Rabu, Mac 22, 2006

DIMENSI II

-II-

Malam itu G memacu laju keretanya seperti dirasuk setan. Sejak makan malam dengan V di malam ulangtahunnya semalam, dia sangat tersiksa. Sepanjang hari selama di pejabat, tangannya selalu basah. Keringat meluncur deras dari telapak tangannya. Membasahi meja kerjanya, keyboardnya, kertas-kertas kerjanya. Merunsingkan segala benda yang disentuhnya. Rasa me diperutnya menjadi-jadi. Bukan rasa ingin membuang hajat, tapi seperti ada kelelawar bertaring terbang bingit berputaran di rongga perutnya. Mengaduk-aduk isi perutnya. Sedingin apapun ruang yang dimasukinya, tengkuknya telah basah berkeringat. Keringat kerana kedinginan. Berulang kali dia ingin menemui wanita itu. Tapi kakinya seakan lumpuh, lidahnya terasa kelu.

"Apa yang perlu dijelaskan?" Pertanyaan itu berjuta kali menghentam dibenaknya dengan pukulan berirama. Dong, dong, dong! bergema tidak berhenti seperti suara lonceng raksasa penjaga neraka. Petang tadi, lelaki itu membuka mail-box pada desktopnya. Ada banyak baris-baris hitam tebal pada kolum inbox. Banyak email yang belum dibacanya. Kerata Hondanya laju menyentak-nyentak, menyelinap dipekat malam. Fikirannya hanya satu. Buku catatannya. Lembaran yang tidak diselesaikan. Suatu malam yang kelam, didalam samar-samar cahaya, sesuatu malapetaka telah terjadi pada dirinya. Dia perlu mencari bagaimana perkara itu terjadi pada dirinya, menjelaskan pada wanita itu. "Aku mesti menjelaskan...aku mesti menjelaskan...', bisiknya berulang-ulang pada diri. Lelaki itu semakin tertekan mencari satu halaman pada buku catatannya. Hanya ada satu lembaran yang dicarinya. Buku pertama diletakkan kembali pada tempatnya.

"Bukan itu.." rungutnya perlahan. Masanya itu. Masa sebelum dia bertemu K lagi. Dia terus mencari buku-buku yang lainnya. Satu persatu dibuka lembarannya. Halaman menguning itu kotor oleh jari-jemarinya yang basah. Lantas matanya tertatap pada satu halaman... Satu hari di bulan November 1987

"Rel kereta itu seakan tidak ada perhentian dihujungnya. Kemanakah ia akan berakhir? Kaki ini semakin berat untuk melangkah meninggalkan mayat yang terpuruk dalamnya gerabak."

"Benarkah aku... "

Itu saja, hanya itu saja! Lelaki itu tersenyum. Senyum kegagalan. Perlahan senyuman itu berubah menjadi tawa yang mengerikan. Matanya meremang basah, lalu satu persatu butiran air jatuh bercucuran membasahi pipinya. Bukan suara tangis yang keluar dari kerongkongan, namun suara tawa mengerikan berema dalam ruang kecil perpustakaan dirumahya.

Bagaimana menjelaskan 'lembaran cerita itu yang tidak diselesaikan' itu pada V? Bayang-bayang mayat yang kepalanya terbenam dalam gerabak menari melayang-layang. Gambaran tangannya yang terkotori air darah menghantui benaknya. Masih dalam guncangan tawa dan tangisan, lelaki itu terpuruk dalam ruangan. Duduk menyerah pasrah. Matanya memandang selembar kertas berselerak di lantai. Kertas putih berisi cetakan email. Dia meraih kertas itu, membacanya sekali lagi, meskipun telah dibacanya berulang kali.

"Aku kehilangan sahabatku G. Lelaki yang aku percaya untuk menanam benih dalam rahimku. Semalam aku ingin memberitahunya khabar itu sebagai hadiah ulangtahunnya, anak dalam kandungan ini adalah anaknya. Tapi lelaki yang bersamaku malam itu bukan sahabatku. Lelaki asing itu yang tidak aku kenali sama sekali...aku hanya melihat wajah kelamnya dalam gelap".

Wajah G menyimpan kepedihan teramat perih. V meninggalkan. Khabar terakhir yang dia dengar, wanita itu telah pergi menyusul bersama suaminya ke Australia. Sehingga V telah pergi, dia tidak pernah menjelaskan apa yang terjadi dengan dirinya. Apa yang mahu dijelaskan? Satu lembaran yang tidak dapat diselesaikan? Tali persahabatan itu putus tanpa kata, dalam kesunyian...

Tiada ulasan: