Sabtu, Mei 06, 2006

Dia agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dicorong mulut Mi yang sedang memasang lampu dinding minyak tanah, berbual dengannya,

"Silakan masuk saudara. Isteri sedang memandikan anak-anak dibilik mandi"

Dan lebih janggal lagi terasa padanya apabila ditinggalkan duduk sendiri dikamar itu dengan jendela, dan pintu-pintu semua terbuka. Diluar senja telah turun, tetapi biru langit telah kelihatan.

Matanya agak liar memandang kamar sekeliling. Kamar dari bambu yang dianyam yang ditampal kertas-kertas suratkhabar lama, yang sudah terkoyak dibeberapa tempat, tikar tus yang ditutup langsir nipis, kerusi rotan tempatnya duduk yang sudah tua, sebuah meja tempat makan dan empat kerusi yang senget-benget. Sebuah almari makan yang pintunya terbuka sebelah, dan didalamnya hanya ada piring dan pinggan mangkuk usang, dan beberapa buah raknya kosong sahaja.

Dari belakang didengarnya suara Mi bercakap-cakap dengan isterinya, dan suara perempuan menyahut, teriakan suara kanak-kanak kegirangan bermain air. Dan dia merasa bertambah janggal dalam bilik itu dengan jendela dan pintu-pintu yang tebruka, tidak terkunci.

Dia melangkah berdiri dijendela, dan melihat keluar dan ganjil benar perasaannya. Dan ketika mendengar langkah dan suara Mi berkata,

"Saudara silakan duduk . kita minum teh dahulu. Sebentar isteri saya datang"

Dia terlompat sedikit terkejut, dan seakan-akan dia merasa bersalah berdiri dijendela terbuka.

Dia duduk dimeja bersama Mi yang menuangkan teh panas ke dalam cangkir, menyendukkan gula pasir hati-hati. Dan mereka berdua menghirup teh keluaran boh yang ada ummp itu. Sukar dia memulakan biji kata-katanya. Dia duduk diam-diam, kedua-dua tangannya memegang cangkir teh yang panas. Akhirnya dia mendengar untuk sekian kalinya Mi berkata,

"Malam ini kau tidur saja dirumah kami. Esok aku hantarkan kau di station komuter di KL Central . Jangan takut lagi. Yang sudah, sudahlah."

Ketika isteri Mi keluar mengendung bayi berumur setahun lebih, dan Mi memperkenalkan isterinya kepada orang itu. Dia bangkit berdiri, kaku berhadapan dengan wanita yang menghulurkan tangan kepadanya itu. Dia merasa janggal hendak membalas perkataan isteri Mi itu. Apa yang mesti diperkatakannya. Tempat tinggal selama dua puluh tahun yang terakhir ini tidak dapat dibandingkan sama sekali dengan kamar milik Mi berbaur roman inggeris itu.

Beberapa saat dia ditinggalkan oleh Mi diruang tamu batu itu. Mi pergi ke dapur menemui isterinya. Dan tinggallah dia sendirian di kamar itu memegang secangkir teh panas aroma gunung yang telah hampir kosong.

Bersambung....

Tiada ulasan: