Sabtu, November 12, 2005

PAHLWAN CINTA

Senja sudah masuk keperaduan setelah seharian membakar siang dan menyisakan rona-rona warna diufuk barat. Dipelupuk, mata meninggalkan hari ini menyisip dipelepah rimbunan pepohonan pinus sebelum tersembunyi di antara dua pahlawan yang tinggi kekar gagah. Gunung-ganang dan bukit-bukit kecil membenteng dilembah negeri kayangan, menghala sebelah timur menghadap hormat dipuncak bukit yang gagah. Pahlawan-pahlwan pedang perisai tentu tidak akan menganas mengelurkan isi perutnya yang panas dan menjunam di hadapannya, sang puteri Indahsari, yang duduk bertafakur, dia tidak akan mengkhianati cintanya yang harus menjadi miliknya. Dilingkari mata yang tajam memandang, runut bunyi puncak-puncak gunung yang tegar berdiri, membentengi negeri tenteram di lembah kayangan.

Di beranda negeri, Indahsari duduk bersimpuh melagukan lagu kegalauan hati seorang puteri, hembusan nafasnya menyengat semerbak mewangi hingga ke sudut-sudut negeri. Sang Puteri Indahsari bukanlah seorang dewi, yang turun dari langit dan bertebaran harum bunga. Langkahnya menapak tanah dan senyumannya yang membuat bunga-bunga mekar dan harum di setiap langkahnya. Seakan-akan bunga tidak lagi memerlukan kumbangnya untuk sebuah kucupan mesra. Tetapi sang puteri sedang menantikan kumbangnya datang.

Disetiap bibir-bibir mimpi malamnya, dia dan kekasihnya berlari di tepi jurang keabadian melompat menggapai bulan impian. Apakah sebuah petanda impian pada setiap puteri sebuah keabadian cintanya kepada dua nyawa? Jangan paksakan aku menerima semua ini. aku bukanlah seperti bulan yang gemilang yang dimiliki semua pemimpi dan para penyair agung.

"Aku hanyalah milik kekasihku, putera malamku. Rangkulan rapatnya melindungiku dari celaan berabad-abad. Aliran sejuta hangat mengusir dingin keraguanku. Apakah semua lelaki mampu memberi seperti ini? aku tidak menghina untuk suratan takdirku, tapi dia memang sebahagian perjalanan hidupku, kerana rumahnya jiwaku. ia lebih dari takdir."

Tapi kecantikan sang puteri telah menjadi petaka. Indah itu telah menjadi laknat. Takdir yang menghantar maut, tapi senyum seorang putri meninggalkan racun maut dihati penikmat. Senyuman yang hampir tiada beza yang terdapat dilorong-lorong malam, dipintu gerbang kota, di rumah kaca, bertebaran senyum malam berharga sepiring liar berserakan. Cinta yang digemari oleh sihidung belang, lidah berancak darah dusta, mulut yang berkudis nista lipstick nan merah, dan tonggakan yang haus untuk pemuas istana di warung-warung ditengah malam.

"Aku tersanjung oleh dua nyawa dalam sebuah cinta, yang dimiliki oleh sang pahlawan hati. Tetapi hidup ini hanyalah memiliki satu kematian. Dan hidupku adalah milik seorang kekasih bernama pahlawan. Adakah pahlawan yang bertarung mati itu ialah kekasihku dan layaknya dia menjadi milikku?

Aku takut pembunuhan ini akan mengambilnya. Sukar untuk aku menolaknya, kerana takdir telah lahir sebelum tangis pertamaku. Semenjak tanah ini memberikanku hidup pada jalur-jalur nafas yang berputaran matahari dan kesuburan yang melimpah didalamnya. Tanah milik tuhan ini yang memberikan kepercayaan bahawa pahlawan perlu merebut cinta sejati sang puteri. Adakah sang puteri dilahirkan bersama semua cintanya yang terbahagi?. Kerana cinta tidak untuk dua bahagian, tetapi untuk dimiliki keseluruhan sudut bahagiannya dan pemilik YANG SAH ADALAH PEMENANG DARI PERTARUNGAN, sebuah aturan adapt negeri untuk merebut dan melawani erti sebuah cinta itu.

Dimanakah ada cintaku lagi jika ada yang terbunuh untuk memiliki wanita yang menjadi rebutan.

"Oh tuhan....mengapa harus kau beri aku kecantikanmu? anugerahmu menjadi rebutan para lelaki, keinginan buas dari kelamnya hati mereka. Aku telah menawan mereka dalam arena pertarungan , algojo-algojo pembantai cinta yang buta dan salah seorang dari mereka harus mati demi aku." Akukah yang kejam kepada mereka.

Dua pahlwan itu kini bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Menggapai cinta yang seharga dan senilai kematian. Cinta yang dilegendakan oleh segenap dunia manusia, romeo dan juliet, rama dan sitadewi, dewi Aprodithe dan anak jahilnya cupido, cinta bagaikan pemikat yang menjadi madu di sisi racun yang mematikan. Cinta yang sama kini diperebutkan dalam pertarungan adat kejahilan.

Kedua-duanya perlu mempersembahkan kekuatan untuk memenangi hati sang Puteri Indahsari.

"Tuanku telah menodai cintaku pada Sang Puteri,"tegur Pahlawan bernama Inderasakti.

"Cinta itu milik semua orang wahai pahlawan, dan puteri belum menjadi milikmu yang sah," Kata dari mulu yang berbelit.

Inilah sebuah hukum kuno penyelesaian konflik antara dua pemuda yang sedang berebut hati sang puteri. Indahsari, gadis yang elok rupa paras sejagatnya, kini menjadi pujaan hampir seluruh pemuda negeri, kerana kecantikannya yang menyaingi bulan bintang yang terkapar tragis diangkasaraya. Kini kedua-dua pahlawan ingin cuba menyelesaikan konflik cinta segi tiga mereka. Bukanlah kerana kedua-duanya hebat belaka, merasa diri gagah sebagai pahlawan dari utara, penguasa angin dan lautan pasifik. Tetapi kerana sang puteri Indahsari, telah memberi pantulan sinar cinta setiap pagi, ketika kedua-dua matanya yang menatap, saat mentari menyeruak di timur . Senyum Puteri telah membulatkan tekad pahlawan. Dan apa boleh buat, hati telah lama buta terpanah asmara.

"Aku rela mati untuk mendapatkan cintamu."

Pahlawan itu yang terus menerus bertekak perih tidak punya pilihan. Pahlawan dari utara, pendiam, sabar, tapi penuh karisma menguasai alam sejagat. Suaranya kencang menggelegar, meledak-ledak dan penuh murka. Pertempuran sengit telah terjadi. Dunia bergoncang, kilat menyambar kebumi, lalu gelap memenuhi alam maya seluruh wilayah negeri kayangan. Akhirnya pasti terkapar seorang pahlawan dijemput ajal. Bertemu cinta yang hakiki.

Tiada ulasan: