Selasa, Januari 17, 2006

Pagi ini kenapa entah aku terasa begitu dingin, bersaljukah kota cahaya tercinta? Di setiap kesempatan aku mendambakan turunnya salju di kota metropolitan, semuanya menjadi putih. Dan akan kukenakan kacamata salju pemberian kawanku ini, dan akan kukenakan mantel bulu cantik ini di kotaraya.Kupandangi sekali lagi kaca jendela. Semua masih sama, kota tetap dalam multiwarna. hanya hujan turun begitu derasnya. Terjebak masuk di dalam rumah, hujan ini tidak memberikanku peluang sedikit pun untuk melempar pandang jauh kehadapan, bagaimanapun aku masih meredah berjalan?. Aku ingin berjalan. Aku bukan manusia kalah. Kacamata ini kupakai, sarung tangan, dan kasut boot; semua kukenakan seperti musim salju di bumi sebelah barat. Kupantulkan diriku di depan cermin. TUHAN lihatlah!, Kau pasti murka. Kulakukan ini diluar jalur peraturanmu, dan Kau mungkin memahamiku. Kau turunkan hujan, badai, banjir sekalipun. Aku tidakkan menyerah ya TUHANKU. Iringi aku ya TUHAN. Aku bertapak jalan kehalaman rumah. Air sudah mengenai rambut dan leherku. Laju! berjalanlah laju. Sedikit berlari rumahku kini semakin jauh dan tadi menyusuri bahu jalan yang panjang ke arah barat. Adakah dia disana? Air mencapai telapak kaki dan sekarang aku tidak dapat melihat kasut bootku yang hitam cantik. Kupaksa kakiku dan kemudian berhenti. Sekarang apa lagi? Kau halangi dan hentikan aku dengan air ya TUHAN. Tidak! aku tidak mahu pulang. Aku belum menemukannya. Tepat seratus kaki dari peraduanku, aku berhenti, diam, berdiri, statik untuk waktu yang tidak ditentukan. Kini air sudah menenggelamkan separuh badan hingga pinggang. Aku tidak bergerak, aku tidak dapat menggerakkan badan ini. Badan ini terhuyung hayang ke kiri, ke kanan, airnya bergelojak. Apa telah terjadi?. TUHAN kau merobohkanku?. Dan tenggelam mati. Robohlah aku hanyut dengan banjir yang semakin tinggi. Teriakku ditelan hujan. Hanya kaulah TUHAN yang mampu membawaku pulang. Aku tidak perduli pulang ke rumahku atau rumahMu. Air tidak puas-puas dengan menyelinap kedalam pakaian dan kulitku, memenuhi paru-paru dan perutku. Sekarang semua kelihatan kebiru-biruan. Hingga...Tunggu! ada seseorang yang datang. Kupaksa mataku terbuka lebar, siapa gerangan itu?. Kaukah itu TUHANKU?. Semakin dekat. Tiba-tiba…gelap. Akhirnya aku mengenal ruangan ini, bukan kamar TUHANKU, ini kamarku. Kenapa aku kembali, bukankah aku telah menyerah?. Kurenungi semuanya, kenapa aku menyerah, dan melemas. Ada kertas putih lebar di atas bantal. Kusapu tulisan yang mengotori kertas itu dengan mataku. Dan... akhirnya aku menyerah TUHAN. Akan kubacakan untukMu TUHANKU. Tetapi hidupku memang seperti buku yang belum ditulis. Apa yang terjadi hari ini, menentukan apa yang bakal berlaku esok hari. Atau... begitukah? Kalau melihat lagi hari yang lepas, mungkin telah banyak yang terjadi, tidak seharusnya terjadi. Kalaulah manusia itu berpikir panjang, dan melihat kemungkinan yang lebih besar. Gambar yang besar, yang lebih luas, dengan dimensi waktu lebih panjang. Aku memang ditakdirkan seperti ini. Mengulang-ulang melakukan kesalahan yang sama, terjatuh selalu di lubang yang sama. Kerana ingatan alpa sependek umur sumbu api, sekali menyala, sedetik dua detik, kemudian hilang. mati. gelap. dan lupa.Qada dan qadar dapat termafhumi sebagai sesuatu yang mengiringi setiap langkah kakiku. Aku seperti berikhtiar tidak rela dan ikhlas menerimanya. Menghikmatinya dalam kerangka positif untuk kuat dan teguh dengan ikhtiar bukan melemaskan diri yang menimpa. Aku sedar akan usaha menjauhkan prasangka negatif yang mengancam meruntuhkan diri kerana aku manusia dari makhluk yang cenderung berkutub pada diri sendiri. Setiap kali kenyataan yang dilihat, dirasa, dicerna dan diterima di luar refleksi diri. Namun refleksi yang sering aku lakukan adalah tempang. Di mana diri sendiri ditempatkan sebagai pusat, kutubnya. Seperti keadaan aku dalam masalah yang menimpa itu sudah sedemikian terjadi. Sementara kesedihan yang masih kuratapi merupakan konsekuensi yang wajar olehku. Mati bukan jawapan penyelesaian. Tiba-tiba batin aku semakin kaya dengan rasa syukur dan ikhlas. Mengubah kesedihan bukan lagi sebagai sebuah pertanyaan, kerana titik masalahnya aku telah ketahui. Aku manusia yang lahir menjalani hidup dengan berbagai mimpi. Ketika usia belasan tahun, hidup terasa seperti drama sandiwara yang menawarkan seribu alternatif senario. Aku yang memilih peranan apapun sesuka hati. Terbang ke langit dengan angan melambung. Atau mengarungi samudera dengan harapan sebesar matahari. Namun begitu waktu berlalu, hamparan permadani impian itu mulai koyak di sana-sini. Ada jurang, ada rintangan, ada halangan. Dan, air mataku selalunya menjadi begitu akrab.

Kuakui kau hebat. Tapi rasanya adil jika aku menutup identiti diriku. Kerana diriku perlu dihormati. Sementara kau tahu aku.I can live anywhere, with anybody, learn anything but what i believe will not change..

Tiada ulasan: