
Dulu dia tidak pernah bertanya pada tentang dirinya sendiri, tidak ingin mengetahui tentang kehidupan, tentang dunia. Mungkin kerana terbiasa, atau terlalu disibukkan oleh permasalahan sehariannya sehingga kehairanan pada dunia tercampak ke belakang. Dia kehilangan kemampuan untuk bertanya-tanya tentang dunia. Mungkin hanya bayi-bayi yang mempunyai rasa ingin tahu. Baiknya dia kembali jadi seorang bayi, bukan menjadi mahluk dewasa yang menganggap dunia ini begini kerana sudah seharusnya begini.
Sekarang Dia menjadi penunggu setia pertiga malam dia berterbangan dan melayang dinding kota, seperti kabus menjelma roh yang duduk dikerusi yang mendamaikan suasana pasangan malam dan dia bukan sedang belajar filsafat atau mereka-reka sebuah tanda tanya. Sungguh perjalanan ini sungguh membosankan. Tapi dia tidak perlu bertanya dari mana asalnya bosanan dunia alamnya, kerana di detik ini dia hanya mengamati tidak bertanya-tanya lagi. Mengamati seseorang yang tertidur di samping, kasihan dia yang seharian tadi menungguku menyelesaikan kerja disiang hari. Dikerusi depan, membelakanginya, dia melihat dua pasang muda sedang bercengkerama. Sisa tubuh yang terlihat dari belakang hanya hujung kepala yang saling bersandar. Sungguh mesra, ada aroma asmara. Dia tidak ingin rasa cemburu menyelinap oleh pemandangan itu, dia hanya menatap.
Di kerusi belakangnya ada pasangan yang lain, mungkin baru saling mengenali. Dua lelaki yang sama-sama tampan. Putih dan manis.
Aku pasti akan akan jatuh hati, sedangkan saat inipun aku sudah merasa ada rasa suka. Sayang aku ditakdirkan tidak punya jasad, jisim yang kosong hanya roh yang melayang-layang. Menikmati diwaktu malam tiba. Tutur kata mereka begitu ramah. Aku menatap dan mencuri dengar. Lelaki dengan baju ketat bercerita tentang dirinya. Ia membuka diri. Katanya dia adalah sejati. Masa muda yang indah oleh aroma kenikmatan duniawi. Semua telah dirasakan, semua tanya telah dilaluinya. Ketertarikannya pada sebuah tanya akan dalamnya sumur kenikmatan duniawi, sudah terjawab. Katanya itu semua kesepian tiada yang berbekas selain hanya kehancuran pada dirinya. Badannya penat dan letih. Pencariannya telah berakhir pada sebuah dasar dalam yang bertuliskan kata dosa pada dindingnya. Dan dia tidak mahu lagi mencari jawapannya.
Lawan bicaranya tersenyum, ia mengangguk pelan, cuba memahami. Lelaki berkemeja biru itu terkadang mengeluarkan kata pendapatnya. Mereka saling mengisi. Seorang kawan sememangnya seperti itu, walau mendengarkan kadang menjemukan. Lelaki berkemeja biru itu bercerita tentang rasa sakit hatinya pada wanita dulu, dulu sekali. Ketika sebuah keinginan tidak didapatnya. Cinta dan benci begitu berbeza, tapi sungguh tipis jaraknya. Hanya dibatasi oleh selembar rambut. Saat itu aku menatap mereka dengan pandangan yang mendalam. Mereka pasti tidak tahu aku telah berada dihadapan mereka. Tidak menjelmakan diri. Dikala itu aku mencari peringatan aku akan pembacaanku dahulu semasa aku hidup dan bernafas dengan waktu.
Lalu aku bersuara kepada dua lelaki itu dalam bisikan rohku kepada mereka, dengan suara yang bersatu dengan gema alam malam terdengarlah suaraku ditelinga mereka yang asyik bercerita "dengarlah .....ada dua kekuatan yang bekerja di alam. Cinta dan perselisihan. Cinta mengikat segala sesuatu dan perselisihan memisahkannya. Inilah yang mempengaruhi unsur-unsur yang terdapat di dalam tubuh. Pada akhirnya tergantung pada kekuatan mana yang menarik kuat. Berbeza sekali bila segalanya dibaluri oleh kasih, kebencian akan melunak dan cinta akan dipenuhi oleh kewarasan". Mereka mendongak, dan termangu. Mata mereka terbeliak didepan. Aku telah melawan makrifat alam rohku untuk menjelmakan diriku. Maaf tiada niat untuk menakutkan mereka. Saat rohku pergi mereka tetap disitu seperti berpelukan pantas berlari pergi.

Pasangan yang di depanku tertawa lepas. Saling bercanda tiada henti, mengusir mimpi disaat malam. Mereka saling bercerita tentang kisah lama mereka dulu. Seperti telah kenal sejak lama. Cinta mereja begitu panjang dan melelahkan. Seperti lelahnya pengamatanku saat ini. Dan aku masih mengamati file-file kehidupan yang terbuka ditiap detiknya aku melintasi manusia yang masih bernafas. Aku sekali lagi masih mengamati. Mengamati lalu-lalang manusia yang bergegas, ada wajah lelah, ada pancaran kegembiraan, kerinduan. Ada yang hanya diam, ada yang resah. Aku mencari pasangan lelaki muda di depanku tadi. Di sana di dekat pintu keluar sebuah stesen keretapi laju.
Aku terdengar perbualan seorang wanita, aku dibelakangnya. Dia pasti tidak melihat kehadiranku disitu. Gadis remaja itu berjalan tergesa-gesa menghampiri kakaknya yang berjalan disebelahku.
“Sorry pergi di toilet. Dan aku mahu muntah melihat pemandangan di salah satu bilik mandi tadi. Ada dua pasangan yang saling berpagutan. Mereka itu dua lelaki tampan yang duduk di belakang kita” katanya, ada nada mual di perutnya. Kepalaku ikut mual, bukan oleh cerita itu. Tapi oleh tanya-tanya yang dari dulu belum pernah terjawab. Seperti apakah bentuk mu itu cinta? Begitu ganasnya racunmu. Dan kembali terus bertanya-tanya pada setiap langkahku.Aku melompat disetiap malam mencari keadilan cinta untukku walaupun aku dibungkus waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan