Jumaat, Februari 24, 2006

Puing-puing, habuk-habuk dan jelaga terapung bersama asap berkepul-kepul.ruang udara telah pudar sama sekali.asap berkepul-kepul dengan puing-puing, habuk dan jelaga. Semakin pekat menganggu pandangan. Tidak ada yang kelihatan di situ, semuanya asap bukat tidak menentu warna. Dalam waktu mencemaskan demikian, semua mahu menyelamatkan diri. Api segenap penjuru. Bermaharajalela menyala-yala. Disana sini api menderak-derak. Dari atap, hinggalah ke dinding, lantai dan tiang diserbu api tiba-tiba. Rumah terbakar ! tolong! Tolong! Kecemasan membuatkan suasana petang kelam dan alam berkabut. Semua berkumpul macam menyaksikan satu pesta mempesona. Daripada seramai demikian, Cuma dua tiga manusia saja yang cuba memadamkan api. Namun tenaga dua tiga manusia itu tidak segagah mana. Disetiap penjuru api telah marak menyala. Angina yang kencang datang dari segenap pelosok pula terus meniuokan lagi kemarakakan api yang berkepul-kepul berlarian dengan semangatnya yang membara. Sedikit demi sedikit kebakaran menjadi ombak besar bersama menuju awan berarak kelabu. Api terus menyala. Meliuk-liuk dengan bahang panas yang mengugat kulit terasa panggangnya. Tergawang-gawang diudara menyekat laluan angin petang. Api terus juga terlenggok-lengok macam gadis menari inang. Pantas hinggap kedinding, ke lantai, ke tiang. Malah di mana saja tercapai akan diperangkap. Sedikit pun tidak meninggalkan sisa. Hiruk pikuk mencemaskan tidak menghalang apa-apa. Api terus memerangkap seluruh rumah yang telah menjadi mangsanya. Sekian lama rumah tenang tenteram itu terpelihara dengan baik. Tidak ada sesiapa pernah mengugat. Ia terbangun daripada tiang-tiang kukuh kuat. Dinding-dinding sewaja tenaga bertahan dari rempuahn apa saja. Atap menyerkup kemas melindungi dari hangat matahari dan tiris hujan. Di situ mereka berkumpul. Tidak siapa yang akan menganggu. Di situlah kebebasan diperolehi. Disiling-siling mereka berlari kencang mengonggong harapan nafas hidup. Kadang-kadang rengekannya menimbulkan kebencian manusia. Lembaga peliharaan manusia akan menghendap di lorong yang mereka lalui. Aduh.....laknatnya!

Tengkuk kerabatnya akan dipulas lembaga peliharaan manusia. Sekaligus taring tajam yang kukuh terbenam didaging tengkuk. Pasti dia akan merengek-rengek kesakitan. Rengekan itu tidak dalam, cuma sebentar saja. Kemudian tubuh lembik dirinya akan diheret turun dari rumah usang itu. Tubuh itu dilembur ke lantai. Dikuis-kuis lembaga peliharaan manusia itu dengan angkuh. Manusia akan memuji-muji ketangkasan lembaga peliharaannya itu. Betapa pilunya dia dalam saat demikian. Kepiluan tersebut tidak setakat itu saja. Kerabatnya juga adalah tikus-tikus dalam satu kumpulan bermaruah. Bukan untuk diperlakukan sesuka hati. Mereka ada maruah yang perlu dipertahankan juga. Puntung asap telah dia ludahi, sementara asap yang menari tak mampu jelmakanmu. Walau antara debar jantung dan nikotin sama ganasnya, rindu tidak mampu menjadi jantan. Nista berkutang harapan yang menyembul sebagai bisul yang tumbuh berputing tiga. Dan nadi mencari kanal, menunggu tengkulak yang mengangkang. Benih-benih telah ditanam setelah tanah lama mematung diri. Dan mentari tetap sela mengukur petak-petak, yang kutanam di musim luka kini berbunga Disiangi menanti buntingnya harapan bersama rindu yang merejam, bunyi ketawa sumbang. Plong! Kosong melompong. Sanggahan tidak berakal ketika mata membakar berjuta kata. Di atasnya terhampar kitab-kitab tua. Kayu bakar bagi galau yang pecah bersama malaikat-malaikat yang berhamburan keluar. Peraduanku kini hanyalah kekal di kesunyian. Bunyi menjadi ayat-ayat setan, namun senyum tak mampu menepis luka. Bayangan itu menjadi pelangi setelah tangisan melaburkan doa. Atau pinta di hujungnya, di sebuah perigi. Akan kuculik kau setelah menelanjangi aku. Berlari di antara onak duri yang telah kita persiapkan. Menjilati luka, kita tiupkan desis. Oh, peraduanku hanyalah kekal di kesunyian. Bersama puntung-puntung lain aku ciptakan sebuah padang. Berkabut di antara jejak-jejak yang datang dan berlalu. Dengarlah langkah-langkah yang ditimbulkannya, tak ada ragu berpaling. Menari sambil berlompatan, bersama amis yang sunyi. Dan terbang singgah di surga dihujani tatapan malaikat-malaikat gosong. Jangan takut, aku hanya akan berhembus menjadi mimpi di malam gadisku. Peraduan abadi. Dikutuk menjadi malaikat putih nan kurus.

Tiada ulasan: