Selasa, Disember 13, 2005

GURISAN INTAGLIO 2: WARISAN NUSA

Ruang galeri Warisan Nusa ini, sejarah telah merekah dan memisahkan cebisan dari laluan penjalan itu. Sebuah jurnal tidak lengkap kejadian. Memori kemungkinan bertemu dan membentuk teka-teki. Jauhari berada di suatu sudut lukisan dan arca-arca yang menyilaukan mata. Sebuah logam disalut indah, berukir gurisan puisi yang romantis. Ada perasaan puas dan ketenangan dimendala hatinya. Terukir nama artis yang indah, Ilse Lea. Catan yang cukup pesona halus seorang perempuan. Seni IIse banyak diilhamkan oleh artis grafik dan penulis Alfred Kubin, yang bukunya Die andere Stitt memberi ilham kepada Kafka untuk menulis buku yang terkenal Das Schloss atau The Castle turut dipamerkan disudut yang sama. Dia kagum dengan karya Cenderawasih, IIse Lea sendiri, selain daripada dikurniakan bakat seni lukis, IlseLea adalah penulis bukunya Warisan Nusa Shello Book of Malaysian Heritage yang mengandungi 24 gurisan yang ditempah oleh Shello Companies di Malaysia dan diterbitkan di Kuala Lumpur pada tahun 1991, juga ditulis oleh Ilse sendiri dalam bahasa yang puitis dengan kata-kata pujangga cinta. Naratif dalam buku tersebut menawan hati pembaca hampir seperti mana gurisan-gurisan indah bangunan-bangunan bersejarah terpilih Malaysia yang dibuat IIse Lea.

Malah sebenamya Warisan Nusa, adalah sebuah testimoni cemerlang rangkaian bakat dan kecenderungan minda lIse Lea. Kini Warisan Nusa adalah milik Jauhari sepenuhnya bersama kenangan cinta bunga Dahlia, Di sini hatinya terasa tenang, reaksi awalnya didorong emosi, suatu rasa yang tenang dan optimis yang tidak dapat dijelaskan. Dia dapat merasakan setiap rintihan jiwa luhurku ini didengari oleh makhluk kaku ini. Merakam kenyataan-kenyataan emosi yang cenderung merujuk kepada luahan hati lelakinya, bingkai beku dan mungkin acapkali mentafsiri dirinya. Seorang pengkhianat cinta, hanya demi maruah dan keegoan pada setiap lelaki.

Ruang galeri itu juga dipenuhi alunan-alunan Bach, Chopin dan muzik Mozart ringan dan lemah gemalai lain. Muzik seruling, gamelan dan terutamanya keroncong jelas kedengaran memenuhi segenap galeri bersama hasil kerjanya untuk pameran Samudra ini. Setengah udang tersebut tampak seperti sedang menari mengikut rentak yang riang dan ceria.

Berkonsep terbuka, galeri ini yang dibina di kawasan bercerun dan menghadap padang hijau itu sememangnya menghidangkan satu reka bentuk galeri yang cukup menarik di samping pemandangan yang menyegarkan. Dengan gabungan reka bentuk rumah Melayu tradisional dan Baba-Nyonya, kehijauan padang terpampang di depan mata, malah dari ruang antara galeri hanya berdindingkan bidai buluh, plaza tol Lembah Beringin dan Lebuhraya Utara Selatan jelas kelihatan, bagaikan jiran yang menemani galeri ini di kawasan perumahan yang masih tidak berapa ramai penghuninya.

"Setakat ini baru dua kali kami mengadakan pameran di sini, dan kali terakhir baru-baru ini yang turut disertai oleh adik bongsu saya yang mahir dalam penghasilan barangan perhiasan diri yang kebetulan berada di sini melawat saya. Saya bercadang mengadakan sekurang-kurangnya satu pameran setahun di sini dan yang menariknya setiap kali pameran ramai yang datang dan kawan-kawan saya tidak kisah memandu jauh untuk ke sini," kata Ilse Lea.

Itulah kata-kata dimasa Jauhari masih kanak-kanak sambil bercanda ria mengejar sahabat yang dicintainya yang kini entah kemana. Ilse Lea seorang wanita yang penuh ciri kewanitaan sopan dengan adat ketimuran. Berbeza kulit dan kebudayaan bukan menjadi penghalang untuk dirinya menyesuaikan diri setelah 30 tahun mendalami dunia melayu. Sayangnya pemergiannya terlalu awal membawa sebuah lagenda seni yang tiada ganti. Kematian yang penuh misteri. Penuh tanda tanya sehingga kehari ini, dimana kubur dan makam bonda Dahlia, Ilse Lea?banyak membantunya mencintai seni dan syair semasa hayatnya.

Sudah lebih 30 tahun Jauhari tinggal di Lembah Beringin, bersama keluarga dan arwah datuknya. Darahnya berasal dari negara seberang, di Jakarta. Kawasan galeri itu memperlihatkan binaan court yard di tengah ruang utama, galeri yang dinamakan Warisan Nusa ini, berhampiran dengan kawasan itu terletak kawasan perumahan. Sememangnya berada di kediaman yang dibina oleh Ilse Lea ini semacam ada satu keseronokan tersendiri dan rasa begitu berat untuk Jauhari pulang yang menyebabkan dia merindui seseorang yang dikhianatinya kerana keegoan dan maruah yang dipertaruhkan.

Sepeninggalan dirinya, aku menetap bersama kosong peluru. Akhirnya takbir terbuka di depan mata tetapi aku tidak pernah tahu. Segalanya seperti kegelapan yang sempurna, teguh, dan sangat sukar difahami. Berulang kali aku nyatakan kesunyian ruang galeri ini adalah temanku. Di antara gambaran wajahmu yang menolak aku kedalam kesunyian itu berada. Lekuk-lekuk wajahmu bukan milikku dan aku tidak pernah memilikinya. Aku sering belajar menghitung hari. Kita dikaitkan dimasa lampau atau adakah kita berdua tercampak bersama takdir yang sama.

Ada tanganku, sekali akan jemu terkulai
Mainan cahaya diair hilang bentuk dalam kabut
Dan suara yang kucintai'kan berhenti
Kupahat batu nisan sendiri dan kupagut.-Chairil Anwar-

Chairil nampak mulai yakin akan narasinya,
Chairil melipat catatannya
Kembali menyandak ranselnya
Berlalu dari kamar sana.


Tetapi kehidupan seseorang kadangkala dipengaruhi oleh suatu kejadian tertentu yang menukar perspektifnya terhadap realiti. Kematian abangnya, seorang aktivis pelajar yang terbunuh bersama-sama 271 orang rakyat Timor dalam Pembunuhan Beramai-ramai di Timur Timur pada tahun 1991, meninggalkan kesan mendalam kepada Jauhari. Kontroversi dan realiti cerita sebenar mengenai kematian abangnya itu yang tidak dilaporkan dan justeru, dipendamkan, oleh pihak media Malaysia menambah kepedihan hati Jauhari, dan kuat mendorong pencariannya bagi kebenaran dan keadilan.

Melalui pendekatan puisi dia dapat memahami bagaimana penghasilan suatu karya seni boleh bermula dengan sesuatu yang bersifat amat peribadi dan juga bagaimana politik mempengaruhi seni.

"Karya Jauhari tidak seharusnya dilihat semata-mata dari perspektif tragedi ini Dahlia, bagaimanapun kita bersalah jika menidakkan kesan sahihnya terhadap pemahaman dan kita juga merendahkan gema psikologinya jika gagal mengambil kira fakta tersebut. Kematian seorang yang dikasihi dalam keadaan sedemikian tiada tandingnya dalam membendung dan melekat di ingatan mereka yang ditinggalkan."

Itulah kata Ilse Lea, seringkali mengkagumi Jauhari, umpama seorang pejuang yang melingkari setiap kata puisinya. Warisan Nusa pernah menjadi saksi nama Jauhari sering diangkat menjadi penyeri majlis pameran Ilse Lea, melaungkan sajak dan puisi yang bergelora. Seperti pejuang yang kehabisan darahnya;

kita-anjing diburu-hanya melihat
sebagian dari sandiwara sekarang
tidak tahu Romeo danJuliet berpeluk
dikubur ranjang
lahir seorang besar dan tenggelam beratus ribu
keduanya harus dicatat,
keduanya dapat tempat.-Chairil Anwar-

(diluar terdengar lagi rententan suara tembakan.)


"Ini hubungan antara budaya,Dahlia, kau harus mengerti perang dingin politik dan kejayaan ekspresi seni bukanlah secara kebetulan dan tidak terserlah. Peranan seni dalam politik telah lama merupakan satu kenyataan. Dalam hal seni, kesannya mengubah budaya pihak yang kurang menguasainya. Seperti yang jelas dalam ekspresionisme Intaglio ibumu propaganda dalam senilukis tidak semestinya terserlah dalam imej itu sendiri dan ia juga tidak semestinya terhasil dari hasrat asal pelukis. Sebaliknya senilukis boleh menjadi propaganda melalui fungsi dan lokasinya, pembingkaiannya di ruang awam atau peribadi dan hubungkaitnya dengan satu rangkaian objek-objek dan aksi-aksi lain. Itu yang mendorogku Dahlia, ibumu mempengaruhi segalanya mengenai hasratku dan perjuaganku" Jauhari menerangkan hasratnya mempelajari seni daripada bonda Ilse, tetapi dia dipengaruhi pujangga pejuang yang kini mengalir disegenap darah miliknya.

Mengapa diriku menyimpan dendam terhadap bonda Ilse? menjadi peracun terhadap keluargaku, seolah-olah Ilse Lea terkait dalam lipatan sejarah keturunannku. Tetapi kini aku akan takluki sejarah ini.

"kita hidup sekarang dalam 1000 kilo meter sejam, Adik.
Kita juga sudah sanggup bukan mengambil gambar-gambar biasa saja,
tapi gambar roentgen sampai ke putih tulang.
Kita anak dari masa lain, adik.
Dan setiap seniman sesungguhnya ditakdirkan
harus seorang perintis jalan.
Kita tidak boleh lagi cuma jadi alat musik penghidupan
seperti orang-orang tua kita.
Kita pemain dari lagu penghidupan!"-Chairil Anwar-


Dia terdengar puisi itu, menoleh kekiri, detak tapak kaki seseorang. Seorang lelaki setengah abad. Rambut keputihan seperti salju yang menutupi gunung yang luas. Menghampirinya setelah sajak tadi bermain digetar suara anak seorang seniman jalanan. Ayahnya Jailani menepuk-nepuk bahunya.

"Aku tahu siapa yang kau fikirkan, Joe! Sudahlah ini semua sudah menjadi milikmu. Ibumu sedang menunggu dirumah...ayuh!" Lelaki itu memberi segugus senyuman. Memandang gambar yang tergantung di sudut yang menepi. Seorang lelaki sambil menyedut rokok dengan wajah seribu garis perjuangan. Bergelut dengan kematian. Mereka berdua berlalu.

Apabila satu garis lurus dilukis dari kesamaran sejarah terus ke dalam kehidupan Khairil Jauhari, tiada lagi kemungkinan berpatah langkah dan akan maju ke hadapan tanpa mengambil kira akan kekosongan, ketandusan fakta, penggalakan jawapan-jawapan rasmi yang menyorokkan pencacatan kebenaran. Kejadian masa lalu meninggalkan kesan mendalam kepada masa kini. Satu tragedi peribadi yang berkaitan dengan rejim Suharto tiba-tiba mengikat dalam puisi dan lukisannya kepada pensejarahan masa lalu yang sebenarnya masih segar kerana kesan-kesan yang ditinggalkan, sebab musabab dan alasan atau bukan alasan kehilangan begitu banyak nyawa manusia, terlalu banyak ketidakadilan, turut terkubur dalam kuburan beramai-ramai dalam ceti besi rahsia keraiaan-keraiaan yang wujud hari ini.

Tiada ulasan: