Ahad, Disember 18, 2005

GURISAN INTAGLIO 4: KEJUJURAN

Kejujuran itu seperti ais krim
Kalau tidak dilahap
Maka akan cepat meleleh
Hilang ditelan hawa panas

Kejujuran itu otot mental
Dan otot harus di latih terus
Biar kuat...
Untuk hari ini latihan kejujuran gue
Jujur pada diri sendiri...

Gue takut, takut kalau intuisi gue
Mengenai banyak hal adalah salah
Gue takut, takut kalau bangun besok
Matahari enggak muncul ditimur
Atau bagaimana bila gue bangun besok
Dan gue baru tahu yang
Hati bisa salah...
-Renata Wardyia (Andai Ia Tahu)

Di beranda rumah Dahlia masih tersenyum, duduk bersandar dengan kaki yang disilangkan, memegang mug dan tiada getar dalam suara, aku berbicara begitu perlahan, seperti bisik kepada dirinya sendiri. Hari ini dia telah menerima undangan kedatangan wartawan majalah Seni Pujangga, Adam Farish, yang telah membuat janji temu dirumahnya dan memuatkan karya dan bahantara gurisan intaglio didalam majalah itu yang akan berbicara mengenai pemeran solonya dan menyelongkar segala tentang bondanya, Ilse Lea. Tentang perebutan Warisan Nusa, antara saudagar Jauhari dan dirinya. Dia sudah bersedia dengan seribu persoalan yang bakal tiba. Sepertimana yang dikatakannya di dalam wawancara itu sempena pameran solonya di Galeri Warisan Nusa, di mana tujuh gurisan udang yang membentuk siri yang bertajuk Legenda dipamerkan semula dalam pameran tersebut awal bulan lalu.

"Bangsa Melayu adalah bangsa pelaut, jadi udang-udang ini menjadi karikatur kehidupan sebenar. Saya ingin mereka kelihatan riang, supaya orang ramai boleh ketawa melihat mereka. Hari ini dengan semua yang berlaku dalam ekonomi dan politik, semua orang amat sugul dan sebagai artis pula mencipta hasil yang menggambarkan keadaan tersebut."

Pameran solo tersebut sebenarnya diilhamkan daripada hasil bondanya Ilse Lea untuk pameran Ariane Essor sempena perisytiharan tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu satu ketika dulu. Dia meneruskan perjalanan itu.

"Mungkin pembaca ingin tahu bagaimana seorang artis kelahiran Jerman mampu mengabadikan intipati satu budaya yang asalnya asing buatnya, seperti Ilse Lea?" Tanya Adam begitu santai. Matanya melirik perabot rumah peninggalan ayahanda dan bondanya.

"Satu sebabnya mungkin bahawa seni gurisan intaglio menuntut bukan sahaja penumpuan kepada setiap perincian tetapi juga kesabaran dan kebolehan memahami resam dan mengapa ia sifat sepertinya, apa yang membuatnya menjadi demikian dan bukannya ukiran selainnya. Seperti Leonardo da Vinci yang membedah mayat manusia dengan tujuan mempelajari fungsi dalaman tubuh supaya boleh menggambarkan sifat manusia sebaik mungkin dalam lukisan-lukisan dan arca-arcanya. Mujur subjek bonda adalah udang dan bukan manusia, yang apabila mekanisme mereka difahami, diberikan pangkat dan sifat manusia untuk menambat pandangan kita dan juga menggeletek hati kita." Kataku santai dan bersahaja, berjalan menuju keambang koridor menghadap kearah galeri Warisan Nusa.

Dahlia mengeluarkan kesimpulan yang menarik perhatian Adam dan jurukamera yang sebentar tadi leka mengguna rumahnya untuk nya menghala kearahnya,

"Orang Barat, mereka cenderung melihat orang Asia sebagai kecil dan lemah tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Udang mempunyai badan yang berpotongan melengkung dan mengghairahkan dan sesungut yang nampak begitu rapuh, tetapi apabila diasak ia akan menampilkan kepalanya yang garang". Tambahnya

"Lukisan-lukisannya mengenai kehidupan dan lanskap Bali seolah-olah cermin bagi orang Bali melihat bayangan diri mereka, seni IIse memberitahu kita sendiri bagaimana kita sendiri tidak berapa nampak. Seni itu menuntut rasa cinta terhadap keteraturan yang juga menjadi sifat diri kita." Sebuah senyuman ikhlas jelas kelihatan bersama lesung pipitnya menghiasi wajah kacukannya, mirip ibunya.

Pada mulanya lontaran soalan mengenai kejayaan bondanya dan penulisannya dalam kolum kemanusiaan sumbangan Dahlia di penerbitannya. Akhirnya tidak cukup rencahnya jika ruang peribadinya, jika tidak dicerobohi untuk tatapan malah melariskan berita. Dia memang sengaja berpura-pura nampak tabah, tetapi disaat manusia lain melihat matanya, yang tidak pernah mahu menatap kearah kamera, adalah mata dengan kedukaan yang luar biasa. Suaranya tetap tenang itu tidak mampu sempurna menyembunyikan desah, setiap kali dia menjawab pertanyaan. Dia ditanya mengenai hubungannya dengan seorang ahli perniagaan ternama yang baru melangsungkan perkahwinannya. Maksudnya Dahlia merupakan wanita ketiga dan merosakkan dan cuba merobohkan sebuah masjid orang lain.

"Bagi saya ini bukan akhir kehidupan. ini hanya sebuah rencah kehidupan saja, gossip itu ialah mainan dibibir manusia," bisiknya, dengan senyum dan mata yang terus mengejap.

Mereka tahu. Aku mungkin tengah menahan tangisan. Akhirnya mereka semua mengerti bahawa aku menyedari bahawa hidup tidak berjalan lurus seperti yang direncanakan.

"Kehidupan kita boleh berubah dalam masa lima minit. Semua ini milik tuhan, manusia tidak boleh selamanya memiliki manusia lain, saya bersedia dengan ikhlas dan redha atas pemberiaanNya" kataku.

"Persilisihan faham antara Cik Lea dan Jauhari adakah berlaku kerana perebutan Warisan Nusa dan adakah benar Ilse menyerahkan sepenuhnya kepada anak angkatnya saudara Jauhari? Dan sekarang anda menuntut galeri tersebut dengan alasan anda adalah pewaris tunggal Ilse Lea?"

"Maaf! Jauhari sahabat saya sejak kecil dan saya tidak menfailkan pertalian tersebut, dan Warisan Nusa sememangnya milik saya, kes ini telah saya bawa ketengah, saya tidak mahu terganggu dengan perkara ini, juga saya tidak mahu hubungan antara saya dan Jauhari sebagai sahabat juga akan terjejas, biarkan undang-undang menentukannya." Katanya ringkas dan bingkas bangun menyambar gelas air yang disediakan.

"Benarkah ura-ura menyatakan kematian Ilse Lea disebabkan kekecewaannya yang berpanjangan?"

"Ramai pujangga dunia dan agung hidup menderita semasa hayat mereka. Mozart seorang pemuzik yang hebat hanya diagungkan setelah dua ratus tahun pemergiannya. Dan semasa hidupnya juga diselubungi sengsara dan kecewa. Orang seni memang mudah mengalami kekecewaan mungkin takdirnya begitu. Bonda kesunyian semenjak ayahanda tiada. Tetapi kematian bonda tidak ada kaitan dengan perkara tersebut. Tuhan lebih menyanyanginya."

Pantas jawapan yang diberikannya dan terlopong kedua-dua lelaki itu memandangnya.

kemana lagi aku mesti bertanya
sedang aku masih menyimpan semua misteri itu sendiri
dalam kepedihan senyummu bonda,

Aku menatap wajahmu dalam foto yang yang kian lusuh terlipat kepedihan, waktu yang menyimpan bening matamu, bonda seperti mengguratkan puisi pada hari-hari yang melaju penghujung usiamu. Masihkah kau menyimpan misteri di balik senyumanmu yang terlihat kesedihan,bonda? kesedihan benarkah?

Dicatitkan lagi kisah hidupnya, hidup bunga Dahlia sedang berubah, persis bunga pujaan tidak menampakkan kemarahan, atau memendam benci.

Kerana aku bersikap pasrah, tapi bukan bersuara dari orang yang kalah. Mereka semua berkata, apakah aku terluka dan dipersendakan? Nampaknya, Ya. Dan aku tidak berusaha untuk menutupi hal itu dengan bijak, aku menjelaskan bahawa luka dalam hidupku adalah perkara biasa. Semua orang akan melaluinya.

"Telah saya nyatakan saya bukan perosak kebahagiaan orang lain dan tidak rela menjadi perempuan singgahan pelabuhan seorang lelaki." Tuturku, kali ini dengan bibir yang agak bergetar, seperti terlihat di layar muka depan majalah tersebut.

Barangkali bagiku, setiap percintaan adalah roh yang menyimpan kesakitan sendiri. Dan kesakitan yang aku dapati kali ini, tidak mampu untuk dipendamkan. Meskipun, dilepaskan seorang manusia yang menyanyangiku, seperti membuang nafas hidupku.

"Ini bukan sebuah pengakhiran kehidupan, cinta adalah pelaburan. Risikonya perlu ditanggung oleh diri sendiri.Tetapi perlu kejujuran dalam setiap langkah. Dalam setiap jaluran ikatan hubungan, selalu dijahit dengan kejujuran yang sering dipersendakan."

Dan kerana rintihan. Perpisahan adalah sebuah lakonan. Perkataan itulah yang mengerikan. Lahir dari bibir yang menyimpan getar, dari dada yang ditahan untuk terus didesakkan airmata. Tetapi, kata-kata itu sudah menunjukkan ngilu kesakitan yang luar biasa.

"Semua kehidupan adalah dengan dimulai dengan rintihan", kataku itu adalah untuk memakzulkan yang aku alami bukan lagi hanya rintihan. sesuatu yang pasti lebih keras dari kekerasan jeritan atau pekikan. Dan kerana rintihan itulah, aku ingin perpisahan dengan manusia yang paling aku sayangi pernah seketika dulu. Kali ini aku terpaksa melakonkan watak baru penghidupan dengan garisan
hidup yang aku jalani sebagai kelanjutan dari peta hidupku menuju kebahagiaan.

"Sakit yang paling pedih adalah ketika saat menanggungnya sehingga dirimu tidak mampu mengeluarkan airmata," kata sahabatku baikku. Kini aku merinduinya.

Aku mengakhiri bualan dan menutup bicara petang bersama Adam Farish. Terukir kepuasan dibibirnya dan jurukameranya. Sesaat tiba warna jingga senja mengiringi kepulangan mereka.

Airmata memang penting. Hadir bukan hanya sebagai tanda kesedihan, melainkan mekanisme yang membuang beban. bukankah setiap tangisan yang tumpah selalu membawa kelegaan? Tetapi, selain kelukaan, kata itu pun menunjukkan kepasrahan. Aku tetap menunjukkan bahawa aku sudah berusaha menjalaninya, sudah cuba untuk menjadi kuat dan tabah.

Lakonan baru adalah sesuatu yang perlu setelah rintih, juga perpisahan. Apakah aku pasrah? barangkali begitu. Tetapi, dalam pasrah sesungguhnya terkandung kehendak untuk menerima, dan sebuah kehendak pastilah selalu sikap aktif.

Aku tahu bahawa rentetan hidup bukan sesuatu yang tiba-tiba, tapi peta yang aku gariskan sendiri, secara sembunyi dan kadangkala dilupakan. Saat garisan itu yang aku lupakan meminta untuk dijalani, aku teruja dan tidak bersedia untuk menangisi. Tetapi aku tahu, sebuah lakonan baru, adalah lanjutan sebuah cerita agar hidupku terus berjalan, menuju kesempurnaan. Dan kerana itu, hidup kadang-kadang tidak perlu dibebani dengan air mata lagi.

p/s: Puisi Kejujuran (thanks to Chick)

Tiada ulasan: