Saya mengilhamkan perspektif baru dalam memandang dan menciptakan dunia bagi penulis abad XX, iaitu yang kini dikenali sebagai modernisme. Dunia saya adalah dunia yang tidak lagi mengenal batas-batas antara fiksyen dan nonfiksyen; khayalan dan kenyataan menjadi satu. II Dimensi dan KL- Milenia di lahirkan dalam bentuk cerita pendek yang dicantumkan sebagai judul antologi, dan menjadi cerpen yang terpanjang. Pada awal menulis, menerjemahkan idea ke dalam tulisan merupakan saat ada suka dan duka. Untunglah saya sudah membaca banyak karya yang pelbagai versinya, sehingga saya tahu bagaimana mengatasi rasa jemu dan penat dan dengan tulisan mengalirkan depresi dan stres. Saya menyedari dalam menulis bahawa seperempat bahagian dalam menulis adalah masalah psikologis penulis. Kata penyair Kirjomulyo bahawa mengarang adalah berjuang. Menulis adalah satu kerja yang menuntut komitmen yang konsisten, bertenaga, dan setia.
Akhirnya berlanjutan dan sedarlah saya bahawa saya mengalami insomnia atau susah tidur. Saya perlukan tidur yang cukup untuk kondisi badan dan kesihatan lebih bertenaga. Tetapi apabila menulis suatu tenaga yang luarbiasa diserap. Penyakit ini berlanjutan berbulan-bulan dan sangat membimbangkan walaupun prestasi kerja saya tidak merosot. Tetapi membimbangkan kedua ibu bapa saya yang melihat saya berkelakuan pelik apabila malam tiba!. Paling tidak saya tidur 1 - 2 jam dalam semalam. Itu pun kerap dihantui mimpi buruk dan gangguan-ganguan lain. Dengan tidur sebenarnya sesorang melakukan pembersihan diri dari 'sampah' kepenatan. Lalu saya membaca penelitian ahli kimia, Dr. P. Carbone, dalam sehari produk 'sampah' yang berasal dari seluruh kegiatan otot tubuh. Selama tidur 'sampah' ini dimusnahkan, sehingga saat bangun tubuh terasa segar. Tetapi tidak pada saya sampah itu tidak dibuangkan kerana saya tidak tidur. Tetapi saya keluarkan dihujung jari saya dengan cerita-cerita pendek. Itulah sampah yang saya buangkan setiap malam. Sampah yang berharga bagi saya. Tetapi masih tidak mengatasi masalah tidur pada beberapa tahun ini. Tetapi pesan doktor kemungkinan besar saya mengalami simptom-simptom gangguan insomnia ini tahap kritikal. Tetapi saya tidak mempercayainya sehingga saya katakan bahawa saya diganggu semasa tidur . Dan kerana itu saya berjaga-jaga di malam hari dan tidur apabila waktu subuh menyusul bersama embun pagi. Akhirnya saya cuba mengatasinya perlahan-lahan walaupun tidak keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan