepar juga mahu melepaskan diri. Tetapi tidak lama. Bapa dan induknya terkotek-kotek lemah. Bapa dan induknya mengakhiri hayatnya di atas rumput benting di kaki tebing. Manusia yang mencurahkan minyak tuba itu ke sungai datang memungutnya. Mengangkutnya ke dalam kerontung. Bapa dan induknya terperosok dengan lain-lain ikan lagi di kerontung. Menggelepar. Menggeletek. Dan manusia itu menghilir lagi memungut rakan- rakan mereka yang tenaganya sudah berkurangan akibat diracuni air bercampur minyak tuba. Dia tidak peduli bapanya. Dia pun tidak peduli induknya lagi. Padanya kedua-dua itu sama juga. Kejamnya sama macam air bercarnpur minyak tuba itu juga. Setiap masa, setiap kali perut kosong, mereka menyambar adik-adiknya. Mereka meng gonggong adik-adiknya, kemudian ditelan masuk kekantung perut dengan penuh nafsu.
Dia lari simpang-siur berenang menyelamatkan diri daripada air bercampur minyak tuba laknat itu juga. Adik-adiknya turut lari simpang-siur berenang. Mereka semua lari demi menyelamatkan diri daripada maut.

Lubuk tempat mereka itu mesti ditinggalkan. Di situ tidak selamat. Apabila mereka lali, bapa atau induknya akan menyambar. Terasa padanya di mana-mana pun tidak selamat. Ini termasuk di lubuk sendiri. Bapa dan induknya yang diharap untuk menggantungkan keselamatan lebih bahaya kepada adik-adik dan keturunannya. Kadang-kadang dia berfikiran begitu.

Sekarang dia sendiri menghadapi segala kemungkinan. Bapa dan induknya sudah lama menjadi mangsa. Sudah lama diracuni minyak tuba. Mujur juga dia dapat menyelamatkan diri. Melepaskan diri daripada perangkap manusia. Ketika menggelepar ke sana ke sini ilia tercampak ke satu anak air. Dengan tenaga yang lemah, dengan tenaga yang tinggal sedikit, ilia melemparkan diri ke situ. Mematikan diri di bawah sejuk lumpur di perdu keladi air. Di situ air sungai mengandungi minyak tuba tidak sampai. Keselamatannya sedikit terjamin. Di situ ilia memulakan penghidupan baru. Dan di situlah ilia membesar. Dia tidak tahu lagi nasib adik-adiknya! Sebenamya sudah lama air sungai yang mengalir lambat itu tidak dibancuh minyak tuba. Di sana sini terasa damai. Tidak ada siapa yang menggugat kedamaian itu. Sepanjang sungai yang berbelit-belit, sepanjang tebing yang ditumbuhi belukar dan akar-akar yang berjuntaian, dia bebas ke mana saja.

Hatinya tidak tenteram terperosok di lubuk. itu saja. Berperap di lumpur, di bawah akar keladi aIr yang hitam. Dia mahu sebebas mungkin. Tidak mahu digugat oleh sesiapa pun.

Tapi itu cuma harapan saja. Di mana-mana pun tidak pemah aman sebenamya. Di mana-mana pun sentiasa tergugat. Apabila hujan berminggu-minggu, apabila tengkujuh mencemaskan, air sungai mulai melimpah. Kadangkala banjir sekaligus. Tebing -tebing akan runtuh di sana sini mengangkut lumpur pekat. Sungai yang mengalir lambat bertukar menjadi deras. Ketika itu mereka tidak dapat bertahan. Semuanya ditolak air ke hilir. Namun mereka masih dapat juga menyelamatkan diri. Keli akan masuk segera kelubang-lubangnya. Sembilang akan membenamkan diri di lumpur-lumpur selut. Sebarau dan terbul merah boleh masuk ke lubang-lubang tUnggul kayu atau di teluk-teluk bawah akar aur. Mereka tidak peduli air mengalir deras. Mereka tidak peduli banjir apa pun. Segalanya masih boleh menyelamatkan diri. Dia akan ke lubuknya. Di lumpur yang sejuk, di lumpur yang hitam dipenuhi keladi air di tubir sungai dan dia membenamkan dirinya di situ. Banjir tidak menggugatnya lagi. Air yang mengalir deras tidak akan menghanyutkannya.

Malah dia lebih bangga, bahawa dialah yang perkasa dengan kekuatan kepalanya. Tunjalan kepalanya bisa membunuh sesiapa! Tapi kekuatan itu tergugat .juga. Tercabar jug. Air bercampur minyak tuba ltu laknat. Mengjahanamkan Dia tidak berupaya menentangnya. Dia melepaskan diri masuk ke dalam jala atau tangguk, dia cuba guna akal merempuh kuat. Tunjalan kepalanya pasti akar merobohkan jaring. Dia akan melompat gagah keluar dari jaring.

Manusia yang tidak berjaya memerang-kapnya akan menyumpah-nyumpah. Menyeranahnya sekehendak dan semahu hati. lni diakui oleh sesiapa pun. Bukan sembilang yang berduri itu sahaja tahu kekuatannya, bukan terbul merah saja memaklumi ketangkasannya, bukan sebarau susur batang bertulang banyak itu sahaja gentar hila dia menggelepar. Manusia juga kagum dengan kekuatannya. Dia boleh menghambur dan melepaskan diri bila bibirnya disangkuti mata pancing. Dia boleh merempuh jaring jala hingga putus-putus benangnya. Dia akan membunuh ikan-ikan lain dengan merempuh insang mereka dengan tunjalan kepalanya dengan kuat.

Sembilang akan tercampak jauh. Menggelepar dan terapung di air apabila terkena tunjalannya. Anak-anak sepat yang berenang-renang manja akan disambarnya. Itu tradisinya. ltu haknya sebagai seekor haruan.

Tapi hatinya akan kecut. Kekuatannya akan tergugat kalau terperangkap ke dalam lukah. Di situ dia tidak dapat lari ke mana. Kepalanya juga yang akan binasa kalau merempuh anyaman rotan yang kukuh itu. Di celah-celah akar teberau tempat dia menyangkut kepala tadi, bau air bercampur minyak tuba itU masih mengganggu juga. Dia membenamkan muncungnya semula ke dalam air untuk kali kedua. Kemudian menggelepar ke sana ke sini cuba mencari tempat yang tidak dicecah air bercampur minyak tuba laknat itu. Laknat! Bedebah sungguh minyak tuba itu. Di mana-mana saja dia sampai. Sungai kecil mengalir lambat macam mencabamya. Macam mengejeknya.

Dia tidak dapat lari ke mana. Tidak terjumpa pun anak sungai yang boleh menyelamatkan diri. Tidak terjumpa lubuk tenang yang tidak sampai minyak tuba. Segalanya tebing bertanah pejal, di bawahnya pasir kasar. Air bercampur minyak tuba itu meresap hingga ke pasir.

Sekali-sekala dia terlanggar juga sebarau yang mula tidak bertenaga. Ikan itu tercampak jauh bila terkena rempuhannya. Kemudian dia naik terangkat ke permukaan air. Air yang mengalir lamb t meng hanyutkannya begitu perlahan. Namun dia tidak peduli lagi. Dia merempuh ke sana ke sini bukan untuk membunuh sesiapa. Dia mahu menyelamatkan dirinya. Nafasnya yang terseksa tidak boleh lama tinggal di air bercampur minyak tuba. Segala isi sungai itu juga tidak boleh tinggal lama di situ. Mereka semua akan mati diracun.

Paling tidak pun mereka. akan tersangkut di mana, Kemudian dicapai oleh tangan-tangan manusia yang mencurahkan minyak tuba ke dalam air. Badan mereka diperosok ke dalam raga keruntung. lni semua sudah mereka maklumi benar-benar. Sialnya minyak tuba itu, celaka! Segalanya celaka. Mahu saja dia merempuh sesiapa yang mencurahkan minyak tuba ke sungai. Biar mereka itu rebah ke air. Biar mereka merasa sendiri betapa seksanya bergelumang dalam air bertuba itu. Kepalanya akan menunjal dagu mereka. Mereka itu akan tercampak dan jatuh. Menggelepar juga macam ikan-ikan lain yang terminum minyak tuba.

Tapi itu mustahil. Mereka itu bukan sembilang, bukan terbul sisik, bukan sebarau susur batang. Kalau mereka itu sembilang, terbul sisik atau sebarau susur batang tentu akan ditunjal insang mereka dengan kepalanya yang kukuh. Sembilang akan menggelepar kesakitan. lnsangnya akan terkoyak. Terbul sisik juga akan terapung di permukaan air dengan insang yang cedera parah. Sebarau susur batang akan terkial-kial, terseksa insangnya yang remuk kena rempuh. Siapa pun tidak tahu, dia berbakat untuk membunuh dengan tunjalan kepalanya yang sangat kuat.

lni bukan sembilang, bukan terbul sisik atau sebarau susur batang. lni manusia yang mencurahkannya. Tangan manusia juga akan menangkapnya bila sudah tidak bertenaga lagi, ketika mereka menggelepar dalam air bercampur minyak tuba. Tengkuknya akan dipatahkan jika tunjuk kuat. Bila sampai ke tangan manusia segala kekuatannya tergugat. Di peringkat ini dia terasa betapa kecilnya diri. Air sungai yang bercampur rninyak tuba itu terus mengalir lambat. Anak sebarau terapung-apung dihanyutkan air. Sembilang berduri tercungap- cungap menunjukkan misai di permukaan air. Minyak tuba itu sudah cukup meracuni insang mereka. Nafas mereka terlalu seksa dalam air yang laknat itu! Dengan tenaga yang mula lemah dia meng- hanyutkan dirinya bersama ikan-ikan lain. Air yang mengalir perlahan langsung tidak mempeduli kan nasibnya. Macam mahu menyakitkan hatinya. Minyak tuba itu bagaikan mencabar kegagahannya selama ini.

Sebentar sahaja dirinya dihanyutkan, tiba-tiba kemarahannya mendadak. Dia melompat sekuat tenaga bersama kemarahannya. Dia cuba menahan seksa berpunca daripada air bercampur rninyak tuba yang meracun. Lompatannya membuatkan dirinya terangkat ke permukaan air. Sekaligus dia tersadai di atas rumput benta yang terjuntai di tubir tebing. Biar saja dia mati di situ! Terasa insangnya lapang semula. Tetapi kemarahan tetap bertapak di dadanya. Mahu saja dia membunuh tangan-tangan yang mencurahkan minyak tuba itu. Mahu saja dia mengajar mereka. Biar mereka tercampak kena tunjalan kepalanya. Biar mereka tahu ketangkasannya. Biar nafas mereka turut terseksa juga.

Kemarahan itu terbenam di dadanya saja. Tidak lebih daripada itu. Masakan dia boleh menunjal dagu manusia. Dia tahu tangan-tangan manusia yang mencurahkan minyak tuba itu lebih kukuh daripada tenaganya sendiri. Bila minyak tuba dicurahkan, air sungai yang mengalir lambat itu akan meracuni insangnya. Dia akan menggelepar. Tenaganya akan lemah. Ridiknya tidak dapat lagi merenangkan badannya. Kemudian badannya akan terapung di air. Dan manusia yang memang telah siap sedia dengan raga keruntung akan memungutnya. Kalau dengan jala atau tangguk, tidak semua isi sungai termasuk ke dalam perangkap. Kalau lukah sekalipun tidak semua terpedaya dengan umpanan tali perut ayam. Kalau pancing pun bukan semua tergugat oleh cacing yang meliuk-liuk atau umpanan katak yang terkial-kial! Dia sendiri akan melepaskan diri. Manusia akan menyeranahnya bila jaring tangguk rebah dirempuh kepalanya. Manusia akan menyumpah-nyumpah bila benang pancing putus direntapnya.

Sekarang bukan jaring atau pancing lagi. lni minyak tuba yang berbisa. Dia tidak dapat melarikan diri ke mana-mana lagi. Di atas rumput benta yang berbuai-buai ditolak riak air dia juga tidak boleh lama di situ. Tempatnya bukan di situ. Bukan menadah matahari dan langit biru. Tempatnya di air, di lubuk yang berlumpur selut di teluk-teluk sungai. Asal saja berair! Dia tidak akan boleh bernafas di darat. Air adalah dunianya. Hidup dan matinya dalam air! Sekarang air yang memberikan hidupnya tenteram selama ini, air yang memberi penuh kebebasan kepadanya, telah diganggu gugat oleh tangan-tangan manusia. Tangan-tangan haram jadah telah mencurahkan minyak tuba. Ke mana dirinya mahu pergi? Ke mana?
Terasa padanya kekuatannya tercabar! Sudah lama sungai itu tidak diganggu. Semuanya tenteram. Tidak siapa yang mengganggu. Dia bebas merenangi tanjung dan teluk. Sekali-sekala dia menyambar anak-anak ikan. Deburannya berkocak kuat. Tidak ada ikan-ikan lain di sungai yang berani mengganggunya. Sekalipun sembilang berduri tajam, bisanya cadangkala menyeksa mangsa, juga tidak berani mencabamya. Manusia juga tidak berani menangkap sembilang dengan gopoh-gapah.

Tentu saja durinya meradak di mana-mana. Daging itu akan membengkak mengangkut wama biru lebam. Tapi sembilang memang tidak berani langsung menentangnya. Kekuatan kepalanya menunjal boleh merobohkan insang sesiapa. Ketangkasannya mengkagumkan. menakutkan semua yang melihat. Tentu saja nahas jika tidak beralah. Ikan-ikan lain juga tidak berani kerana dia sendiri memakan ikan-ikan lain.

Malah anak-anaknya sendiri sering menjadi mangsa keganasannya. Dia akan meragut nyawa anak-anaknya. Anak-anaknya lari lintang pukang menyelamatkan diri. Macam dia dan adik -adiknya lari simpang-perenang menyelamatkan diri daripada disambar bapa atau induknya. Itu tradisinya. Itu haknya yang mutlak. Dia siapa lagi mengubahnya. Dia menyambar anak-anak ikan. Dia menyambar anak-anaknya sendiri. Suatu peraturan yang semula terjadi. Kerana itu manusia tahu di mana dia berada. Manusia akan memerangkapnya. Di mana lubang banyak terdapat anak-anaknya berenang, manusia akan menghulurkan tali pancing. Kadang-kala katak yang terkial-kial di hujung pancing dan kadangkala anak-anak ikan yang mengeletek-geleb tercangkuk pada mata pancing. Gecur juga liurnya. Mahu saja dia menyambar, sekaligus mahu direntapnya. Tapi dia tahu. Dia tidak sebongok yang dijangka manusia. Umpanan itu bisa meragut nyawanya. Tentu saja mata pancing itu merobek insangny Setidak-tidak pun tersangkut di bibir. Dia akan terangkat ke atas. Akan tergantung di hujur pancing, kemudian direntap ke darat. Dia maklum benar! Di air yang mengalir lambat, di air yang mengandungi rninyak tuba itu, beberapa ekor ikan tercungap-cungap. Mereka terus dihanyutkan air. Ridik mereka tidak berupaya lagi, tidak bertenaga lagi untuk berenang-renang seperti dua tiga tahun dulu. Sebelum minyak tuba menggugat sungai.

Sekarang semuanya terancam. Dunia mereka digugat. Sebarau susur batang yang pantas sekali tidak tertahan dengan minyak tuba. Terbul merah juga tidak tahan. Keli masuk lubang. Kalau mati pun, matilah di situ. Sembilang lari ke lumpur selut. Tapi mereka tidak senang tinggal di situ kalau haman sudah beristirahat di sana. Haman akan menyerangnya. Daging pipinya akan roboh kena tunjal. Insangnya akan cedera parah kena rempuh. Lebih baik saja lari mencari lain tempat berlindung daripada menjadi mangsa. Masa ini bukan masa untuk tolong-menolong. Masa ini masing-masing mahu menyelamatkan diri saja. Air bercampur minyak tuba itu akan meracuni mereka. Kemudian mereka akan tercungap-cungap di permukaan air. Dan tangan-tangan manusia yang mencurahkan minyak tuba itu akan mengutipnya. Rumput benta di tubir tebing berbuai-buai. Kadangkala bagaikan menari-nari mengikut riak. Dia termengah-mengah membaringkan tubuh di situ. Badannya terdedah kepada rnatahari. Badannya yang sebesar paha kanak-kanak itu sudah cukup menggecurkan selera manusia untuk cuba memerangkapnya untuk dijadikan lauk. Manusia akan merasa bangga dapat memerang kapnya. Itu dia cukup pasti. Daging pejal terkumpul banyak itu memang diidam-idamkan. Daging pipinya yang lemak memang digemari oleh manusia.

Semalaman tadi dia pantas menyambar kemana- mana. Tidak siapa berani mengganggu. Anak-anak ikan bergegas melarikan diri ke sana ke mari. Hatinya bangga, tidak siapa dapat menandingi ketangkasannya. Siapa saja akan tunduk kepadanya. Deburan haruan menangkap anak di lubuk sungai sudah lama menjadi intipan. Manusia mencampakkan mata pancing berumpan katak. Malam-malam menyuluh dengan lampu picit di tempat anak-anak haruan berenang manja. Bermain-main dengan penuh kedamaian. Manusia menunggu dengan besi tajam di tangan. Mereka akan menujah sepantas kilat jika ternampak bayang hitam haruan melintas. Besi tajam itu akan menikam belakang lantas menembusi perut. Ikan itu akan terkial-kial di hujung besi tajam. Tapi deburan bapa haruan menangkap anak masih galak. Mereka terus mengintip. Deburan itu sangat kuat. Tentu bapa haruannya besar, lebih besar daripada yang pernah mereka tujah sebelum ini. Mungkin juga tiga kilo. Mungkin empat kilo. Mungkin juga lima kilo beratnya. Siapa tahu? lni bukan cerita olok-olok lagi. Ada orang yang pergi menyuluh ternampak bayang bapa haruan besar. Tapi renangnya sangat tangkas. Lebih tangkas daripada rejaman besi tajam yang dilontarkan kepadanya. Dia terus hilang dalam lumpur selut berwarna hitam. Kilauan lampu di permukaan air, pantas saja dia melarikan diri.

Tidak semudah itu memperdayakannya. Tidak semudah itu memerangkapnya. Kegagahannya tidak ada tandingan di sungai itu. Baung akan mengalah, terbul sisik akan mengalah, sembilang akan mengalah. Semuanya mengalah, tidak berupaya melawan. Apalagi hendak menentangnya. Ketangkasannya mengkagumkan sesiapa. Sekarang ketangkasan itu tidak berguna lagi. Kegagahannya sudah dicabar. Ridiknya yang kuat dan pantas tidak berupaya untuk berenang. Kedamaian isi sungai itu telah tergugat oleh bahang racun dari minyak tuba yang dicurahkan. Dia tersentak bila suara riuh bersama kocakan air menerpa ke arahnya. Manusia yang mengutip ikan- ikan tercungap di permukaan air telah temampak badannya terbaring di atas rumput benta. Mereka berebut-rebut mahu dahulu mendahului antara satu sarna lain. Cepat-cepat dia membenamkan diri. Mengge- lepar ke sana ke sini. Sekali-sekala terlanggar juga betis manusia. Mereka riuh sesama sendiri. Debur-annya yang kuat dapat saja diintip oleh manusia.

Dengan menahan segala kepayahan, dengan insang yang terseksa dia menghanyutkan diri bersama air bercampur minyak tuba. Dia membiarkan manusia itu riuh sesama sendiri. Dia tidak mahu badannya diperangkap manusia yang telah menggugat ketenteraman miliknya selama ini. Biarlah mereka itu menyumpah-nyumpah. Biarlah mereka menyeranah. Kegemparan sebuah kampung merebak bila ada cerita sungai dituba orang. Masing-masing mahu menangkap ikan-ikan yang mabuk. Tiga hari kemudiannya orang sekampung gempar lagi. Seekor bapa haruan sebesar paha kanak-kanak tersadai di tunggul pohon melaka. Dagingnya sudah mulai reput.

Tiada ulasan: