Khamis, Mei 18, 2006

GI 8 (ILSE LEA-HILDA-BELINDA)

Buku ditangan Dahlia kelihatan dihasilkan dengan tangan, daripada bekasnya yang seakan-akan kulit kayu asli hinggalah kepada isi kandungannya sendiri, termasuklah setiap ilustrasi siap dicetak dan dijilidkan. Seperti sebuah diari peribadi dan album gambar lama. Dahlia terkedu seketika apabila Mr Tan menyerahkan sebuah buku lama cetakan intaglio kepadanya. Sekeping gambar foto bondanya dipegang hati-hati. Terharu melihat wajah bonda dan ayahandanya yang siap berpakaian baju kurung asli warna biru muda dan putih bersih.

"Cantiknya ibu berpakaian baju kurung asli" tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari mulutnya.

"ibumu, punya rasa seni yang menuntut rasa cinta terhadap keteraturan yang juga menjadi sifat dirinya." Mr Tan memandang sayu anak gadis didepannya. Seperti anak ayam yang kehilangan ibunya. Mencari yang tidak ada kesudahannya.

Dahlia teringat tentang bondanya jika mengenakan pakaian tradisi Melayu bonda begitu berhati-hati untuk mengenakannya dengan betul, dengan pakaian tersebut dijahit tangan bukannya mesin, begitu juga dengan bahagian bahu kemudiannya dilipat dan dijahit dan juga bukannya dipotong dan dijahit mesin, manakala bahagian tengkuknya disimpul kemas kancing. Bonda sememangnya cerewet dalam penampilan kemelayuan. Bukan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang Melayu, tetapi kerana, sepertimana kerjanya, adalah perlu untuk menampilkan sesuatu yang teIah sedia sempurna dengan kurung yang sempurna bentuk dan rekaannya bagi pelengkap bagi sifat dan watak orang Melayu yang memakainya.

"Bagi ibumu cara tradisional adalah sesuatu seni, yang tiada cacat celanya, terolah begitu sempurna tiada keperluan untuk mernperbaikinya. Jadi bukankah itu yang di didik bondamu kepadamu Dahlia?"

"Ya, ibu kata semasa saya kecil dahulu, setiap anak kecil ialah seorang artis. Masalahnya bagaimana untuk kekal menjadi menjadi artis bila dia meningkat menjadi dewasa." Dahlia terdiam seketika memandang kearah bingkai lukisan bondanya. Memandang kosong.

Tiba-tiba Mr Tan bersuara.

"Dahlia di dalam buku balutan itu ada pelbagai kisah peribadi yang sulit untuk dijelaskan kepadamu secara terang dank au akan mendapatkan segala jawapan untuk persoalan-persoalan mungkin akan terungkai didalamnya."

"Bagaimana,errr...Uncle tahu pencarian saya?" tanya Dahlia ragu-ragu.

"Cukuplah anakku Dahlia, uncle tahu segalanya dari Jauhari. Kamu duduk disini dahulu uncle ingin ke depan untuk melayan tetamu. Jika ingin bantuan jangan malu bertanya." Mr Tan tersenyum dengan seraut wajah tua, dengan kedutan yang dimamah usia yang yang menandakan pengalaman seni yang tiada akhirnya.

************************************************************************
Februari 1942

Hilda bersama beberapa orang turun di Arab Street. Bas yang dibawa si pemandu kini bergerak ke arah Jalan Sultan. Hilda membawa sebuah bakul, dan di dalamnya ada seorang bayi. Dia mesti serahkan anak ini kepada bapanya yang berada di Singapura. Serta surat yang dititipkan kepada bapa anak ini.

Kerana dia telah berjanji kepada ibu kepada bayi itu Belinda sepupunya. menjaga Clive telah dilahirkan oleh Belinda kira-kira lima bulan yang lepas. Belinda telah meninggal dunia ketika melahirkan Clive di Melaka. Patrick dan Hilda pulang kembali ke Singapura tetapi dia perlu menyerahkan Clive sebelum di bertolak dengan keluarganya ke Indonesia. Hilda berketurunan Belanda dan Inggeris. Dan hubungan keluarga sebelah ayahnya berketurunan Inggeris dengan Belinda adalah sepupu sebelah ayahnya. Bapanya adalah seorang kerani yang berasal dari Sheffield di England. Kapal yang dinaiki oleh ibu bapanya karam di dalam perjalanan pulang dari England ketika berusia 10 tahun. Dan kerana itu dia di bawa ke Tanah Melayu oleh bapa saudaranya yang bertugas semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu. Dan Hilda pula ke Tanah Jawa mengikuti ayahnya yang bertugas bersama orang Belanda. Perpisahan seluruh ahli keluarganya selepas berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda dan kini dia datang ke Tanah Melayu kerana mendengar berita kelahiran Clive di Melaka. Malang menimpa Patrick telah ditangkap oleh Tentera Jepun. Dia perlu melakukan ini demi perjanjian dengan Belinda.

Tatkala itu, bunyi ledakan meriam anti kapal terbang berdentum-dentum kedengarannya. Hilda jelas dapat melihat sebuah kapal terbang Jepun Zero Fighter terbang rendah, diikuti oleh mesingan bunyi letupan yang maha kuat. Apabila kapal terbang itu terbang rendah dekat kepada bumbung rumah kedai, getaran dari enjin kapal terbang telah menyebabkan beberapa keping jubin bumbung tercabut lalu berterbangan. Beberapa keping jubin jatuh pada bahagian atas bas dan dia atas jalan raya.

Hilda berlari kearah satu tembok batu. Hilda mendapati terdapat ramai orang yang sedang berlindung di atas kubur bertembok batu itu. Mereka semua kelihatan takut. Seorang lelaki tua melaungkan azam tatkala siren dibunyikan berselang-seli dengan siulan bom yang gugur seperti hujan dari perut sebuah kapal terbang Jepun di sebuah lokasi berdekatan. Hilda menoleh seorang lelaki di tepinya bersama-sama berselindung ditembok itu.

Lelaki itu menoleh dan terlanggar Hilda yang berada dibelakangnya. Dan Hilda terjatuh. Kamarul menolong memegang tangan Hilda. Bakul ditangannya tidak terlepas kerana dia hanya ditolak mengundur dan dia memegang bakul itu dengan kuat sekali.

"Awak tak apa-apa...maafkan saya" Kamarul bersuara sambil termengah-mengah serba salah. Kamarul melihat Hilda seketika. Terkesima seketika memandang gadis itu.

"Tak mengapa.." Hilda bersuara tergagap-gagap, sambil mengosok-gosok pakaiannya yang kelihatan kotor dengan debu. Hilda perlu berpakaian seperti lelaki untuk mengaburi Tentera Jepun. Mujur rambutnya berwarna hitam dan masih berselindung dengan topi milik Patrick. Dia juga memandang tepat kepada lelaki itu dengan pakaian yang kotor tetapi dia tahu Kamarul adalah pelajar King Edward IV kerana membawa beg rawatan. Mungkin Kamarul sukarelawan Hospital Besar Outram Road. Dan seketika dia merenung dan teringatkan Belinda yang menjadi Jururawat pelatih disitu. Hilda tiba-tiba bergegas dan menoleh seimbas tanpa mengira panggilan Kamarul. Hilda perlu segera menyelesaikan tugasnya sebelum matahari terbenam dan esok dia akan kembali ke Indonesia.

"Awak..nak kemana?hati-hati keadaan dalam bahaya nie" Laung Kamarul, kerana memikirkan keselamatan gadis itu di dalam keadaan genting ini.

Kamarul memanggil-manggil tetapi tidak langsung dipedulikan oleh Hilda. Dan seorang lelaki tua tiba-tiba melaungkan azam tatkala siren dibunyikan berselang-seli dengan siulan bom yang gugur seperti hujan dari perut sebuah kapal terbang Jepun di sebuah lokasi berdekatan.

Hilda berlalu dan suara Kamarul tenggelam sayup-sayup dari copeng telinganya dengan riuh pikuk peperangan.

*******************************************************************
1946

Kehadiran ketika itu bukan cuma para pelukis, tapi juga sebagian seniman sastra, drama dan lainnya. Beberapa orang seniman agung juga nampak bersama Pak Said, Bapak Taman Siswa. Tapi yang menarik perhatian adalah hadirnya seorang perempuan muda yang berwajah sangat matang dan berdandan sangat menawan.

Perempuan ini mengenakan gaun biru terbuat dari bahan semacam sutra yang sangat mahal dan sangat langka didapat saat itu. Bukan cuma warna kain itu yang kemuda-mudaan bercahaya, tapi model dari baju itu yang nampak sangat elegan.

Lebih dari itu semua, perempuan ini masih mengenakan topi lebar berwarna putih dengan tudung camarnya yang berenda. Carnal berenda ini tidak jatuh menutup wajahnya, tapi diselendangkannya ke samping menutupi daun-daun telinganya. Sebagian dari wajahnya yang putih bersih masih nampak, walau yang sebagian itu masih tertutup oleh sebuah kacamata penahan sinar matahari yang berbentuk lebar dan bening. Perempuan ini ditemani oleh seorang laki-laki Belanda yang nampaknya penggemar kesenian. Di samping itu masih didampingi oleh seorang laki-laki lain yang nampaknya seperti salah seorang daripada pamannya sediri. Lelaki setengah umur yang satu ini berwajah menarik dan posturnya semacam pejabat tinggi salah satu Departemen Republik.

Perempuan ini, didampingi oleh kedua laki-laki itu, antusias sekali dan teliti mengamati satu- satu lukisan yang terpampang di dinding. Sambil sesekali memperhatikan katalog pameran, dia terdengar berbincang-bincang. Aksen bicaranya kentara sekali sangat intelek, dan sesekali keluar juga dengan fasih bahasa Belandanya.

Dia kadang-kadang juga terdengar tertawa, dan tertawa itu aduhai... begitu renyah ceria, bening bahkan. Dan ada lagi satu hal, yakni kalau dia beranjak agak jauh dari satu tempat ke tempat lain, maka cara dia bergerak berjalan itu seolah melayang. Seolah sepatu hak tinggi yang dipakainya itu tidak sampai menyentuh lantai. Ringan sekali gerakan itu dan melambai. (petikan teks AKU-Sjuman Djaya)

***************************************************************************

Dahlia merenung gurisan intaglio didepan kulit buku yang dijilid indah itu. Dia membuka tali berbentuk riben itu sebelum membuka halaman pertama menyelak satu persatu kisah riwayat bonda dan nendanya. Apakah benar nendanya Hilda?

Hilda yang menyanjung penyair Chairil Anwar. Adakah benar Hilda kekasih hati Charil Anwar. Adakah Khairil Jauhari mencari bonda kerana nenda. Apakah Jauhari tahu mengenai perkara ini?Dahlia meneruskan pembacaan diari bondanya yang dibuka lipatan sejarah bonda dan nendanya. Siapa Clive? Adakah kedua-duanya berkaitan dengan dirinya.

Dia menutup halaman yang belum di sudahkan. Pelbagai persoalan yang tidak dapat di huraikan sekarang.

************************************************************************

NB: Watak Kamarul dan Belinda adalah watak-watak yang wujud dalam novel Gurisan Intaglio oleh Nizam Zakaria Bab 7 dan 17. Beberapa dialog yang terdapat di dalam novel Amra Logam Cinta ini telah diangkat dan diolah agar dapat disesuaikan untuk novel ini.

Tiada ulasan: