Ahad, April 02, 2006

2 DIMENSI

-III-


Jarinya memutar keras dan kuat anak kunci itu, dia berpindah tempat di antara celah beg yang disandang dibahunya. Dia menghela nafas. Tidak ada gunanya mengunci rapat, esok mungkin tidak lagi disinggahi, fikirnya. Senyumannya masih ada. Senyuman yang tersisa di antara perasaan otak yang berputar kencang.

Semalaman G membungkus dalam selubung kelam. Kesedarannya tersedut disebuah terowongan, jiwanya terhempas didalam tempatnya sendiri. Gelap gelita di sekitarnya. Hanya ada setitik sinar melalui lorong yang disinari tali cahaya. Tali cahaya yang mengikat selubung dirinya dengan jasad itu. Bagai seekor ular mengikuti liuk tubuhnya, lorong cahaya itu membawa selubung dirinya mengikuti kemana dirinya melangkah. Ikatan abadi dengan tubuhk dari kegelapan. Tiada lagi rasa takut yang melebihi keadaannya saat itu. Tiada kata-kata untuk melukiskan mengenai ikatan abadi itu amat mencengkam dirinya. Dia meronta-ronta sekuat batinnya. Tangannya meninju-ninju selubung itu, kakinya menendang-nendang. Sekuat tenaga dia berusaha merobeknya dan mengoyak-goyak. Dia ingin keluar, meratah jasad yang merampas dirinya, juga ruang dan waktu didalam dunia tempatnya dilahirkan. Namun seperti anak dalam rahim seorang perempuan sihir berhati kejam. Kejahatan hati sang ibu menggelisahkan bayi dalam kandungan, tapi apakan daya seorang bayi? Tendangan kaki mungil hanya menggelitik rahim sang ibu. Begitu juga apa dayanya? Tangan dan kakinya tidak berwujud lagi. Jasad itu bukan miliknya lagi. Perlawanan itu sia-sia. Batinnya terseksa. Dia membiarkan dirinya melayang-layang dalam selubung itu. Selubung berisi zat yang sukar untuk digambarkan dan dilukiskan, apalagi dihuraikan kandungan molekulnya. Bukan cairan, bukan pula udara yang selalu dihirup. Di dalam ini, dia tiada udara untuk hidupnya. Dia masih hidup, tetapi kematian tidak lagi mengerikan dari keadaan ini. Dia masih di dunia ini, tetapi di luar dimensi ruang dan waktu dunia ini. Zat itu sejuk dan dingin sekali. Dingin yang menembus tulang. Membuat tubuhnya menggigil dan giginya gementar. Barangkali itulah sublimasi debu neraka, sisa-sisa terbakar dari jiwa-jiwa yang tersesat... lembaga itu memandang bayangan tubuhnya pada pintu lorong yang berkaca. Sejak G mendengar khabar terakhir tentang bekas isterinya, lembaga itu tidak langsung ingin meninggalkan jasadnya. Lembaga itu kasihan dan simpati dengan G. Lelaki yang terlalu sentimental dengan cinta. Dia tidak mahu lembaga lemah itu menghancurkan tubuhnya. Dia menyayangi tubuhnya ini. Tubuh atletis tanpa lemak sedikitpun. Kencang berotot namun seperti olahragawan. 'Anterior Musculature'nya berkembang sempurna seperti posternya. Dadanya bidang dengan otot pejal membentuk tonjolan simetris. Otot perutnya kencang dan mendatar. Dan lagi, dia juga menyayangi anaknya. Anak yang ditinggal ibunya. Anak yang memiliki ketegaran hati seperti dirinya. Dihadapi kepergian ibunya denga tabah tanpa titis air mata jatuh berlarutan, tanpa kemanjaan yang berlebih-lebihan. Anak itu menjadi dewasa melampaui usianya. Tidak, dia tidak akan membiarkan lembaga yang hdup dalam dirinya itu membunuh tubuhnya, demi masa depan anaknya.

Dia tersenyum sewaktu si anak telah berjaya mengatasi rasa mualnya. Sejak pertemuan dirinya dengan bekas isterinya. G enggan memunculkan diri. Entah mengapa, ketika cinta memenuhi dada pada tubuh itu, dia lebih suka bersemayam dalam tempatnya di kegelapan. Cinta menyinarkan kilauan bercahaya yang membutakan matanya. Lembga itu masih enggan meninggalkan jasadnya, tubuh yang dipakai bersama dengan si lemah itu. Untuk apa? pergi sekarang, kalau lembaga itu masih ingin membunuh tubuh ini. Bibirnya tersungging senyum jahat. Wajahnya menyeringai keji, lalu tertawa mengerikan bergema lagi. G menjerit dalam selubung kekelaman. Dia ingin melepaskan diri dari bayang-bayang kelam yang selalu mengikutinya kemanapun dia pergi. Bayang-bayang yang sewaktu diainya menjadi manusia biasa yang membuatnya menjadi dingin tanpa perasaan dan sekaligus manusia yang tidak memiliki belas kasihan. Perubahan ekstrim dari satu kutub ke kutub lainnya itu sangat menyeksakan hatinya. G berfikir keras. Mengapa?!? Mengapa ini semua harus terjadi?!? Setelah mendengar berita terakhir tentang K, lembaga itu muncul lagi dalam dirinya. G takut, lembaga itu akan menguasai semua yang tersisa yang masih dimilikinya. Jangan! G terus menerus bergomol dengan fikirannya, kecemasannya. Dia akan mencari seseorang untuk menyelesaikan perkara seperti ini. Dimana? Lelaki itu mencari didalam buku telefonnya, satu persatu nombor rakan lamanya. Kawan-kawan yang telah lama tidak dijumpainya. Membawanya kejaringan ke dunia hitam, dunia kenakalan di masa remaja. Tangannya meraih kertas tissue, mengusap dahi yang basah dek keringat. Hatinya dilanda keraguan. Mampukah ia? Rasa itu semakin menyeruak memenuhi dada. Mungkin dia menghela nafas panjang. Matanya terpejam, cuba bernafas teratur. Dalam gelapnya kelopak mata, kilatan itu menyilaukan. Sinaran yang berasal dari mata sebening kristal. Pria itu terkejut dalam diamnya,

"...jangan berharap untuk kembali pada wanita yang.."

"Chik., desisnya lirih.

Lelaki setengah usia keluar dari ruangan itu, diiringi oleh seorang wanita. Chik. Mereka saling berjabatan tangan. Kemudian lelaki tua itu mengangguk sebagai tanda terimakasih dan berpisah. Chik mengingatkan jadual temu janji berikutnya kepada lelaki itu. Selesai urusan itu Chik baru menyedari, seorang lelaki berdiri di ruang tamu. Dan mata itu saling bertentangan dan bertatapan lagi. Mata elang itu terjerat mata sebening kristal. "G...", ucapnya sambil tersenyum.

"Apa khabar?" Chik menyilakan masuk ke ruang rawatannya.

Lelaki itu mengikuti sambil menggaru-garukan belakang kepala. "Chik..., aku inginkan rakan untuk mengadu masalah aku...", ujarnya lirih. Ada ragu disuaranya.

Wanita itu tidak bertanya lagi, "Aku hanya waktu berehat 15 minit sebelum temujanji berikutnya. Kalau ingin cepat, kita akan berbual sekarang. Kalau panjang, selepas jam 10 aku free..."

"Panjang ceritanya Chik.."

Chik tidak berkata apa lagi. Meninggalkan ruangan itu, meminta G untuk mengikutinya. Ruang itu sangat nyaman. Cozy. Deretan buku-buku sepanjang di dinding menyita perhatian G.

"Kau boleh baca segala jenis buku disini, satu jam menunggu tidak lama?", ujarnya sambil tersenyum.
"Kau mahu minum apa G? Suka cokelat panas?"

Laki-laki itu terpana. Cokelat panas adalah salah satu minuman favoritenya. G hanya mengangguk menyetujui. Wanita itu tertegun, memandang secangkir cawan berisi coklat panas yang sedang diaduknya.

"Mengapa aku tidak menyuruh bibi?" Jari jemarinya berhenti sejenak. Matanya menerawang. Berapa tahun telah berlalu? Berapa lama dia tidak melayani seorang lelaki dengan secangkir minuman? Tangannya melepaskan sudu kecil itu. Tubuhnya beringsut mundur selangkah. Hatinya gelisah. Apa yang terjadi dengan dirinya? Dia berjalan mundar-mandir di dapur yang berwarna tanah. Menggelengkan kepala sambil kedua tangannya memegang leher.

"Matanya...", desis wanita itu di hati. Chik memejamkan mata.

"Pandangan mata itu menghanyutkan, tajam menusuk. Mempesona, juga menakutkan...Pasti lelaki itu datang kerana statementku yang dulu." fikirnya.

'Vision' lelaki itu begitu jelas nampak masuk dalam penglihatannya. Untuk dia menganalisis. Tapi saat ia melihat G didalam matanya, ada potongan-potongan gambar yang sangat kuat dan jelas. Selama ini fikirannya berusaha melupakan lelaki itu, tapi hatinya berdebar menanti. Wanita itu memandangi lagi cangkir berisi cokelat panas. Dia teringat etika yang dijunjungnya tinggi, tidak jatuh cinta pada pesakitnya sendiri. Chik tersenyum menyedari ketakutannya yang tidak beralasan, meletakkan cangkir itu dalam dulang. Dengan langkah yakin dia berjalan menuju ruang baca. Namun jauh di kedalaman hatinya, terbersit ragu etika itu tidak akan dilanggarnya.

G terpana dengan koleksi buku dihadapannya. Buku-buku yang sangat asing bagi dirinya. Buku-buku kedoktaran, psychiatry, precognitive ability, parapsychology, mind science, meditation training, kumpulan jurnal-jurnal kedoktaran, juga ada International Journal of parapsychology.

"Mak...aii tak ada satu pun yang aku faham!", serunya di dalam hati.

Dia hanya melihat-lihat sekilas. Kepalanya berdenyut-denyut. Fikirannya penuh dengan perkara yang lain. Lalu matanya beralih ke kumpulan buku lain, novel-novel. Namun hatinya tidak bernafsu untuk membaca. Ia melirik sofa di suatu sudut ruang itu. Tergoda untuk merebahkan tubuhnya, meluruskan kakinya. Raganya keletihan. Tulang-tulangnya seperti terlepas dari sendi. Otot-otonya mengerut kencang. Jiwanya pun telah penat dan lelah. Melayang-layang antara alam nyata dan khayalan. Dia memejamkan mata, bernafas tenag teratur. Dia merasa sangat tenang di ruangan ini. Seperti bayi yang rebah dalam pelukan ibunya, tidak berapa lama lelaki itu lelap dalam tidurnya. G terbangun oleh sentuhan lembut pada lengannya. Wajah manis dengan senyuman yang pertama terlihat. Dia terjaga dan mengusap wajahnya.

"Sorry Chik...ruang baca kau membuat aku terlelap. Sejuk, buat aku mengantuk." dia membalas senyum manis tadi.

"Takpelah Gi...tak perlu minta maaf. Kau tertidur dan tidak mengganggu sesiapakan?", ujarnya lembut.

"Nak cuci muka dulu? Sebentar aku ambil tuala kecil." Wanita itu tertegun lagi.

Kurang dari dua jam yang lalu dia berniat teguh menjunjung etikanya. Tapi mengapa dia membiarkan lelaki-laki itu masuk ke hatinya sejauh ini? Pernahkah ada seorang pesakit yang dia siapkan tuala kecil untuk mencuci muka? Dia menggeleng, dadanya berdebar-debar. Rasa itu amat kuat menggetarkan ketenangan hatinya selama ini. Wajah lelaki itu segar kembali, walaupun matanya masih kelihatan keletihan. G tersenyum, cuba memecah keheningan dirinya dia bertanya ringkas,

"Sebelum mula, boleh saya tahu rate kau per hour?" Chik tertawa dengan ketulusan lelaki itu.

"Free of charge... bayarannya. Kau rakanku G, bukan pesakit." Sesekali wanita itu terkejut di dalam hati, dengan mudahnya dia menhancurkan etika itu. Namun hatinya lebih ringan kini, dia tidak terbeban lagi. Bukankah betul G rakanya? G hanya tersenyum mendengar joke ringan diantara mereka. Senang untuk meredakan ketegangan dalam dirinya. Lalu dia memulakan perbualan dengan menyampaikan perlahan-lahan,

"Tekaan kau dulu memang benar Chik...bekas isteriku berkahwin lagi."

Wanita itu menggeleng kuat. Bukan itu yang dikatakannya. 'Vision' hidup lelaki itu begitu kuat terserap dalam benaknya.

"Aku tidak pernah berkata begitu G", dengan hati-hati ia menyampaikan.

Pandangan matanya tenang, menatap tajam yang memancar dari mata helang itu. Saat mengatakan bekas isteri, nadanya sukar digambarkan. Rasa sayang dan kebencian yang amat sangat menjadi satu. Mata helang itu berkedip beberapa kali. Dia menghela napas panjang, lalu mendesis lirih, "jangan berharap untuk kembali pada wanita yang sangat aku cintai..."Sejenak kemudian G menghembuskan nafas lega.

Dia menyambung dengan beberapa hujanan pertanyaan, "Apa ertinya Chik? Apa yang kau lihat saat itu? Kau boleh melihat apa yang akan terjadi dalam hidupku. Siapa kamu sesungguhnya Chik? Untuk apa kita dipertemukan?" Nampak sekali lelaki itu sangat kacau.

Chik menjawab pertanyaan itu, "Apa ertinya semua ini...untuk apa seseorang dipertemukan dengan orang lain..., tidak ada seorang pun di dunia ini yang tahu. Waktu nanti yang akan memberi tahu, kerana 'Time is God Himself'. Siapa manusia yang tahu rencana Yang Maha Besar? Jadi kita bahas perkara itu okey?"

Bagai kerbau dicocok hidung lelaki itu kebingungan mengangguk. Kata-kata Chik bernada falsafah dan teologi sekaligus. Raga dan jiwanya letih teramat sangat, lelaki itu tidak memiliki daya untuk berlawan pendapat yang bermakna tadi.

Wanita itu melanjutkan, "Siapa aku? Yahhh...anggap saja aku wanita pelik. Wanita yang diberi kemampuan melihat apa yang akan terjadi dalam kehidupan seseorang. Tidak semua yang aku lihat pasti akan terjadi, kerana potongan-potongan gambar itu diberikan oleh Pemilik Kehidupan. Tuhan memiliki gambar besar, dan Ia memperlihatkan sedikit kepada manusia yang diberiNya bakat."

"Apa yang aku lihat saat itu dalam hidup kau?" Chik menghela nafas sejenak,

"Kau berdua dipisahkan oleh jurang tidak bertepi. Kau berjalan beriringan dengannya, tetapi tidak akan pernah bersatu. Masing-masing berjalan di tepi yang berjauhan. Kalau seseorang memaksa menyeberangi jurang itu, hanya akan mengalami kehancuran mengerikan." Chik terdiam, memberi kesempatan lelaki itu untuk mencernakannya.

Dia tahu setiap pesakit melalui saat pertama sememangnya yang paling sukar. Tidak semua manusia menerima perkara seperti ini. Dia tidak ada data, apalagi bukti. Kedatangan lelaki itu ke tempatnya merupakan bukti yang sangat kuat. G juga terdiam. Dia mengtaksir. Wanita itu seumur dirinya. Kalaupun lebih tua, paling tidak hanya dua lebih dari usianya. Tapi belum pernah G mendengar huraian yang demikian dalam. Walaupun lelaki itu menaruh hormat setulusnya pada keperipadian Chik, dia bertanya-tanya dalam benaknya, siapa manusia bijak di belakangnya, yang menjadi pembimbingnya?

Dengan hati-hati Chik memulakan perbualan lagi, "G...itu semua sudah terjadi. Kau yang membenarkannya untuk datang ke sini. Apa sebenarnya G? Apa yang boleh aku buat untuk kau?" Sekali lagi mata helang itu mengerjap-ngerjap. "Gila!", desisnya dalam hati. "aku seperti telanjang di hadapannya..." lelaki itu sedar, tidak ada gunanya menutup dirinya. Perlahan-lahan dia bercerita.

Chik hanyut oleh cerita pria itu. Alur ceritanya berjalan lancar. Suaranya tenang tidak dibuat-buat. Sewaktu menceritakan bahagian pahit dan getir, suaranya tergetar, matanya merah membasah. Saat menceritakan kisah kasihnya dengan cinta pertama, matanya berbinar-binar, wajahnya bersinar. Ketika bercerita tentang si Bangsat atau Syaitan dalam dirinya, tubuh atletis dengan dada bidang itu mengkerut. Bola matanya bergerak-gerak gelisah, takut akan kemunculan lembaga jahat yang diceritakannya. Gambaran lembaga itu membuat tubuh Chik merinding, telapak tangannya dingin dan berkerut. Wanita itu tidak memungkiri, dia merasa perasaan takut amat sangat. Dia seringkali larut dalam bacaannya, tapi terhanyut kerana suatu cerita yang disampaikan secara lisan? Baru kali ini mengalami. Chik cukup hairan, benarkah ceritanya? Hidup lelai itu sangat berliku-liku. Sukar bagi sesiapapun untuk mempercayai ceritanya yang membius itu. Tapi sesiapa yang pernah berkhayal tentang selubung kelam, kalau dirinya tidak mengalaminya? Adakah orang normal yang akan mengimpikan bahawa dirinya abnormal? Perasaan-perasaan yang bergetar melalui suara, sorotan mata, dan perubahan wajah G, sudah jelas merupakan gangguan jiwa yang mendalam. Sewaktu lelaki itu mengisahkan 'deja vu' mengenai perjalanan cintanya, lingkaran penderitaan yang berulang. Dan semua itu membentuk hendapan jiwa yang terseksa, bagaikan hendapan kotoran dalam sumur yang keruh. Hendapan yang mengental dan memadat bertahun-tahun lamanya.

Chik belum lagi melakukan diagnosis sebagai doktor. Dia rakan yang mendengarkan curahan hati seorang kawan yang lain, lelaki yang baru dikenalinya. Walaupun belum pernah menangani, dia pernah membaca berita seperti ini dalam 'Journal of Abnormal Psychology'. Dari gejala-gejala yang dituturkannya, lelaki itu mengalami perpecahan keperibadian (Dissociation of Personality). Namun dia masih ragu, pecahannya keperibadian umumnya ditandai dengan keadaan 'kehilangan waktu dan tempat' (Black Out), yang diiringi dengan gejala amnesia sesaat. Lembaga yang menguasai jasad yang sama tetapi mengambilalih tubuh sendiri yang satu dan tetapi tidak mengetahuinya. Masing-masing memiliki memori yang berbeza, sejarah kehidupan yang berbeza, nilai-nilai hidup yang berbeza. Terperangkap dalam selubung hitam?

Wanita itu tidak akan mengambil kesimpulan apa pun lagi waktu ini. Dia akan membuat temu janji dengan pembimbingnya. G mengakhiri ceritanya dengan akan berkunjungan ke tempat ini lagi. Seorang wanita yang baru dikenalinya, tetapi telah membuat dirinya seakan telanjang dihadapannya. Lelaki itu terdiam lama. Chik menunggu. Dia menghela nafas panjang dan mulai menyampaikan pendapatnya, "Begini G. Diharap kau mengerti. Walaupun kita berbual di sini sampai pagi, tetapi ini bukan boleh mendapat penyelesaian dalam satu malam. Setuju?"

Sekali lagi lelaki itu mengangguk mengiyakan. "Terima pendapat aku seorang doktor yang menyatakan..." Hati-hati dia melanjutkan kalimatnya, "Ketidakseimbangan mental kerana perceraian. Dengan surat ini akan membuat kau berpisah dengan keluarga kau untuk sementara.” Chik menghela nafas panjang,

"Sejujurnya aku sangat bimbang keselamatan anakmu Jj..." G mengangguk sepenuh hati, sebagai anak yang berusia lima tahun yang percaya seluruh hidupnya pada sang bunda. Sinar matanya memandang penuh harapan pada wanita di hadapannya.

Hubungan itu berlanjut. Sukar untuk merumuskan bentuk hubungan mereka. Kadangkala sebagai doktor dan pesakitnya. Kadang sebagai teman. Sesekali Chik menceritakan hidupnya. Dia wanita yang tidak mudah menjalin hubungan. Chik menyedari lelaki yang mendekatinya selalu lari setelah mengetahui keanehan dalam dirinya. Wanita itu seringkali 'hilang', dalam erti kata lain, jika duduk berdua dengan seseorang, fikirannya berkelebatan dengan 'gambaran hidup' orang lain. Dia mengakui, tidak mudah bagi lelaki kebanyakan untuk memahami dirinya.

Sewaktu dulu, dia pernah dipanggil gila oleh orang disekelilingya. Nasib juga dia lulus bidang kedoktoran. Nyaris juga gagal dalam hidupnya. Sampai suatu waktu, hidupnya dipertemukan dengan seorang lelaki tua yang dia panggil tokguru. Tokguru juga seorang psikiater yang mendalami bidang parapsychology. Orang tua itu menjadi guru rohaninya, pembimbing spiritualnya. Tokguru yang mengasah bakat Chik. Dalam dunia parapsychology, bakat wanita itu disebut 'precognitive ability', kemampuan untuk melihat masa depan. Tokguru juga yang menajamkan kecerdasan dalam dirinya Kecerdasan spiritual. Dia belajar meditasi, mencapai keheningan dalam diri menyatu dengan alam. Meski tarafnya masih jauh dari kesempurnaan, tetapi membantu pekerjaannya sebagai seorang doktor, juga memberi ketabahan mengatasi hidup ini. Perjalanan hidupnya yang banyak berjuang dengan masalah kejiwaan, membuatnya memutuskan mengambil spesialis psikiatri (Ilmu Kedoktoran jiwa).

bersambung.......

Tiada ulasan: