Selasa, Februari 28, 2006

Ulasan dalam dialog 5: Percaya Biar Bertempat


"Technology can open new opportunity and free for us from many natural constrains, but clearly not an omnipotent force propelling society toward a predestined utopian future"

Dalam meneroka jaluran dunia alam maya dan menulis di dalam blog adalah satu pengalaman tentang hubungan masyarakat yang menggunakan teknologi untuk melakukan sesuatu sebenarnya secara genetik yang telah diprogramkan iaitu komunikasi. Dalam dunia maya dan blogging identiti dapat mencair dan menjadi multi-identiti. Internet menjadi cth yang paling eksplisit tentang multipersonaliti. Bermakna kita boleh menjadi apa yang diinginkan untuk membentuk kepercayaan. Dalam blog atau ruang maya ini sendiri kita dapat menulis apa sahaja yang telah dilakukan, bahkan yang belum pernah dilakukan dalam kenyataan seharian. Memang berjuta-juta manusia yang menghuni di planet bumi ini dengan penuh ghairah telah menghayutkan diri mereka dalam dunia blog dan melihat dunia ruang ini yang penuh harapan -sebuah abad yang menjanjikan perkongsian, pengetahuan dan pengembaraan. Akan tetapi tetap ada berjuta-juta orang yang melihat ruang-jeda ini sebagai abad yang penuh bahaya dan penuh ancaman-berjuta kepalsuan, kesemuan dan ketidakpedulian. Dalam Cultural Studies budaya menulis blog termasuk dalam konteks cyberculture, yang meliputi aspek individual, sosial, ekonomi dan ideologi politik. Alasannya mudah kerana revolusi teknologi sesungguhnya adalah kekuasaan.

Benarkah anda pengguna dan pelayar ruang maya diserang penyakit addicted desease yang menjauhkan diri dari dunia realiti?. Sherry Turkle, dalam buku kajiannya Lift on Screen: Identity The Age of Internet (1995). Dikatakan perkara paling menarik telah wujud satu identiti baru yang memberi kesan kepada psikologi fikiran manusia dan pelbagai idea yang manusia kini keliru tentang, minda, tubuh dan mesin. Akibat dari kepercayaan dunia maya cyberspace ini, hasilnya manusia sendiri mengalami krisis identiti. Dimana manusia mencari kehidupan disebalik skrin contohnya menulis kehidupan sendiri dilaman blog ini. Maka tumbuhlah kehidupan kedua (artificial life) untuk memenuhi ruang dunia maya. Maknanya percaya atau tidak kelansungan hubungan manusia lebih akrab dengan sebuah mesin (intimate machines). Kerana apa? jaringan ini memudahkan manusia seperti saya meluahkan perasaan, membuat cerita, bermonolog dan melayar fantasi. Secara tak lansung menciptakan sesuatu yang boleh memuaskan perasaan dan pemikiran. Lalu, jadilah kehidupan kebosanan dunia, akhirnya terdampar dalam ilusi dan fantasi dunia kedua ini yang kita lalui sekarang.

Kehidupan global dan jaringan internet, blogging dan hyper-reality telah mengubah cara kita dalam liku-liku kehidupan realiti. Tetapi kesedaran ini untuk kita menilai bahawa hidup adalah pencaturan antara diri sendiri dengan masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Bahkan antara subjek susuk manusia dan objek dilayar kaca. Antara yang asli dan yang palsu dalam halunisasi ruang realiti dunia maya. Dalam perkembangan ini, apa yang kita lihat dan baca disini, bahasa objek dan tidak lagi bersandarkan kepada unsur-unsur konvensional. Cthnya seperti anda lihat blog ini, warnanya, objek yang menghiasinya, dan pengunaan huruf-huruf. Tetapi disebalik melihat dan membaca seharusnya anda fikirkan bagaimana anda menaakul pembacaan di dalamnya. Kebanyakkan bersifat hibrid formal-virtual termasuk laman blog ini sendiri. Cthnya anda membaca hal-hal berkaitan politik, kekecewaan, peperangan dan menerokaan dan pengembaraan. Ini bermakna kita dibawa menaakul elemen indera kearah perasaan yang ada bersifat elemen rasa spt sensitif kerana sesuatu isu, simpati, emosi, takut, girang dan sedih. Psikis dan interaktif dan holografis. Spt anda membaca blog Nizam Zakaria dengan e-novelnya yang membawa anda menyelami bersama jalan ceritanya tersendiri. Anda tertarik dengan isu-isu seni hiburan oleh SultanMuzaffar yang ada timbal balik emosi dengan sesuatu topik yang beliau kemukakan.

Ini bermakna pengaruh untuk cenderung percaya adalah kerana peranan yang dimainkan sistem indera kita. Elemen estitika dengan indera tersebut dipengaruhi secara maksimum oleh sistem saraf kita yang dikontruksikan untuk menerima apa yang dilihat, dibaca mempengaruhi perasaan dan pendengaran. Barangkali kehidupan dunia maya adalah sebuah ekstasi (candu) atau khayalan yang diterima disebalik kecanggihan teknologi yang diciptakan. Namun begitu, kehadiran dalam dunia global dalam generasi net ini, kita semua tidak dapat menyangkal dan menafikan kewujudannya. Kerana kita masih mampan memerlukan sifat kearifan, kebijaksaanaan, kejujuran, keterbukaan dan sekaligus sikap dan pandangan optimisme. Sebenarnya cabaran paling besar kita jalani dalam dunia maya ini adalah mencipta dunia hipermoden dan ruang hidupan maya yang bernuansa spiritual, iaitu sebuah dunia super maju yang ada wisdom kebijaksanaan.

Dunia ruang penulisan blog adalah salah satu ruang yang tercipta dan dicipta oleh sistem yang membangunkannya. Seperti penemuan angka kosong oleh Al-Khawarizmi, ahli matematik Islam klasik. Seperti nihilisme serba kosong. Ia merupakan ruang maya yang dimulai daripada ketiadaan. Ketiadaan etika, moral, batas dan hukum. Di dalam sebuah dunia yang didalamnya apa pun boleh dikonstruksikan kembali menjadi kosong. Cth deletekan entry di dalamnya tiada siapa yang menghalangnya. Hari ini saya menulis, anda membaca kemudian diganti yang baru. Saya lenyapkan dan hilang dan elemen indera anda akan lupa dalam ingatan apa yang telah diuraikan serta dituliskan. Maka segalanya menjadi kepercayaan serba boleh, serba benar dan serba berguna. Perkataan yang sesuai tidak lain adalah dunia anarkis. Bermakna ruang blog atau cyberspace adalah ruang jeda yang sarat dengan imej, informasi, multi-personaliti akan tetapi ia adalah ruang hampa etika. Jika ketiadaan dalam undang-undang akan menjadi wahana bagi cyber-anarchy. Penyalahgunaan semua sisi buruk manusia segera menemukan saluran pelepasan perasaannya, sehingga bebas berkeliaran tanpa ada hambatan. Akhirnya anda mempercayainya. Sebaliknya tidak memiliki apa-apa makna disebabkan semua dibangun diatas landasan ketiadaan identiti dan ketelusan.


Tiada ulasan: